Sunday, June 26, 2011

Hishamuddin Sudah Mula Membelek Fail ISA!

Ambiga Sreenevasan penganjur BERSIH 2.0 mahu uji kepimpinan Hishamuddin sebagai Menteri KDN. Jangan buat sampai Hishamuddin menjerit begini nanti fail ISA dibelek. Jika Hishamuddin berjaya menangani isu BERSIH 2.0 maka Hishamuddin layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke ketujuh.

Hishamuddin anak Hussein Onn cucu Dato' Onn Jaafar. Dato'nya pengasas UMNO dan Presiden UMNO pertama. Moyangnya Dato' Jaafar adalah MB Johor pertama. 

Hishamuddin adalah sepupu DS Najib. Maka PM beri Hishamuddin jawatan Menteri KDN. Orang UMNO kata Hishamuddin "terlalu lembut" dengan jawatan tersebut. Orang UMNO selalu rujuk Hishamuddin sebagai "Menteri Amaran" sebab beliau selalu cakap, "Amaran..amaran..amaran!" tapi tiada tindakan. Sebab Hishamuddin jiwanya takut buat salah bimbang tidak popular.

King Ghaz bekas Menteri KDN hebat yang Malaysia pernah ada berpesan:
  • Kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja, 
  • Kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah orangnya dan bukan organisasinya, 
  • Kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia, 
  • Selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini, 
  • Menteri, Timbalan Menteri jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri,
Sebanyak 1,248 aduan polis dibuat bagi membantah perhimpunan haram Bersih yang dirancang oleh beberapa NGO dan parti pembangkang pada 9 Julai ini. Tapi bagi Hishamuddin masih memadai dengan kenyataan "Amaran Demi Amaran" sahaja.

Ramai rakyat Malaysia sudah bosan dengan amaran demi amaran. Sebab itu pihak penganjur terutama Ambiga Sreenevasan besar kepala. Anwar Ibrahim yang menjadi perancang utama senyum nakal betapa rancangannya hampir berjaya.

Tapi bila Lim Kit Siang "menganjing" kepada Hishamuddin kata beranikah Hishamuddin menangkap "Datuk" (Dato' Onn Jaafar) kerana mengadakan demonstrasi menentang dasar Malayan Union secara haram semasa zaman British pada tahun 1940an maka Hishamuddin sudah hilang sabar. Pantang anak Johor bila orang keturunan pendatang "mempersendakan dan tidak menghormati serta memprovokasi datuk sendiri"!

Bersih 2.0 bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu kes video seks Anwar Ibrahim dan sokongan merudum ke atas pembangkang terutama PKR. Tanpa perhimpunan besar-besaran pun, jika rakyat terpikat dengan pembangkang, mereka akan menyokong pembangkang pada pilihan raya umum. Mudah sahaja. Perhimpunan haram itu hanya mahu menyelamatkan Anwar. 

Motif Ambiga juga boleh dibaca. Ia ternyata bertujuan politik dengan bertopengkan desakan menuntut pilihan raya bersih. Beliau juga dilihat oleh beberapa pihak sebagai seorang yang anti-Islam dalam beberapa isu, yang terserah kepada pembaca untuk nilaikan sendiri. Apakah Ambiga mahu bertanggungjawab jika berlaku kekacauan dan ibu negara bermandi darah? Selain agenda tersirat untuk menggugat ketenteraman, perhimpunan itu mahu membuka pintu kemudian hari bagi mencabar Perlembagaan negara. Jika perhimpunan itu berjaya, akan menyusul perhimpunan lain menuntut banyak perkara lagi. 

Kepada kebimbangan akan berlaku pertempuran di antara penyokong perhimpunan haram Bersih dan kumpulan yang menentangnya, itulah risiko terbesar. Peserta perhimpunan yang majoriti Melayu akan bertempur dengan kumpulan penentang, yang juga ramai Melayu. Ada pihak seperti pemimpin DAP akan bersorak dalam hati. Umat Islam dan Melayu bukan sahaja berpecah belah malah diperbodohkan. Jika pertempuran berlaku, ia akan lebih buruk daripada pertentangan dua kumpulan rakyat di Bangkok tidak lama dulu. Apatah lagi memang ada pihak ketiga yang mahu menangguk di air keroh dan menanti rusuhan besar di Kuala Lumpur. 

keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing. Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka.

Tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang. Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara.

Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi Amerika Syarikat itu menaja dan menyokong BERSIH di Malaysia. Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED. Anwar Ibrahim dari Malaysia, merupakan salah seorang pemikir NED, badan yang bertopeng demokrasi didalangi Yahudi itu.

Itu sebab Ambiga Sreenevasan terpaksa menganjur rally Bersih 2.0 kerana wang peruntukan yang banyak sudah diberi untuk dibelanjakan.

WZWH percaya Hishamuddin sebagai Menteri KDN bersedia untuk bertindak tegas. Masa berlembut dan asyik memberi amaran sudah berlalu. Kita tiada pilihan.

2 comments:

Anonymous said...

menjerit bukan main gayanya hisham ne, tapi suara kuar ciput jer

Anonymous said...

Pilihanraya Bersih! Jika tak bersih, mana mungkin P.Pinang, Kelantan, Kedah dan suatu masa Perak dan Terengganu jatuh ke tangan pembangkang. Bagi beberapa pilihanraya kecil yang telah diadakan, tidak semua pilihanraya itu dimenangi oleh BN. Bersih 2.0 hanya suatu idea supaya wujud
tumpuan perhatian dunia untuk merendah-rendahkan kredibiliti kerajaan BN yang memerintah negara.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...