Friday, June 17, 2011

Siapa Mahu Gerakkan Strategi Mudah Menang PRU 13 BN Jerantut?


Dalam posting WZWH lepas, sila baca sini, WZWH telah menyatakan strategi mudah menang PRU 13 parlimen dan tiga DUN Jerantut. Persoalannya sekarang siapa mahu gerakkan strategi ini?

Ahli UMNO Jerantut ada 19,500 orang. Sepatutnya setiap ahli UMNO ada kesedaran. Itulah hakikat manusia, perlu ada seseorang atau kumpulan yang menggerakkan strategi ini.

Perlu ada pemimpin yang ke depan. Pemimpin yang boleh mempengaruhi majoriti ahli UMNO Jerantut. Pemimpin yang boleh diterima dan dipakai cakapnya.

Tentu ramai orang Jerantut berkata siapa mahu ke depan dan gerakkan apa yang WZWH lontarkan strategi mudah ini. 

Dalam keadaan ekonomi yang harga barang-barang banyak naik dan tarif elektrik sudah naik ramai rakyat Jerantut marah kerana elektrik yang dibekalkan ke Jerantut dari sumber hidro bukan gas yang alasan TNB guna untuk naikkan tarif elektrik.

Kita perlu meyakinkan ahli UMNO Jerantut seramai 19,500 itu supaya pertahankan semasa PRU 13 dan segala pelarasan berhubung dasar-dasar negara dibaiki kemudian.

WZWH nampak ada pemimpinnya. Kita semua orang Jerantut akui kerusi parlimen Jerantut "direserved" untuk Ku Lan. Kita akur dan kita tidak membantah keputusan pucuk pimpinan.

Tapi ada lagi 12 calon alternatif parlimen BN Jerantut yang MB tahu, PM pun tahu. WZWH mahu 12 calon parlimen ini ke depan, buangkan sifat "inferiority complex" anda. Anda semua adalah aset UMNO Bahagian Jerantut. 

WZWH dapati pengaruh 12 calon alternatif parlimen BN Jerantut ini boleh mempengaruhi 75% ahli-ahli UMNO yang seramai 19,500 orang itu. Juga mempunyai pengaruh tersendiri dikalangan rakyat Jerantut.

WZWH menyifatkan mereka sebagai "12 warriors atau 12 samurai politik UMNO Jerantut. WZWH tidak mahu mendedahkan nama-nama mereka atas kerahsiaan namun kalau WZWH tidak dedah pun nama-nama 12 samurai politik UMNO Jerantut ini ada "tersemat di hati" 75% ahli-ahli UMNO Jerantut.

WZWH percaya dan yakin 12 samurai politik UMNO Jerantut ini yang boleh menggerakkan strategi mudah menang PRU 13 BN Jerantut. UMNO dan BN Jerantut memerlukan khidmat bakti mereka anak jati Jerantut untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN PRU 13 parlimen dan tiga DUN Jerantut.

8 comments:

oBo said...

ku lan tidak menjaga hati pengundi jerantut dan tidak membuat sesuatupun utk jerantut selama ini utk dia dikenang. ku lan sudah terkeluar dan di tolak pengundi jerantut, mengekalkannya bererti menempa kekalahan dalam PRU13 nanti bagi kerusi jerantut. 12 calon alternatif yg wzwh jatajan itu tidak ada atau tidak ada 'telor' dan mereka juga hanmpas. kita tidak ada calon utk parlimen. bukan ku lan, buykan wan amizan dan buka juga dr syukri kedua-dua mereka ini sudah hitam di jerantut. kita sertah saja parlimen kepada pembangkang atau letakkan calon kitarsemula kamaruzaman baria, utk jadi barua UMNO.

bintang 3 said...

ya, itu yg paling senang

Pro Recycle said...

Hidup Kamaruzaman Baria. Dia orang kuat DS Najib-inner circle PM. Tentu mudah Jerantut dapat peruntukan nanti. Come on Kamaruzaman Baria, turun padang ke Jerantut buat kerja untuk UMNO dan BN Jerantut. Masa belum terlambat lagi untuk Kamaruzaman Baria menyelamatkan parlimen Jerantut PRU 13 nanti.

Anonymous said...

Kamaruzaman Baria cucu cicit Tok Gajah Imam Rasu keturunan pahlawan Pahang anak jati Jerantut dan Pulau Tawar. Calon parlimen Jerantut PRU 13.

Anonymous said...

Anon 1:08,
Woitt Dato' Hj Mad Daud itu lebih layak anak jati Pulau Tawar anak Imam dan bekas SUK MB Pahang, DO Bera lagi. Orang Pulau Tawar dan Jerantut Hilir dan sebahagian orang Tembeling mahu Dato' Mad Daud jadi calon parlimen PRU 13 Jerantut.

Anonymous said...

hidup sopi!!!!!!!

Anonymous said...

lagi lah kuat dan kerap sopi main ice batu lau mcam ne, hahahahaha

dobit127 said...

Haha...mari-mari promote calon kesukaan masing-masing.... Biar rakyat jelata kenal terlebih dahulu calon2 jangkaan...
Lagi ramai lagi bagus....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...