Tuesday, June 7, 2011

Pegawai SPRM Seluruh Malaysia "Turun Padang" ke Jerantut!


Pegawai SPRM dari seluruh Malaysia termasuk Ketua Pengarahnya  mahu turun padang ke Jerantut pada hujung minggu ini.

Adakah SPRM mahu "membersihkan" Jerantut? SPRM mahu mengadakan perjumpaan tahunan atau "Gathering" di Kuala Tahan, Jerantut pada 10 hingga 12 Jun 2011.

SPRM merasakan Kuala Tahan di DUN Tahan tempat yang tenang, damai dengan keindahan hutan hujan tropika tertua dunia dengan berbagai flora dan fauna.

SPRM mahu "relax" dari tekanan kerja dan stress dan mencari ilham, semangat, komitmen dan kaedah baru bagaimana mahu menghapuskan rasuah di Malaysia.

Dari sudut ekonomi rasuah menambah kepada kos projek. Dari sudut politik kepentingan Melayu boleh digadai kerana rasuah. Dari sudut sosial, masyarakat akan hancur dan musnah sekiranya rasuah berleluasa.

Dari sudut Islam, rasuah diharam dan ditegah oleh Allah dan Rasul. Al-Quran dan Hadis ada banyak dalil menyatakan Islam menolak rasuah 100%.

WZWH mengucapkan selamat datang kepada semua pegawai-pegawai SPRM seluruh Malaysia yang datang berhimpun di Kuala Tahan, Jerantut pada hujung minggu ini. Bekerjalah dengan tekun kerana profesion anda senang untuk buat pahala. Bersihkan Malaysia dari rasuah.

Amalan rasuah adalah satu fenomena yang melanda masyarakat dunia yang sukar dibendung. Gejala rasuah turut melanda Malaysia dan berada pada tahap aktif biarpun masih terkawal. Rasuah telah menjadi satu cabaran khususnya dalam merealisasikan wawasan negara untuk mewujudkan sebuah Negara Maju yang mana masyarakatnya sepenuhnya bermoral dan beretika yang kukuh dalam nilai keagamaan dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika yang paling tinggi.

Untuk merealisasikan wawasan negara ini, rasuah telah dikenalpasti sebagai ancaman yang mencabar hasrat murni tersebut. Rasuah boleh dianggap seperti penyakit barah yang menular sehingga melumpuhkan pembangunan diri dan negara. Apabila sampai ke satu tahap, ianya sudah tiada ubat yang mujarab mampu untuk mengubatinya. Seperti barah, rawatan pencegahan awal terhadap rasuah adalah pendekatan terbaik dalam menanganinya.

Walaupun usaha menangani cabaran rasuah di Malaysia telah dilaksanakan melalui penguatkuasaan undang-undang Akta Pencegahan Rasuah 1997, tetapi ia dilihat masih belum mampu untuk menghalang rasuah dari terus berlaku. 

Usaha pencegahan rasuah dan usaha menghadapi cabaran rasuah memerlukan satu perubahan persepsi dan pendekatan yang berbeza dari jenayah biasa yang lain. Rasuah seperti jenayah zina merupakan jenayah tanpa mangsa yang dilakukan dengan teknik bersembunyi dan berselindung. Oleh itu semua pihak perlu memandang jijik kepada perbuatan ini.

Untuk menghadapi cabaran rasuah di Malaysia, ia memerlukan pendekatan bersepadu dan berkesan dengan penglibatan semua pihak dalam semua peringkat. Usaha menghadapi cabaran rasuah ini memerlukan bukan setakat penguatkuasaan undang-undang tetapi memerlukan sumbangan dan kerjasama dari semua pihak. Rasuah perlu dicegah dengan menjauhinya dan memastikan bahawa tiada unsur-unsur yang boleh mempengaruhi kewujudannya. 

Dalam menghadapi cabaran rasuah di Malaysia rasuah perlu dicegah dari berlaku oleh semua pihak sebelum ianya menjadi lebih parah dan menjadi budaya hidup setiap ahli masyarakat. Oleh itu usaha menghadapi cabaran rasuah ini tidak dapat lari dari pendekatan ugama. Apabila menyentuh soal pendekatan ugama di Malaysia, pendekatan Islam adalah bersesuaian untuk diamalkan bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai ugama rasmi.

Dalam perspektif jenayah rasuah dilihat menyamai modus operandi dan kesan zina. Islam menegah umatnya dari menghampiri zina, apatah lagi untuk melakukannya. Begitu juga dalam isu rasuah, Islam melarang umatnya dari menghampirinya kerana rasuah adalah suatu jenayah unik yang melibatkan pengaruh syaitan, hasutan nafsu, sifat tamak dan pujuk rayu. Pengajaran dari kisah Nabi Adam dan Hawa yang melanggar arahan untuk menghampiri sepohon pokok di syurga adalah iktibar yang besar dalam sejarah.

Pendekatan Islam yang lebih mementingkan pembinaan akhlak, pencegahan awal, hukuman yang memberi kesan dan pemulihan dari kesan rasuah dilihat sebagai ramuan terbaik dan berkesan untuk menghadapi cabaran rasuah di Malaysia. Pendekatan serampang empat mata ini turut sesuai dalam menangani kemungkaran dan gejala sosial yang lain.

11 comments:

Anonymous said...

hahhh nie lahhh di tunggu2...sesiaper yg ader maklumat lengkap atau kalu xder cri lahhh maklumat dari skrg,nte boleh bgi terus kepada Ketua Pengarah SPRM terussssss......cepat2 kite hapuskan rasuah.......terutama sekali DUN Tahan.....Dun Pulau Tawar....Parlimenn 1x....Dun Damok lahh 1x klu aderrrrrr......

hitam air said...

aku setuju dan aku dah ada siapkan surat mengenai tanah dan felcra, hehe....lebih baik dompok cabut lari skrg ni

Anonymous said...

jaga2 mizi.....

Anonymous said...

jaga2 mizi.....

Anonymous said...

jaga2 mizi.....

Anonymous said...

hahaha...mizi,skang ni awok kena mengamalkan ilmu halimunan..
senang skit bila SPRM rush rumah awok tu nnti..
hahaha..mana mau lari??lu xbleh lari dah,tapi lu boleh ghaib..hahaha..puas hati aku..

Anonymous said...

Tok Empat Ali Pulau Tawar cakap ada tanah yang diperuntukan kepada RTK (Rancangan tanah Kelompok Pulau Tawar) seluas 250 ekar dekat Gelanggi telah dipohon oleh kumpulan Dr Shukri, Hj Rosdi, Halim Chap. Kalau betul cakap Tok Empat Ali Pulau Tawar habislah RTK untuk orang kampung. SPRM segera siasatlah penindasan tanah RTK orang Pulau Tawar.

Anonymous said...

Kalau nak bongkar, kasi bongkar betol2!!detail kan peruntukan Parlimen dgn perbelanjaan.itu saja dah cukup utk membuktikan sapa yang tidak amanah ni.buang semua jika ada yang terlibat,umno tidak boleh simpan NANAH-NANAH sebegini.dahlah busuk bimbang berjangkit pulak.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua rakyat Jerantut,
Kepada rakyat Jerantut yang mahu mengadu dan ada bukti tentang apa-apa elemen rasuah Jerantut dan penyelewengan tidak kira melibatkan ahli parlimen, DUN Tahan, DUN Damak dan DUN Pulau Tawar atau mana-mana Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi kerajaan dan swasta sila buat surat untuk kita hantar kepada Ketua Pengarah SPRM Malaysia di Kuala Tahan pada hujung minggu nanti. Ini lah masa untuk kita bersihkan UMNO Bahagian Jerantut sesuci kain putih. Ayoh rakyat Jerantut bangun dan bangkit tegakkan keadilan dan hapuskan kemungkaran dan penyelewengan. Ini agenda kita rakyat Jerantut. Bersihkan Jerantut dari rasuah.

Anonymous said...

TAKBIR, ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR..
HIDUP UMNO,HIDUP MELAYU,HIDUP UMNO,HIDUP MELAYU,HIDUP UMNO,HIDUP MELAYU!!!
Persingkirkan mereka-mereka yang mengkhianati perjuangan UMNO!!!

sprm tloh said...

cakap kosong minta maaf SPRM hanya dengar jer,tp x akan dilayan.sila kepilkan surat dan bukti sekali.jgn buang masa pengarah kitaorg nanti..kiteorg pun nk beramah mersa ngan big bos kitaorg jgak.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...