Monday, June 13, 2011

Mat Said Dan TG Nik Aziz Perlu Desak Najib Percepatkan LPT

Hujung minggu lalu WZWH ke Kota Bharu, Kelantan menghadiri satu majlis. WZWH ikut jalan Jabor-Permaisuri terus ke Kelantan. Hala balik WZWH ikut jalan tepi pantai Terengganu.

WZWH akui walaupun Kelantan negeri dibawah pembangkang PAS namun di Kota Bharu pembangunan rancak berjalan. Walaupun pembangunan Kelantan tidak sehebat Terengganu namun bagi negeri pembangkang yang tidak mendapat sokongan dari kerajaan pusat sepenuhnya Kelantan boleh berdikari sendiri.

Pelaburan dari Singapura terpaksa diterima untuk membangunkan Kelantan. Tidak seperti Terengganu yang mendapat wang Ihsan RM500 juta setahun dan tunggakan lebih 2 bilion lagi maka mudah untuk Terengganu membangunkan negerinya.

Apa yang WZWH mahu bangkitkan dalam posting ini ialah isu Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Apa yang ada hanya dari tol Gombak hingga ke tol Jabor. Selepas itu rakyat Kelantan, rakyat Terengganu dan rakyat Pahang serta rakyat negeri-negeri lain serta pelancong asing terpaksa guna jalan biasa.

WZWH tidak nafikan ada tempat-tempat di Terengganu dan Kelantan yang ada jalan-jalan tertentu dibesarkan sedikit bagi kemudahan pengguna jalanraya. Namun kemudahan untuk semua rakyat bagi menggunakan LPT sepenuhnya dinafikan oleh kerajaan BN atas sebab-sebab tertentu baik teknikal dan politik.

WZWH ucapkan terima kasih kepada MB Pahang dan Tuanku Sultan Pahang yang serious mendesak LPT KL-Kuantan dipercepatkan. Mat Said dan TG Nik aziz perlu mendesak Najib percepatkan LPT sepenuhnya. Kedua MB Terengganu dan Kelantan ini perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat menjayakan LPT.

Tuanku Sultan Kelantan dan Tuanku Sultan Mizan Agung perlu meminta Najib menyiapkan dengan cepat projek LPT. WZWH berpendapat rakyat Terengganu dan Kelantan perlu mendesak sama perlaksanaan projek LPT bagi memudahkan sistem pengangkutan Pantai Timur.















Kalau pergi Kota Bharu pasti orang perempuan suka membeli belah di Pasar Siti Khadijah. Begitu juga di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Kain, tudung, songket dsb.

1 comment:

dowLAH said...

btul tu, hrpnye ngeri2 pnti timur akn maju stnding dgn ngeri slngor,perak or kl ..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...