Wednesday, June 15, 2011

Pemimpin Pelapis UMNO Jerantut


Ahli parlimen Jerantut sekarang ialah YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Beliau yang lebih dikenali dengan Ku Lan telah masuk penggal ke tiga menjadi ahli parlimen Jerantut.

Sememangnya kerusi ahli parlimen Jerantut "direservedkan" untuk Ku Lan kerana menghadapi PRU 13 yang lebih mencabar dan sengit BN Jerantut terpaksa mempertaruhkan Ku Lan kerana 12 calon parlimen yang lain itu tidak diyakini boleh memenangkan kerusi P81 parlimen Jerantut.

Ku Lan sebenarnya punya "kekuatan tersendiri" yang sudah ramai orang UMNO Jerantut melupainya yang hanya WZWH dan tidak ramai yang memahami "mistiknya" pengaruh Ku Lan yang sebenarnya.

Ramai juga penganalisa politik Jerantut termasuk beberapa blog-blog Jerantut seperti SPU, Patpatsikulipat, Menyegar, Sangkakala melihat bahawa Jerantut ketandusan pemimpin pelapis dan pemimpin muda.

WZWH tidak bersetuju kerana dari pemerhatian WZWH di Jerantut ini ada pemimpin pelapisnya. Adalah menjadi tugas WZWH untuk menonjol pemimpin muda yang lebih bersih kerana misi WZWH ialah membersihkan UMNO Bahagian Jerantut sesuci kain putih!

Posting ini khas untuk 52,000 pengundi berdaftar PRU 13 Jerantut dan kepada pengundi muda Jerantut. Nama-nama pemimpin muda yang WZWH perturunkan ini adalah pemimpin pelapis UMNO Jerantut. WZWH senaraikan mengikut senioriti dan kekananan:
  1. Mustafa Maarof
  2. Ir. Jalaluddin Ghazali
  3. Hartini Abdul Rahman
  4. Murad Idris
  5. Ustaz Ahmad Shah Jamlus
  6. Rozilan Saleh
Sepatutnya jika Ku Lan tidak mahu bertanding ahli parlimen Jerantut yang paling layak dan berpengalaman dari segi hierarki kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut dan masih muda belia ialah YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia namun sengaja WZWH tidak mahu masuk dalam senarai kerana nanti orang Jerantut kata WZWH bias.

Bagi pengundi 52,000 Jerantut adalah elok untuk WZWH perkenalkan barisan calon pemimpin pelapis muda UMNO Bahagian Jerantut seperti berikut:

Kalau DS Najib lebih berminat dengan calon muda. Pemuda Jerantut mencadangkan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang juga AJK UMNO Bahagian iaitu Saudara Mustafa Maarof. Beliau adalah Pengerusi Belia MAYC Malaysia dengan berpendidikan tinggi peringkat sarjana. Khidmatnya bersama Pemuda UMNO Bahagian Jerantut nampak terserlah dengan kepimpinannya.

Calon muda lain yang layak dipertimbangkan dan ada keterampilan ialah saudara Ir. Jalaluddin Ghazali, AJK UMNO Bahagian Jerantut. Beliau juga aktif dengan kegiatan belia dan pernah menerajui kepimpinan MBD Jerantut cuma beliau perlu dibimbing supaya lebih matang dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Beliau pemimpin harapan Jalan Benta dan separuh Jerantut Hilir. Beliau anak didik harapan Dato' JP Bazain Mahmud.

Hartini Abdul Rahman merupakan Ketua Puteri paling senior dalam Pahang. Kepimpinan beliau terserlah dalam Puteri UMNO Bahagian Jerantut. Beliau juga rapat dengan pejabat PM. Beliau juga harapan orang DUN Tahan terutama pengundi wanita dan orang muda.

Seorang lagi calon muda yang terbukti kepimpinannya mencari pengaruh dalam UMNO Bahagian Jerantut ialah saudara Murad bin Idris , anak didikan Arwah Dato' Azizan Yaakob, pakar satelit Celcom. Beliau telah menang dalam pemilihan G7 UMNO pada tahun 2010 nampak diterima oleh ahli-ahli UMNO di Bahagian Jerantut. Beliau sekarang Pengerusi MBD Jerantut yang sangat aktif dengan program belia secangkir kopi di merata-rata tempat dalam parlimen Jerantut.

Ustaz Ahmad Shah Jamlus, AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut adalah calon potensi dari Ulu Cheka. Beliau berkelulusan pengajian agama Islam dari Jordan dan sekarang berkhidmad sebagai Penolong Pengarah BTN Pahang. Kemenangan beliau dalam pemilihan G7 UMNO pada tahun ini menyerlahkan penerimaan baik ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut kepada pemimpin muda yang bakal mengantikan Arwah Dato' Azizan Yaakob. Pemuda UMNO Bahagian Jerantut menyokong beliau.

Jika DS Najib mahu mengambil calon bukan kategori kepimpinan UMNO Bahagian maka seorang anak muda dari Lembah Tembeling iaitu saudara Rozilan bin Saleh, Setiausaha Politik PM (Akhbar) boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon kerana beliau rapat dan tahu sistem kerja kehendak PM. Dan ramai orang Tembeling termasuk blogger Urag Drrulug sangat menyokong beliau.

Siapa kata Jerantut tiada calon-calon pelapis parlimen PRU 13. WZWH berpendapat calon-calon yang dipersembahkan ini ada dalam beberapa kategori dan mereka layak menjadi ahli parlimen Jerantut. Ini terpulanglah kepada DS Najib untuk memilihnya dan penerimaan semua ahli UMNO Bahagian Jerantut dan rakyatnya. Ini yang WZWH fikirkan. Ahli-ahli UMNO dan rakyat Jerantut bolehlah mulai dari sekarang mengenali bakal-bakal calon pelapis parlimen PRU 13 dari sekarang.

WZWH percaya siapa-siapa yang di pilih oleh DS Najib kali ini dan jika menang akan dilantik sebagai Timbalan Menteri. Sokonglah calon-calon pilihan anda dan mula buat kerja untuk UMNO mulai dari sekarang. Komen-komen dari anda terutama pengundi muda Jerantut dialu-alukan.

27 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH,

Sejak bila pulak Jalud dapat Ir? Dah lulus exam PE(Profesional Engineer) dari BEM ke? Agak2 la bro kalau nak promote pun...kah kah kah kah...

Anonymous said...

Salam Anon 2:21 mungkin maksud WZWH, Ir tu ikut rasa gamoknye, bukan lulus PE exam.... kah kah kah....

Anonymous said...

Salam.Jalaludin jadi calon parlimen? huhu makin kenyanglah bob kita

Anonymous said...

Rozilan who? Nak jadi calon? Bersepah org jerantet tk kenal ke dia. dia pun tak kenal org jerantet

Dr Ahmad Shukri said...

Woitt! Kas? Aok tak nak calonkan ke? Apa ingat kas tak layak ke?

Pang5 Banir said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,
Calon Parlimen Jerantut PRU 13
Maaf, bila diperkatakan oleh orang politik, semua apa yang mereka nampak mengenai kebaikan dikalangan mereka sahaja. Latar belakang keluarga, pergaulan keluarga, penerimaan masyarakat terutama terhadap keluarga. Maklum sajalah, bila masyarakat pendalaman ni, jika ada kenduri kendara, sebabnya bila berkata aku malas pergi rumah orang itu, rumah aku pun tak pernah sampai, itu salah satu... Bila tak pernah sampai, kalau menang dalam plihanraya pun, lagilah eksyennya. Bila dah jadi wakil rakyat semua mengaku saudara. Kalau dah saat2 akhir nih baru nak ditonjolkan muka2 calon, jawabnya merupakan “bidan terjun” lah tu... Setakat ini, tinjuan masih tak terkesan ciri2 bakal calon mempunyai ciri2 tersebut...

Pang5 Banir, terkial2 mencari nama imam2 Kg Bantal, Kuala Tahan, Kg Pagi, Kg Sat, Kg. Gol, Merting... cuma tok 4 aje kenal sebab kena ....

dobit127 said...

cadangan yang agak berani . Apapun masih ramai pengundi P81 ni tidak mengenali calon2 pilihan tuan blog..Apa kata tuan blog memmbuat profail setiap calon pilihan ..bukan apa boleh melihat sekilas pandang kekuatan (dan kelemahan,jika ada) setiap orang yang dicadangkan..

ini cadangan saje..

Anonymous said...

ingat jgn syok sendiri..... rakyat tak suka..

Anonymous said...

kah kah kah! woitt WZWH aok ni kelakarlah he he he.

Anonymous said...

Woit WZWH aok pun layak apa kurangnya lebih berpandangan jauh cerdik dari 6 calon yang aok tonjolkan itu...

kak said...

hartini ketua puteri pun layak juga.dia bakal di angkat sebagai ketua wanita akan datang dalam bahagian umno jerantut.pemimpin yang sangup perabih duit untuk parti.HIDUP KETUA PUTERI JERANTUT.

bdk kg tini said...

muka macam tini macam TENOK tu layak ke ke untuk jadi pemimpin rakyat?jerantut dah x ada orang lain ke yang hendak di angkat,suruh dia kahwin la dulu,berhenti dari bawak jantan muda untuk puas kan nafsu dia,bayar hutang kat spaQ..

gerbang k said...

mustafa maarof ada juga ke name dia dalam senarai awak wzwh?apa ke pandir nye aok ini wzwh nak taruk nama mustafa tu dia bukan la perjuang sejati untuk parti umno,dia tu bertanding dalam parti umno hanya la untuk glamor` nye bila dapat jawatan mula la x buat kerja,bila tegur je mula la nak letak jawatan gaya PONDAN perjuangan mustafa ni,kalau la di calon jadi ahli parlimen x lama ada la pulak PILHANRAYA KECIL PARLIMEN JERANTUT,sbb bila merajuk mudah sangat nak letak jawatan.he ehe ehe

penduduk rumah banjir said...

hartini tolong lah cermin kan diri awak iya.plss.jangan rosak kan nama parti,tolong lah jaga tinkahlaku anda yang kurang sopan itu.kalau gatal sangat kahwin,jangan malukan kg kita dan sedara mara.

Anonymous said...

wzwh adalah calon yang kami rasa layak untuk menmikul tagungjawab sebagai calon muda untuk di ke tengah kan.

Anonymous said...

deme ni mengutuk orang sedap sangat.mcm tau je ajal deme bila.kita renung kepergian tokoh politik jrt spt dato azizan,shafin..
sedar la sikit nyawa kita bila2 bleh direnjut izrail.
nak bertaubat masa tu dah xberguna,nak mitak maaf dgn org yg kita kutuk n buat naya dah x dapat.haa tadah la deme nnti time nak mati dan bila berkumpul di padang masyar..
Allah Maha Kaya dan doa org teraniaya diterima tanpa hijab..

Anonymous said...

koi nak zali mezah, wan shamsuri, en huzunul..

Little Princess said...

tiada salah calon yang WZWH ketengahkan.tapi Hartini lebih berpotensi.dia ada ciri kepimpinan, boleh tarik orang muda.

Anonymous said...

Tak kenal la orang-orang ni.... Kas rasa ada yg marah dgn wzwh ni... Mandai2 saje letak nama orang yg tah sape2.... Tu semua politik nak cantas awal2 lg... Strategi politik lama wzwh oiiii... Semata-mata nak naikkan wan amizan

Anonymous said...

salam semua,
semua orang punya pendapat sendiri.cuma cara mereka menyalurkan pendapat saja yang berbeza.teramat kurang yang menyalurkan pendapat mereka dengan cara berhemah.majoritinya lebih kepada emosional.contohnya kebanyakan anon2 di atas.tiada rasional langsung.lebih banyak mengaibakn orang lain.mungkinlah hasil didikan atau persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku mereka atau mereka ini datans dari sos prolitar.
lihatlah mereka itu.mereka lebih cenderung mengutuk oarang lain.merendah2kan orang lain.langsung tida rasa hormat terhadap maruah orang.sepatutnya mereka cadang calon alternatif mereka sekiranya tidak bersetuju dengan pendapat orang lain.saya memerhatikan sejak dahulu lagi dalam blog ini ttg tahap tingkah bicara anon2.kebanyakan mereka berotakkan lutut.saya rasa anon2 jenis ini hanya layak jadi pengkomen di blog yang terkenal dengan budaya merendah2kan orang dan mengaibkan orang iaitu blog Uragg druluugg.Blog yang kononnya dah jadi blog nasional tapi isi postingnya hanya berkisar kepada perkara memperlekehkan orang yang tidak disukainya.
masyarakat ciber di jerantut sepatutnya memperlihatkan diri sebagai pengamal budaya ilmu.berhujah atas dasar rasional dan atas paksi kebenaran.barulah masyarakat di luar jerantut menghormati pemikiran orang jerantut.kita boleh menilai setakat mana taraf IQ seseorang hanya melalui lontaran bicara mereka.samada bersandarkan otak atau lidah.ayuh orang jerantut,letak kan diri anda pada taraf yang tinggi.jangan humbankan keintelektualan anda ke dalam air limbah.

KUTUKAN DEWATA;

idea yang baik berpaksikan otak yang sihat,idea yang sumbang berpaksikan lidah yang curang!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:38,
Apa yang WZWH letak ialah nama pemimpin pelapis UMNO Jerantut. Mereka itu semua AJK UMNO Bahagian dan AJK Pemuda Bahagian Jerantut dan ahli UMNO Jerantut. Sememangnya mereka lah pemimpin masa depan mengantikan kepimpinan UMNO Jerantut akan datang. Kalau Anon tidak kenal maka WZWH tolong kenalkan. Kenapa Anon berprasangka negatif dan buruk sangka kepada WZWH. Kalau Anon tidak bersetuju nyatakan siapa pemimpin pelapis UMNO Jerantut yang Anon suka.

Anonymous said...

berdasarkan komenkutukan dewata, kita tau la sdg mana saja kualiti pembaca blog ini termasuk saya sendiri. org yg intelek tak patut baca blog ini. oh aku dh taubat.

Anonymous said...

salam semua aku x kisah siapa pun calun yang memimpin secara ikhlas janji jangan wan amizan sudah,kalau wan mizan jge calun di kempunan la undi anak branak kome di dun tahan,bagi duit kome sapu tp undi x dapat kome nak bg ke pembangkang pulok di dun tahan

Anonymous said...

ramai mana ke sgt anak beranak awak tu anon 2.14pm..pegi mampus la

Anonymous said...

hahahaha..mungkin anon June 16, 2011 2:14 PM tok batin sg tiang..1 kmpung tu kerabat dia..
ahahahaha..hodoh btoi cara komennye..

Anonymous said...

anak beranak tak penting..yang penting pengaruh..

Anonymous said...

go to hell with ur influence..kalau byk pengaruh bertanding bebas la..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...