Thursday, June 16, 2011

Pemandu ETP Tidak Respek PTD: Pembayaran RM63.9 Juta Kepada Konsultan!


Kenapa kerajaan terpaksa membuat bayaran khidmat rundingan dan pelbagai promosi rancangan induk kerajaan yang terlalu tinggi kepada beberapa firma perunding.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengakui di Dewan Rakyat bahawa kerajaan membelanjakan sebanyak RM63.9 juta untuk khidmat rundingan dan promosi rancangan induk kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan/Ekonomi (G/ETP).

Jumlah RM63.9 juta itu adalah terlalu tinggi untuk dibelanjakan sedemikian rupa kalau pun kerajaan mempunyai dana yang berlebihan.

Jumlah RM63.9 juta ini hampir sama dengan peruntukan membiayai kenaikan gaji segelintir guru-guru besar dan pentadbir sekolah yang diumum kerajaan sebagai tindakbalas kepada janji Pakatan Rakyat memberikan imbuhan RM500 sebulan setiap seorang guru seperti terkandung di dalam Buku Jingga.

Peruntukan bagi kenaikan gaji guru-guru besar hanyalah RM80 juta setahun, berbanding RM63.9 juta yang dibelanjakan kepada beberapa firma perunding sahaja.

Kegilaan berbelanja besar menggaji perunding ini melambangkan sikap kerajaan yang tidak menghargai sumbangan penjawat awam dan tidak berkeyakinan dengan kebolehan pimpinan sektor awam menambahbaik sistem pentadbiran sedia ada.

Keputusan-keputusan utama yang membabitkan perkhidmatan awam kini bergantung kepada maklumbalas dan cadangan perunding, sedangkan pengalaman dan kefahaman pimpinan sektor awam lebih mendalam mengenai selok-belok budaya dan motivasi penjawat awam.

Layanan kepada pimpinan pentadbir awam ini juga tidak tepat dengan kedudukan mereka, apabila mereka hanya dianggap pemberi maklumat sepanjang proses makmal dijalankan oleh perunding-perunding ini, bukannya sebagai pembuat keputusan.

Kaedah yang suka guna khidmat konsultan ini akan membantutkan usaha menaiktaraf mutu dan kecekapan perkhidmatan awam negara.

Penduduk luar bandar tidak berapa faham apa itu ETP. RM63.9 juta adalah peruntukan sungguh bermakna bagi penduduk Ulu Tembeling Jerantut. Duit sebanyak ini boleh buat Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling.

2 comments:

FARHAN PAHANG said...

ye, knape berbelanja besar utk firma tersebut, bnyk tindakan kerajaan skrng seperti sengaja gali kubur sendiri, kpd penjawat awam mereka perlu lbeh kreatif, dan kerajaan patut bagi peluang kpd mereka

dobit127 said...

Salam..
Perekara-perkara sebegini yang menjadi duri dalam daging ke arah kemenangan BN dalam PRU akan datang.
Sepatutnya perkar sebegini diambil berat tetapi entah kenapa dan mengapa masih dibiarkan menjadi liabiliti dan keseronokan segelintir pihak untuk memperolehi kepentingan peribadi dalam memanafaatkan wang rakyat..
Tolong..wahai pemimpinku... sedarlah... Anda semua tewas selama ini bukan kerana orang lain kuat tetapi kerana sikap anda dan sekeliling anda..
Jika anda tidak peduli akan kelakuan orang-orang di persekitaran anda, maka tidak lama lagi orang-orang inilah akan meninggalkan anda bila masa anda tidak diperlukan...

Berani Berubah untuk Berjaya!!!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024