Wednesday, June 8, 2011

Peraturan UMNO Tidak Dibolehkan Usul Undi Tidak Percaya kepada Wakil Rakyat

Setiausaha Agung UMNO Malaysia, YB Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berbesar hati untuk memberi penerangan peraturan mesyuarat UMNO kepada AJK UMNO Bahagian Jerantut.

Peraturan UMNO tidak membolehkan ahli UMNO cawangan mahu pun bahagian mengadakan usul undi tidak percaya kepada wakil rakyat UMNO samada ahli parlimen atau ADUN.

Lembaga Tindakan Disiplin boleh mengambil tindakan disiplin kepada ahli-ahli UMNO yang cuba mengadakan usul sedemikian seperti dipecat keahlian UMNO.

Di Jerantut ada segelintir ahli-ahli UMNO yang masih tidak tahu dan tidak faham peraturan parti kerana ada beberapa cawangan mengadakan usul yang sedemikian.

WZWH boleh menerima kerana ahli-ahli UMNO cawangan tersebut tidak tahu peraturan parti. Tetapi mengapa AJK UMNO Bahagian Jerantut juga tidak faham, tidak tahu peraturan yang ada tentang tidak dibolehkan usul undi tidak percaya kepada wakil rakyat UMNO samada ahli parlimen atau ADUN.

Kenapa ada segelintir pemimpin Veteran AJK UMNO Bahagian Jerantut tidak menasihati malah menggalakkan usul sedemikian dilepaskan dari penapis usul-usul. 

Adakah pemimpin ini tidak faham atau buat-buat tidak faham. Kenapa penapis usul tidak menapis usul undi tidak percaya ini yang menyalahi peraturan parti?

Jika sekiranya ada usul undi tidak percaya kepada presiden parti atau kepada perhubungan UMNO negeri dari cawangan-cawangan mahukah AJK UMNO Bahagian Jerantut membenarkan usul ini dibawa ke persidangan mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut?

WZWH mencadangkan kepada Setiausaha Agung UMNO Malaysia supaya turun ke Jerantut memberi penerangan kepada AJK UMNO Bahagian Jerantut tentang peraturan parti dan etika mesyuarat UMNO supaya AJK UMNO Bahagian Jerantut dapat pula memberi penerangan kepada ahli-ahli diperingkat cawangan.

Jangan sampai nanti "Setiausaha Eksekutif UMNO"  Jerantut mengajar AJK UMNO Bahagian Jerantut tentang peraturan dan etika mesyuarat UMNO.

25 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Alas zurik, kau nak pertahan ke sape nie?. Makna cakap onjgn tu, kalau wakil rakyat mengkhianati dan berbuat kelakuan songsang atau salah laku, juga tak mahu faham etika nkepartian, kalau asik pedooh aka gelembong je ? tak boleh kah di undi tak percaya, itu kan demokkrasi atau kau nak menegak kan kuku besi. kalau dah hampuras tu hampuras juga, oooi zurik. Tak faham aku dengan ong nie. demokrasi ke atau otokrasi kau nak tegak kan. Hukum Karma sedang berjalan... jaga....aaa... . oop HP aku berdering pulok dah, aku cakap tak habis lagiiiiii.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 10:46,
Anon faham tak peraturan UMNO tidak membolehkan usul undi tidak percaya kepada wakil rakyat UMNO tak kira ahli parlimen atau ADUN.

Betul WZWH kadang-kadang mengkritik ahli parlimen dan ADUN-ADUN Jerantut namun WZWH tidak sama sekali bersetuju dengan usul undi tidak percaya kerana itu:
1. Peraturan UMNO melarang
2. Bukan ahli UMNO saja yang memenangkan wakil rakyat UMNO kerana seluruh rakyat terlibat memilih.

WZWH mengkritik membina kerana sayang kepada wakil rakyat UMNO dan BN Jerantut bukan menghancurkan wakil rakyat Jerantut.

Anonymous said...

jubo kalau kena ke wan amizan di bela sgt, cuba kena ke dr shukri ke, lau lee ke,tenglu lan ke awk akan bt pembelaan ke. mmg pukimak awk ni. menatang haramjadah awk. aku nampak awk ni mmg penjilat jubo no1 lah. org ramai semua taw awk ni penjilat. jgn ingat org jtut bodoh lah bongok.

Anonymous said...

susah susah buat macam yang di lakukan di mesir dan lain lain negara, sekarang ne libya,senang jer jika dah undi tak percaya tak di bolehkan dalam perlambagaan umno, kita berarak ramai ramai, siang malam, pagi petang, buat perhimpunan berjuta juta orang, najib boleh kumpul belia sampai lebih dari sejuta di putra jaya, takkan kita tak boleh kumpulkan orang ramai untuk membantah pada wakil rakyat yang tak mahu turun turun ne, apa macam boleh?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon-Anon semua,
Kerja-kerja menilai wakil rakyat samada ahli parlimen dan ADUN adalah dilakukan semua agensi dan keputusan ditangan pucuk pimpinan. WZWH ada pandangan sendiri, Anon-Anon semua ada pandangan masing-masing tetapi pandangan pucuk pimpinanlah oleh MB Pahang dan DS Najib yang terbaik kerana mereka akan pilih calon winnable candidate yang terbaik boleh menang. Kita tunggu aje lah dekat PRU 13 nanti senarai wakil rakyat UMNO Jerantut akan keluar. Tidak perlu dan wajar kita buat usul undi tidak percaya kepada wakil rakyat jika alasan-alasan kita tidak cukup kuat dan berasas semata-mata mengikut hati kita yang amarah. Cuba kita apa kebaikan yang wakil rakyat itu sudah buat. Berapa peruntukan yang telah dibawa ke kawasannya. Kita kena berfikir secara terbuka dengan akal bukan dengan nafsu dan emosi.

Anonymous said...

saya rasa wan amizan tidak boleh lagi sebagai calon di dun tahan atau pun sebagai ahli parlimen. sebab nya pada mesyuarat perwakilan baru2 ni, didalam ucapan penangguhan yg disebut oleh tok4 chebong /selimbar yg mengusul wan amizan harus dikekalkan lagi sebagai adun tahan lagi atas persetujuan 8 cawangan saja di dun tahan yg semua cawangan melebihi 30 cawangan lebih di dun tersebut. jadi saya lihat cawangan lain tak nak ke wan amizan. goner tu wzwh yg bijak sana dan ustad wan amizan. ke dah dibayar kpd tok4 tersebut.

Anonymous said...

Berdirilah dan berkumpul segala manusia dan jin Jerantut mahu menjatuhkan Wan Amizan jika Allah tidak menghendakinya maka Wan Amizan tetap bertanding PRU 13 maka sia-sialah kerja jahat kamu wahai manusia dan jin Jerantut...

Anonymous said...

letak jawatan sj dato wan amizan hoiiiiii. dah tau ramai x nok.itu tanda akhir dah tu. huhuhu

tok4 muda said...

abis nk bagi ke sape adun tahan...ke hartini ketua puteri tu ke?atau ketua wanita.saya rasa calon yang paling sesuai adalah mizi SUK sbb kerja nye bagus.di bantu jentera nye abu bakar busu dan azman gay.

Anonymous said...

HIDUP PAS, PKR DAN DAP. UMNO DAH HANCUR. UMNO DAH HANCUR. UMNO DAH HANCUR. SUKA NYA KITA

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Kun faya kun..

Anonymous said...

kalau zali mezah betanding, aku sokong 100%

Anonymous said...

wan samsuri layak kat situ, tak penipu mcm wan amizam

Anonymous said...

apa lah nasib umno nih.yg bertelagah tak abis2,jgn menilai org untuk kepentingan peribadi,

Anonymous said...

wan samsuri dgn zali mezah jita bg menang, yg lain dr 2 nama ni, sori. serius aku ckap. jgn nk cuba2. pas ltak krbau btnding pun menang.

puteri jerantut. said...

bagi hartini je....kp puteri

Anonymous said...

JANGAN SAMPAI WATI ahli puteri aku campur urusan kau.nati naye awak

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bekas puteri jerantut said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bekas puteri jerantut said...
This comment has been removed by a blog administrator.
walisongor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
Banyak komen terpaksa WZWH deletekan kerana menyentuh hal seseorang terlalu peribadi. Sila anon-anon semua komen mengenai tajuk posting WZWH saja. Harap maaf dan mendapat kerjasama semua. Terima kasih.

Anonymous said...

wzwh, tak perlu delete, moderate saja, awk boleh tapis mana yg nk keluar mana yg tk perlu.

Anonymous said...

blog wzwh sudah tidak terbuka lagi.dulu cakap lain sekarang dah lain.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...