Monday, June 20, 2011

Teori "Peak Oil" : Bolehkah Malaysia "Survive" Tanpa Petronas?




Fakta Petronas pengeluaran minyak:
2008- 550,000 tong sehari
2009- 490,000 tong sehari
2010- 450,000 tong sehari

Ini bermakna pengeluaran minyak Malaysia berkurangan 10% setahun. Ini membimbangkan kerajaan yang bergantung 45% bajet negara dari sumber minyak.

Sumbangan Petronas kepada kerajaan:
2005- RM9.1 bilion
2006- RM13 bilion
2007- RM20 bilion
2008- RM24 bilion
2009- RM30 bilion

Kita boleh melihat kerajaan terlalu bergantung kepada hasil Petronas dan trend meningkat. Pada tahun 2013 kemungkinan besar 30% dari untung Petronas akan disumbang secara tetap.

Keperluan Petronas ialah melabur bagi aset-aset "oil and gas" bagi keuntungan masa depan lebih dari membelanjakan sekarang bagi keperluan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan Petronas adalah penyumbang kestabilan utama Malaysia dan rantau ini. Malaysia dalam kedudukan ke 19 negara yang aman dan stabil dunia.

Bagaimana kerajaan mahu menguruskan pentadbiran negara tanpa terlalu bergantung kepada hasil Petronas? Mengikut teori "peak oil" bolehkah Malaysia "survive" tanpa Petronas bila minyak sudah makin berkurangan? Jawabnya tidak kalau kita melihat kepada trend perbelanjaan kerajaan.

Bagaimana kita mahu mengatasi krisis akan datang ini? Kita perlu kembali melihat pengurusan Malaysia sebelum tahun 1975 ketika minyak adalah sumber yang asing bagi kita. Bagaimana kerajaan berbelanja ketika itu? Bagaimana rakyat berbelanja ketika itu?

Kita pasti menghadapi Malaysia tanpa minyak. Kalau kita tidak bijak mengurus ekonomi negara tanpa minyak mungkin Malaysia tidak akan aman dan stabil lagi. Itulah hakikat rakyat Malaysia dan parti-parti politik perlu berfikir dari sekarang.

Mungkin tidak logik minyak dunia boleh habis. Malaysia melalui Petronas aktif carigali minyak baik di perairan Malaysia malah ke luar negara. Negara Islam seperti Arab Saudi, Iraq, Iran, Afghanistan dll masih banyak simpanan minyak.

Tambahan pula ramai orang kata masih ada banyak rezab minyak di Teluk Mexico dan perairan pantai Brazil. Hakikatnya sepuluh syarikat gergasi minyak dunia telah mengurangkan perbelanjaan kos carigali minyak. Petronas sudah umum tahun 2019 Malaysia akan mengimport minyak. Itu tanda awal teori 'peak oil'.

'Peak oil' ialah idea pada satu titik dunia akan mengeluarkan minyak paling optimun. Selepas titik ini, minyak yang dikeluarkan berkurangan maka manusia terpaksa guna kurang minyak. Ramai saintis dan Kerajaan perihatin kepada apa yang akan berlaku bila minyak kurang di pasaran.

Idea ini telah perkenalkan pada tahun 1950an dan 1960an oleh M.K. Hubbert. Beliau berkata graf pengeluaran minyak seperti lengkuk loceng ( Hubbert's Curve ). Hubbert meramalkan Amerika Syarikat akan sampai 'peak oil' pada awal tahun 1970an. Sememangnya Amerika Syarikat mencapai 'peak oil' pada awal tahun 1970an. 

Tidak berapa pasti bila 'peak oil' dunia akan terjadi. Ramai saintis bersetuju ianya akan berlaku diantara tahun 2010 hingga 2020. Juga terdapat konsep 'peak' arangbatu, gas asli, air, kayu, dan banyak sumber asli lain. 


Graf 'peak oil' Hubbert
File:Hubbert peak oil plot.svg

Dunia kita selepas 2080...mungkinkah kita mengharungi tamadun tanpa minyak? Adakah ini bermakna berakhirnya tamadun dunia.

Permintaan minyak dunia semakin meningkat lebih-lebih lagi kebangkitan ekonomi China dan India. Petumbuhan penduduk dunia yang semakin bertambah menambahkan lagi permintaan minyak dunia.

Oleh kerana bekalan minyak dan gas adalah keperluan teknik-teknik pertanian moden maka kejatuhan bekalan minyak dunia akan menyebabkan kenaikan mendadak harga makanan dunia dan kebuluran pada dekad akan datang.

Salah satu sebab utama kenapa Presiden Bush menyerang Iraq dan Afghanistan adalah kerana politik menguasai sumber minyak dunia berikutan teori 'peak oil'.

Survey geologist minyak kata pengeluaran minyak memuncak-'peak oil' dijangka antara 2010 hingga 2020. Selepas itu dunia berdepan dengan berbagai krisis. 

Kita penghuni dunia 'post-peak'. Semua sumber asli yang ada telah memuncak pengeluarannya. Ini implikasi laporan International Energy Agency (IEA) mengunjurkan pengeluaran minyak mentah tidak lagi akan capai pengeluaran memuncak 70 juta tong sehari pada 2006. Selepas itu pengeluaran minyak mentah akan berada sekitar 68-69 juta tong sehari.

Ketidak tentuan dunia 'post-peak' susah untuk diramalkan. Ianya dunia di mana minyak tidak banyak di pasaran tetapi mengurang dan mahal. Jika kita mahu membangunkan ketahanan yang mencukupi kepada pelbagai kejutan harga dan pemusatan krisis dunia 'post-peak', kita perlu mengenal pasti yang itu adalah simptomatik transisi tamadun yang tidak dapat dielakkan menuju kemunculan zaman 'post-carbon'. Tiada masa untuk nafikan. Kerajaan dan rakyat perlu mula menyesuaikan diri.

6 comments:

zaidi said...

Saudara
Analisis saudara amat menyegarkan di dalam senario semasa yang banyak mengangguk. Saya cemas kerana kerajaan tidak menunjukkan rancangan persediaan untuk menghadapi masa depan tanpa Petronas. Ia mesti bermula sekarang tatkala negara masih sihat dan berupaya. Lunaskan segala hutang-piutang dan bina simpanan aset kritikal. Malaysia mesti disediakan untuk masadepan. Pemimpin yang sudah berusia lebih dari 55 tahun perlu memberi laluan kpd yg lebih bertenaga.

Anonymous said...

salam wzwh.
untuk menghadapi masalah ini satu saje jalannya iaitu tenaga nuklear.tapi masalahnya orang malaysia ni terlalu phobia bila sebut perkataan nuklear.tunggu aje lah kesusahan yang akan menimpa bila sampai masanya nanti.ketika itu tahu lah masing2 manusia yang menentang projek nuklear untuk masa depan malaysia,termasuklah urag druuluug.

kutukan dewata:
kalau malaysia kehabisan tenaga minyak senang aje.panggang aje punggung uraag druuluug dan pengikut2nya.minyak punggung dia orang boleh menghasilkan tenaga letrik.

dobit127 said...

bila ditanya kepada member kawan, mereka mengatakan ia memang emas akan habis, tetapi dengan keadaan sekarang dengan penerokaan carigali yang semakin bertambah dan berita-berita perjumpaan logam-logam lain yang di muka bumi Malaysia maka hal itu seharusnya tida kcema. Ia boleh ditangani dengan bijaksana. Jangan menggunakan isu berkenaan yang boleh diuruskan dengan ke arah pemaksaan proses atau projek yang dirasakan kurang sesuai dengan keadaan dan senario sedunia seperti nuklear.
Ketika negara2 maju semakin ke arah kemakmuran bersama rakyat bumi, janganlah kita mengorak langkah ke belakang menggunakan teknologi yang kini ditolak penggunaannya..

Kawan pun bertanya, So bagaimana Malaysia tanpa Petronas?..
Dia menjawab, alahai Singapura relaks jer.. Tanah sekangkang kera, apa hasil pun tiada. Nah! Maju melebihi Malaysia...
Kawan pun berhujah: Singapura itu kecil, bolehlah....
Dia berkata pula: Kita lihat negara-negara Europa, siapa yang lebih maju...Siapa yang lebih besar?...

Dengan puting beliung sudah ada di sekitar Malaysia, maka gunakanlah kejadian alam untuk kepentingan semua..biomass dan kincir angin juga boleh diambil perhatian untuk masa hadapan..
ok...

Anonymous said...

kita tengok aje la nanti,itu pun kalau panjang umur.

azmanum said...

Salam wzwh dari jerantut,
Syabas. Dah lebih 5 tahun saya dah menyelami isu 'peak oil', baru ni saya jumpa blog bahasa melayu. Memang sukar untuk masyarakat umum untuk faham isu ini dan implikasinya. Ramai yang akan terkejut 'beruk' kerana tak semena-mena harga minyak akan naik melambung dan akan merubah kehidupan dunia sebagaimana yg kita kenal selama ini.
Mungkin elok diperkenalkan istilah Bahasa Melayu yg sesuai untuk 'peak oil'... 'Minyak Kemuncak'?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Azmanum,
Terima kasih mengikuti blog WZWH. Sememangnya isu "peak oil" akan menghantui politik dunia. Iklim politik dunia pasti berubah bila masyarakat terkejut dengan kesan "peak oil". Soalnya bagaimana dunia dan Malaysia mengurusnya. Renewal energy sudah tentu jawapannya.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...