Nuffnang Ads

Pages

Saturday, June 11, 2011

Jika BN Gagal "Merakyatkan" IPP, Mungkin Rakyat Sokong PR Ke Putrajaya!



Mantan Pengerusi TNB, TS Ani Arope sanggup berkorban meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara TNB dan IPP yang berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk menerima bulat-bulat.

Samada itu arahan Tun Mahathir (PM) atau Anwar Ibrahim (TPM dan Menteri Kewangan) pada tahun 1996 tidaklah WZWH tahu siapa yang berkeras. Jika perlu rakyat boleh dakwa kedua-dua pemimpin ini yang menyusahkan rakyat dan TNB kerana mahu lihat syarikat-syarikat tenaga IPP kaya raya dengan menghisap darah rakyat.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) — yang membekalkan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Sejak kebelakangan ini banyak pihak juga meminta kerajaan agar mendedahkan perjanjian IPP, yang didakwa berat sebelah, kepada umum.

Pemimpin veteran ini berkata kandungan perjanjian IPP menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi, sekali gus membebankan kehidupan rakyat.

Mulai 1 Jun lalu, tarik elektrik dinaikkan purata 7.1 peratus.

“Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat sini hari ini.

Menurut laporan Bernama Online, Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan berkata, beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

“Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Gua Musang berkata walaupun tidak semua pengguna menanggung beban kenaikan tarif elekrik itu, namun penduduk juga akan turut merasai bebanan terutama kenaikan harga barang.

Kata Tengku Razaleigh, peniaga-peniaga besar yang terbabit dengan kenaikan tarif baru elekrik sudah tentu akan menaikkan harga barangan pengeluaran mereka disebabkan kos yang meningkat termasuk juga pengangkutan.

“Kita harus berlaku adil dalam menyelesaikan masalah itu kerana saya melihat sekarang ini syarikat pembekal kuasa tenaga elektrik kepada TNB memonopoli keuntungan berpuluh kali ganda disamping mendapat subsidi pula daripada Petronas,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan rakyat supaya jangan menuduh kerajaan yang sengaja menaikkan harga barang keperluan di pasaran termasuk gula, minyak masak dan bahan bakar kerana semuanya bergantung kepada harga naik turun di pasaran dunia.

“Kita tidak mempunyai banyak bahan mentah untuk minyak masak dan gula, begitu juga bahan bakar yang terpaksa diimport dari negara luar hingga berlaku kenaikan yang perlu ditanggung bersama,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Wan Zurik,

Ong penah blajo akuntan di luar negara dan di perkukuhkan MBA UUM, kalau sudah tertera dalam perjanjian macam mana nak review, bukan senang wok. Melainkan beli ,tapi berapa kos. Lagi pun semasa meneliti IPP tentu lah Bussines model telah diperinci dan di persetujui. Kau cakap saja merakyatkan IPP, bagaimana, cakap saja boleh, itu pun di Jerantut. Aku amat tak percaya sebab IPP tidak di rakyatkan , maka BM-UMNO kalah, kau ini zurik ahli umno ape dan jenis ape.

Aku mula tak nak kumen, tapi belum ada yang kumen ,maka aku masuk lah.

cam mana cara fikir ong zurik?, kau ingat kau pandai sangat ke berbanding pegawai EPU. Bila orang bercakap aje kau menyampok, sebelum ini tak ada pun kokok ong tu.

Sudah lah zurik........

oBo said...

WZWH,
aku sokong awak, sekurang-kuangnya awak sudah memberikan pendapat sama ada orang setuju atau tidak itu perkara lain. saya percaya kepada kebebasan bersuara.

Anonymous said...

zuriq zuriq... asal dengo uraq beroyat je mnyampuk ,asal mnyampuk je nampok la ke pandirnye!!