Friday, July 1, 2011

Wawasan 2020 Tidak Akan Tercapai Jika Rakyat Malaysia Suka Demonstrasi Jalanan

Ambiga Sreenevasan adalah 'tokoh Demokrasi Malaysia' yang menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Malaysia tidak demokrasi selama lebih 55 tahun. Beliau layak diberi anugerah 'Nobel Prize' setaraf dengan Aung San Suu Kyi dari Myanmar. Ambiga layak dipertimbangkan 'gelaran Tun' bila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia nanti selepas PRU 13. Ambiga ialah 'Bapa Demokrasi' Pakatan Rakyat!

Bersih 2.0 adalah didokong oleh intelektual 'pseudo' yang tidak faham 'the art of statemanship". Pada mereka merosakkan negara, menghuruharakan negara, memalukan negara, menjatuhkan ekonomi negara, menuduh dan menghasut rakyat tidak percaya kepada kredibiliti berbagai institusi-institusi negara.

Bersih 2.0 telah digunakan oleh gerombolan ahli politik pseudo yang pada mereka 'where democracy fail, revolution is the answer'. Mereka telah membuktikan kepada rakyat Malaysia mereka ahli politik-ahli politik yang sudah bangkrap idea dan strategi yang menjadikan kelaziman negara demokrasi menyelesaikan isu kuasa di peti undi melalui pilihanraya umum.

Bersih 2.0 bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu ahli politik bakal Perdana Menteri yang rating kredibilitinya sudah jatuh merudum kerana tidak dapat mengawal hal moral peribadi. Rakyat dihasut membenci kerajaan supaya kerajaan sah mendapat mandat rakyat yang sedang memerintah digulingkan.

Kenapa Bersih 2.0 dan ahli politik-ahli politik yang bersifat pondan-pondan politik ini tidak berperanan sebagai pembangkang membantu kerajaan menjayakan Wawasan 2020 untuk melihat Malaysia maju mengikut acuannya yang tersendiri.

Kerajaan perlu banyak masa untuk memikir, merancang, mengimplemen dan mengkaji semula segala polisi dan program demi kemajuan dan kebajikan rakyat secara ekonomi, politik dan sosial.

Wawasan 2020 tidak boleh tercapai jika ada gangguan yang ingin merosakkan negara, menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan. Adakah pelabur mahu melabur di Malaysia jika negara ini tidak stabil, aman dan huruhara?

Lebih banyak keburukan dari kebaikan yang dapat dihasilkan oleh perhimpunan haram Bersih 2.0 demi mahu menjatuhkan kerajaan BN dan melihat Pakatan Rakyat menuju kuasa Putrajaya. 'The end justify the means' itu kata Machiavalli. Tidak kira jika 'means' itu menghancurkan negara.

Bersih 2.0 perlu tunggu selepas PRU 13. Jika pada kepercayaan dan dogma Pakatan Rakyat bahawa PRU 13 nanti akan tumbanglah kerajaan BN diseluruh negara maka memerintahlah PR mentadbir negara Malaysia. Maka selepas itu bolehlah Bersih 2.0 mengadakan demonstrasi dan 'march' sepanjang tahun, hari-hari pun tidak apa, rakyat Malaysia suka demonstrasi!

Adakah ketika itu Ambiga Sreenevasan masih mahu mengapalai perarakan Bersih 2.0, 3.0, 4.0, 5.0, 6.0, 7.0, 8.0, 9.0 ,10.0. Maka boleh lah kerajaan Pakatan Rakyat memberi nasihat kepada YDP Agong (itu pun kalau YDP Agong dan Sultan-Sultan/Raja-Raja Melayu masih ada lagi!) untuk memberi anugerah Tun Ambiga Sreenevasan kerana menjadi tokoh negarawan yang menyedarkan rakyat Malaysia yang ditipu oleh kerajaan Perikatan dan BN selama lebih 55 tahun selama ini bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang sepenuhnya!

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...