Thursday, July 7, 2011

Halangan Berduri Buat Bersih 2.0 Opsyen Yang Ada : Batal Atau Terrorisme!


Bersih 2.0 tetap berdegil mahu mengadakan rally di Stadium Merdeka yang kerajaan tidak beri sebarang stadium di sekitar Kuala Lumpur. 

Bersih 2.0 walaupun pertubuhan haram tidak berdaftar dengan ROS cukup kuat mendesak kerajaan mahu itu dan ini. Permit perlu dipohon juga pelan keselamatan. Itu tatacaranya tapi Bersih 2.0 ambil mudah semua ini.

Halangan berduri buat Bersih 2.0 ialah:

  • permit kebenaran rally
  • halangan jalan polis menuju 'city centre' Kuala Lumpur
  • 91 nama termasuk Ambiga dilarang masuk Kuala Lunpur pada Sabtu 9 Julai
  • Perkhidmatan Stesyen Puduraya bermula tengah malam hari ini dihentikan 
  • Perkhidmatan bas Intercity 'direroutekan'
  • Permit sementara bas seluruh Malaysia menuju ke Kuala Lumpur dibekukan
  • Baju kuning bersih dan pertubuhan Bersih masih status haram
  • larangan kepada kakitangan awam seperti guru dan pelajar 

Apa cara Ambiga mahu memastikan ramai orang datang rally Bersih 2.0? Kalau rally Bersih 1.0 pada tahun 2007 dulu ada 50,000 penyokong. Sasaran Bersih 2.0 mahu lebih besar 100,000 ke atas. Pemimpin Pakatan Rakyat menjanjikan 300,000 ahli turut hadir ke rally Bersih 2.0.

Lebih ramai lebih bagus kalau dapat 500,000 peserta ini akan mengembirakan penaja Bersih 2.0 dari luar negara. Anwar Ibrahim sangat suka hati kerana demonstrasi Bersih 2.0 ini akan buat rakyat Malaysia lupa kes peribadinya. Momentum Pakatan Rakyat akan menaikkan graf populariti Pakatan Rakyat di hati rakyat kononnya.

Namun undang-undang yang ada seperti Ordinan Darurat, Undang-undang aktiviti pertubuhan haram, perkumpulan tanpa permit dan ISA serta halangan-halangan berduri di atas tidak memungkinkan rally Bersih 2.0 akan mendapat ramai peserta.

Bersih 2.0 hanya ada dua opsyen sahaja. Pertama batal. Kedua terrorisme atau keganasan merusuh. Opsyen kedua yang sangat Anwar Ibrahim dan Mat Sabu mahu. Pemimpin DAP hanya memandang dari jauh. 

WZWH berpendapat opsyen kedua adalah yang terbaik buat Bersih 2.0 kerana sememangnya itulah kehendak penaja yang sebenar. Ambiga adalah hanya alat sahaja manakala PKR dan PAS adalah buah-buah bidak catur manakala DAP sebagai tukang sorak.

Bersih 2.0 berterrorismelah, menganaslah, merusuhlah, buatlah segala banyak kerosakan yang kamu mahu sebab rakyat Malaysia mahu bukti sifat-sifat sebenar kamu. Tunjuklah warna sebenar Bersih 2.0 yang telah mengkorupsi warna kuning warna Raja.

Rakyat Malaysia dan serata ibukota seluruh dunia dapat melihat rally Bersih 2.0 yang sebenarnya di Kuala Lumpur dan seluruh dunia. Kalau kamu mahu malukan Malaysia teruskanlah niat 'bersih' kamu.

Namun Bersih 2.0 harus berdepan dengan peruntukan undang-undang yang ada. Polis sudah bersiap sedia menghadapai kamu. ATM pun sudah bersedia. Polis dan ATM sudah berpengalaman menghadapi terrorisme dan keganasan pengganas komunis selama 35 tahun. 

Jika Bersih 2.0 sebenar anak bayi komunis yang baru dilahirkan itu tidak mengapa. Pihak keselamatan Malaysia sudah bersedia...Nasihat WZWH kepada Ambiga: Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau mahu jadi matyr (sahid) berjuanglah. Kalau kamu gugur, sebuah patung akan dibuat untuk kamu, kamu boleh jadi 'Joan of Arc' Malaysia. Seluruh pejuang 'demokrasi' kamu akan melawat tugu kamu dari seluruh dunia. Ayuh semua kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berdemonstrasilah....tunjukkan sifat kamu yang sebenar kepada rakyat Malaysia.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...