Wednesday, July 20, 2011

Sebenarnya.....BERSIH 2.0 Membantu BN Mengalih Isu-Isu Penting Negara


Sebenarnya Pakatan Rakyat terperangkap bila menyokong Bersih 2.0, mereka ingat boleh buat majoriti rakyat Malaysia menyokong mereka dalam PRU 13.

Najib perlu berterimakasih kepada Bersih 2.0! Kenapa?

Majoriti rakyat Malaysia mengeluh harga barang naik. Rakyat mahu terutama anak-anak muda mahu peluang pekerjaan. Rakyat mahu kemudahan. Komuniti bisnes mahu perniagaan berkembang.

Ekonomi dunia merudum. AS banyak hutang. Eropah menghadapi kebangkrupan. Timur Tengah tidak aman. Jepun cuba bangkit kembali. Ini semua memperlahankan ekonomi Malaysia. Nasib baik ekonomi China dan India membantu. 

Isu negara yang penting ialah apa dasar dan strategi kerajaan untuk menghadapi ekonomi dunia yang lesu ini. Bagaimana mahu menjaga kebajikan rakyat berdasarkan wang perbendaharaan yang ada. Cukup ke? Apa penambahbaikan lagi? 

Bagaimana mahu membangunkan ekonomi luar bandar?  Apa industri-industri baru dan tinggi pulangan untuk negara yang harus kerajaan beri perhatian dan penekanan?

Inilah isu-isu penting negara yang rakyat Malaysia perlu fikirkan bersama.

Di Pahang contoh adakah Lynas memberi pulangan ekonomi yang baik dan betul ke ada isu-isu keselamatan dan kesihatan berbangkit. Tapi isu Bersih 2.0 telah menenggelamkan isu Lynas juga.

Semua rakyat bercakap tentang isu bersih 2.0. Pilihanraya adil dan bersih. Ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat ghairah bincang, berdebat, bermajlis, berceramah, berdemonstrasi jalanan dan mahu buat beberapa demonstrasi lagi.

Kenapa rakyat Malaysia tidak bertanya adalah servis perkhidmatan mereka selama menjadi ahli politik cukup memuaskan hati pengundi kawasan parlimen dan DUN. Itu isu yang lebih penting.

Kita sebenarnya buang masa dengan isu Bersih 2.0 yang 'artificial' tidak memperlihatkan realiti politik dan ekonomi.

Bersih 2.0 telah buat majoriti rakyat Malaysia lupa kepada isu-isu pokok kepentingan negara. Ahli politik Pakatan Rakyat sibuk memperjuangkannya sebagai 'holy war'.

Sebenarnya Bersih 2.0 membantu BN mengalih isu-isu penting negara. Majoriti rakyat sudah takut dengan gelagat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...