Tuesday, July 5, 2011

Magna Carta Melayu Dan Kekejaman Komunis Berselindung Disebalik Kedaulatan Rakyat

Bukit Siguntang di Palembang, Sumatera tempat bersejarah lahirnya 'magna carta' Melayu.

Secara kebetulan sama ada disedari atau tidak kebangkitan Bersih 2.0 atas nama menyubur demokrasi telah bersama bercampur dengan unsur komunisme atas nama kedaulatan rakyat. Pada kali ini bukan saja Sultan/Raja Melayu disanggah seperti sejarah kebangkitan komunis di Indonesia malah kerajaan yang mendapat mandat rakyat dan berbagai institusi diperlekeh agar rakyat ramai menyokong gerakan terancang mereka.

Posting WZWH kali ini mengenai 'magna carta' Melayu (perjanjian antara Raja dan rakyat) dan kekejaman komunis berselindung disebalik kedaulatan rakyat. Di Tanah Melayu komunis tidak sempat untuk membunuh Sultan/Raja-Raja Melayu walaupun sempat memerintah selama 14 hari dan menghuruharakan negara sejak tahun1948-1960 secara aktif dan agresif dan perjuangan komunis Malaya diteruskan sehinggalah gencatan senjata pada tahun 1989. Komunis masih mencari jalan bagaimana mahu kembali dengan mengunakan demokrasi.

Sejarah Melayu menceritakan kisah 'magna carta' Melayu seperti berikut perjanjian Sang Si Perba dengan Demang Lebar Daun di Bukit Siguntang, Palembang:

Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Si Perba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinusta dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

Tragedi 3 Mac 1946. 'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu
65 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan 'Daulat Rakyat' bagi melawan laungan 'Daulat Tuanku'. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus 'Revolusi Sosial 1946' di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.

Sejarah ini terbukti ada persamaan dengan apa yang akan berlaku di Malaysia. Penghinaan secara terbuka sudah bermula dan jangan kita biarkan ia melarat dan meracuni fikiran rakyat. Walaupun Wasiat Raja-raja Melayu mengatakan:- 

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Antaranya:-

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Namun jika orang Melayu sendiri merelakan dan membiarkan diri mereka diperalat dan diguna oleh musuh maka orang Melayu sendiri bersubahat dan bekerjasama menghapuskan Ketuanan Melayu dan ini boleh memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang akhirnya musuh boleh mencelah masuk menguasai negara mengikut telunjuk mereka.

Ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, Komunis turut memainkan peranan menyemarakkan api perkauman dengan tujuan menjadikan negara berada dalam keadaan anarkisme. Dalam buku 'May 13 Before and After', Tunku Abdul Rahman menyebut komunis dan kongsi gelap antara penyebab tercetusnya tragedi itu. Laporan Majlis Keselamatan Negara MKN ‘The May 13 Tragedy’ yang dikeluarkan pada 1969 juga tidak menafikan wujudnya ejen komunis dalam Parti Buruh Malaya (PBM). 

Daripada Peristiwa 13 Mei itu membuktikan bahawa melalui siri demonstrasi dan perarakan haram, ejen komunis akan menyerap masuk untuk membakar emosi rakyat sehingga akhirnya ruang untuk menyerapkan ideologi komunis dapat laksanakan mereka. Perkara yang sama tidak mustahil berlaku dalam keghairahan pihak tertentu menganjurkan himpunan yang dikenali sebagai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Walaupun pihak penganjur berniat baik, pasukan keselamatan sudah dapat menghidu ejen komunis menyerap dan menyokong himpunan terbabit. Ini terbukti apabila pihak polis sejak awal-awal lagi dapat mengesan individu luar dan dalam yang ada kaitannya dengan ideologi komunis turut menyokong himpunan terbabit.

4 comments:

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/umno-china-communists-to-swap-youth-leaders/

Umno, China Communists to swap youth leaders

A giant portrait of Mao Zedong, the CPC’s first chairman, is seen in Beijing’s Tiananmen Square September 18, 2009. — Reuters pic
A giant portrait of Mao Zedong, the CPC’s first chairman, is seen in Beijing’s Tiananmen Square September 18, 2009. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Aug 5 — Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China.

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the more timely as China was now a major economic power.

Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC.

“On their part, they are amazed with our achievements and racial harmony and would like to learn from us how we were able to attain this harmony without any bloodshed,” Tengku Adnan said in a statement to Bernama.

He said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this year. — Bernama


kah kah kah..
kah kah kah..

cukuplah umno nak bodohkan melayu!

Anonymous said...

puki mak lu lah anon di atas.tak sedar diri.melayu dah nak mampus pun kau masih nak ketawa.

Anonymous said...

anon july 5,7.11am.
kau boleh mempermain2kan idea orang.tahu tak kau atau kau memang tak belajar sejarah atau kau memang biul tahap dewa,sejarah telah mengajar kita agar beringat2 akan sesuatu peristiwa tidak akan menimpa kita.kau penyokong komunis kau punya pasal,tapi untuk pengetahuan kau negara china yang komunis pun dah tukar dasar dan pendekatan dalam pentadbiran iaitu lebih terbuka dan dinamik demi menjaga hubungan dengan negara luar.kau tak boleh samakan negara komunis dengan pengganas komunis pujaan kau tu.pengikut komunis di malaysia ni sedang cuba menggulingkan kerajaan secara revolusi hasil hasutan terhadap rakyat yang bengong macam kau.secara langsung rakyat akan menanggung sengsara kerana setiap revolusi akan memakan korban pada angka yang sangat besar,bengong.
kau nak sokong kau punya pasal sebab kau adalah warga negara kelas pencacai,yang tak tahu meramal masa depan kau sendiri,stop.

kutukan dewata:

kalau tak ada waa'dat(bai'ah) sang sapurba dengan demang lebar daun kau semua masih lagi beragama hindu sekarang ini,mungkin anon di atas bernama ambiga seerevasan.bersyukurlah wahai anon bengong di atas...........

Anonymous said...

Pukimak betul anon July 5, 2011 7:11 AM.

Berketurunan hindu ka tak ada agama kah ko punya pasal. Bila diresapi fahaman komunis, agama entah kemana negara entah kemana. Faham situsasi pemerintahan komunis, ko berkerja untuk negara. Anak ko tak bole lebe dihadkan kerajaan ko komunis. Bila lebe makanan ko catu oleh kerajaan ko. Hasil berkerja ko kena serah kepada kerajaan ko. Itu jam ko nak bebas konket nak berjobor macam anuwai ko kena minta dengan kerajaan ko. Butoh ko kena kasi...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024