Monday, July 18, 2011

Batalkan PRU 13 Untuk Kerajaan Dan Pembangkang Runding Tuntutan Bersih 2.0


Rally dan Tuntutan Bersih 2.0 yang mahukan PRU 'bersih dan adil' disokong Pakatan Rakyat. Polemik ini boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Malaysia buang masa jika kerajaan BN dan pembangkang Pakatan Rakyat serta Bersih 2.0 masih berkonfrantasi isu ini. Rakyat Malaysia lebih mahu kerajaan dan pembangkang bincang bagaimana hendak selesaikan masalah ekonomi Malaysia.

Rakyat mahukan pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, kawalan inflasi dan kemudahan. Isu Bersih 2.0 dan hal peribadi Anwar Ibrahim (bakal Perdana Menteri Malaysia) telah menenggelamkan isu-isu rakyat yang sebenar.

Isu terkini ialah Bersih 2.0 yang buat kerajaan dan pembangkang tidak boleh menyelesaikannya dalam masa yang sama isu ini telah buat dunia memandang serong kepada imej baik Malaysia sebagai negara stabil contoh.

Hujah kerajaan BN:
Tindakan keras terhadap Bersih 2.0 menunjukkan kekuatan kerajaan menguatkuasakan undang-undang dan mengawal situasi, sokongan berkurangan kepada pembangkang. Tindakan ini mengundang sokongan dari pengundi Melayu luar bandar bila mengaitkan rally Bersih 2.0 dengan dana Kristian, agenda anti Islam, komunis dan pelampau Islam PAS. Bersih 2.0 tidak perlu kerana SPR sedang dalam proses penambahbaikan.

Hujah pembangkang Pakatan Rakyat:
PRU tidak adil dan tidak bersih. PRU lebih memberi kelebihan kepada kerajaan BN. Sistem SPR perlu dirombak. Putrajaya juga perlu dirombak.

Oleh kerana WZWH tidak mahu negara tercinta berpecah dengan isu Bersih 2.0 yang bukan keutamaan negara lebih dari untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Dibimbangi isu Bersih 2.0 ini akan menghuruharakan negara.   Sebelum kuasa-kuasa besar dunia masuk campur lebih baik kerajaan dan pembangkang selesaikan di meja rundingan seperti nasihat perintah YDP Agong.

Cadangan WZWH, kalau kerajaan dan pembangkang BERSETUJU maka:
  • PRU 13 selewat-lewatnya Mei 2013 perlu dibatalkan kerana tiada guna buat pilihanraya kerana pembangkang dan Bersih 2.0 tetap dakwa PRU 13 itu 'tidak bersih dan tidak adil'. Sebab jika BN menang 2/3 nanti Pakatan Rakyat tidak iktiraf dan akan merusuh. Atau Pakatan Rakyat akan boikot PRU 13 jadi BN menang 100%.
  • Kerajaan BN dan pembangkang Pakatan Rakyat serta NGO Bersih 2.0 dan mana-mana NGO 'hak asasi manusia' terutama yang ditaja oleh dana-dana dari luar negara boleh berbincang, berunding, menderaf satu sistem PRU yang terbaik dalam dunia agar AS, Britain, Eropah, Australia, negara-negara Arab boleh belajar dari 'model PRU Malaysia'
  • Masa untuk menghasilkan model PRU Malaysia ini memang mengambil masa. Untuk buat prototype saja WZWH cadangkan dua tahun kerana sudah tentu ahli parlimen dari kerajaan dan pembangkang akan berdebat dan berhujah siang malam. Mungkin WZWH cadangkan tambah satu tahun lagi untuk Ambiga Sreenevasan melontarkan idea-idea sejagatnya tentang demokrasi.
  • Maka PRU 13 boleh diadakan selepas tahun 2016! Untuk tiba pada tahun 2016 maka DS Najib perlu menjadi Perdana Menteri sehinggalah PRU sebenar.

WZWH berharap cadangan-cadangan WZWH ini boleh memuaskan hati Pakatan Rakyat dan Ambiga Sreenevasan Pengerusi Bersih 2.0 terutamanya.

2 comments:

dobit127 said...

Salam..
Yang menbatalkan PRU itu adalah tidak wajar tetapi menangguhkannya adalah pilihan lebih baik...
Cadangan yang diberikan wzwh itu baik tetapi bila akhir najib terus memegang sehingga PRU akan datang, itu isunya....Walaupun seharusnya sebegitu.

Cadangan kawan pula, teruskan PRU seperti biasa tetapi tetapkan tarikh pada Mei 2013 nanti.. Senang, semua dah tau.. Tak yah pembangkang nak kempen waktu sekarang...Ini setiap hari ada ceramah.. Memang untuk yang berminat dan ahli sahaja. Tetapi kadang kala meganggu masyarakat perekitaran...

Berkenaan penambahbaikan SPR, kedua pihak berjumpa dengan ada pihak ketiga mungkin pihak Diraja atau wakil luar.. Karang panggil orang kita, kata berat sebelah...

sebenarnya, kawan rasa isu tuntutan BERSIH 13.4 itu banyak boleh diselesaikan di meja rundingan sahaja.. So, guna asas itu untuk menyelesaikan masalah berbangkit...

andi said...

cadangan domit disokong, masalahnya nak ker PR menyokong

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...