Wednesday, July 20, 2011

NGO-NGO Bersih, Cekap, Amanah (BCA)


30 tahun dulu Tun Mahathir melancar slogan Bersih, Cekap, Amanah (BCA) sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. 

Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. Sifat-sifat ini adalah asas yang penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bertamaddun dan bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai ugama rasmi.

Tun Mahathir tidak pernah terfikir hari ini konsep BCA telah diNGOkan oleh kumpulan-kumpulan sosial dan politik bagi memberi definisi baru politik Malaysia.


Ambiga Sreenevasan telah memperkenalkan NGO Bersih. Semua rakyat Malaysia tahu apa itu Bersih mahu PRU yang bersih dan adil. Dunia pun tahu apa berlaku di Malaysia. Kesilapan Ambiga tidak mendaftarkan Bersih sebagai pertubuhan yang sah dengan ROS.

Pemimpin Pakatan Rakyat terpaksa menyokong Ambiga habis-habisan kerana ini idea baru politik Malaysia dan beri kesan kepada pengundi Malaysia.

Hari Jumaat nanti, Ku Li tokoh veteran UMNO mahu melancarkan satu lagi NGO Amanah. Sila baca sini. Amanah dilancarkan dengan enam tujuan utama iaitu mengembalikan legasi, janji-janji dan ideal Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas negara ini agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai satu komuniti yang adil, progresif, bersatu dan gembira.

WZWH mencadangkan satu lagi NGO perlu ditubuhkan melengkapkan slogan BCA iaitu NGO Cekap. Ini patut pemimpin DAP pula menggerakkannya. Cekap ialah 'competence'. DAP suka jadi jaguh isu ini. Lim Kit Siang atau Tony Pua boleh jadi pengerusi Cekap. 

Maka lengkaplah NGO-NGO BCA-Bersih, Cekap dan Amanah nanti. Ramailah ahli politik baik ahli parlimen dan ADUN menyertainya. Inilah trend politik Malaysia terkini kegilaan kepada NGO-NGO.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...