Monday, July 18, 2011

Betulkah Ambiga Sreenevasan Agen Yahudi Untuk Menguasai Malaysia?

Simbol Pakatan Zionis Israel-India. Adakah Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0 merupakan agen Zionis Israel yang misinya untuk melemah dan menguasai Malaysia? Mantan Ketua Polis Negara telah memberi peringatan kepada kita rakyat Malaysia supaya berwaspada.

Kenapakah Ambiga Sreevenasan, Pengerusi BERSIH 2.0 menerima dana asing dalam membantu mengadakan perhimpunan haram 9 Julai? Apa motif penerimaan dana asing itu?

BERSIH 2.0 merupakan salah satu daripada rangkaian-rangkaian NGO yang ditaja oleh yayasan dana yang berpengkalan Amerika Syarikat yang dinamakan NED (The National Endowment For Democarcy).

Kaitan ini sangat jelas, apabila aktivis-aktivis BERSIH ditahan polis, NGO-NGO tajaan NED bangkit mengadakan demonstrasi di Kedutaan Malaysia seluruh dunia, mempertahankan BERSIH.

Di Malaysia kedua-dua NGO itu dapat disamakan seperti Malaysiakini dan The Secretariat, Empower (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) yang diterajui Marina Chin Abdullah seorang AJK BERSIH 2.0.

Kaitan campur tangan NED semakin jelas apabila individu yang disebut-sebut sebagai dalang sebenar BERSIH, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (Democracy Award) dan ahli panel majlis penyerahan bantuan dana antarabangsayang kedua-duanya dianjurkan NED.

Menurutnya, rekod Anwar yang sentiasa mengikut jalur kumpulan zionis antarabangsa dan neocon seperti pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998 dan direkrut sebagai pensyarah di SAIS, John Hopkins University yang merupakan sarang kumpulan zionist/neocon serta dilantik sebagai perunding Bank Dunia mengesahkan lagi Anwar adalah alat zionis.Gerombolan jalanan, iaitu BERSIH 2.0 yang dijadikan oleh Anwar sebagai proksi yang kini dikenali sebagai BERSIH 2.0 telah mendapat latihan, sokongan dan bantuan kewangan daripada NDI, yang merupakan salah satu cabang dibiayai NED. Pergerakan politik pembangkang Anwar yang wujud sekarang ini di Malaysia mendapat sokongan daripada Zionis.

Bukti semakin jelas apabila dalam laman web NDI mengakui bahawa badan mereka terlibat secara langsung dalam melatih dan memberi bantuan kepada BERSIH.

Badan-badan pemikir dan kumpulan-kumpulan perisikan Amerika itu kesemuanya berpangkalan di Amerika Syarikat, dan sentiasa dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar Amerika Syarikat. Badan-badan tersebut juga bergerak mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain.

Gerakan mempengaruhi tanggapan ini dilakukan secara aktif melalui kaedah membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan revolusi warna, yang seterusnya akan membawa kepada pelantikan pemimpin-pemimpin yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishmen Anglo-Amerika dan petualang-petualang korporat antarabangsa.

Menurutnya rekod penglibatan Soros di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi, ketika Tun Dr Mahathir menjadi PM Malaysia.

Ketika itu, Soros berperanan meranapkan ekonomi Malaysia dalam krisis ekonomi 1997, dengan harapan Dr Mahathir berundur dari jawatan PM dan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan segera mengisi jawatan nombor satu di Malaysia.

George Soros, petualang antarabangsa dengan reputasi yang sukar diterima rakyat Malaysia, dengan mudah mempengaruhi Ambiga Sreevenasan supaya menerima dana daripada Open Society Institute, dan dengan bangga mengisytiharkan kononnya BERSIH 2.0 “dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Apa yang dinyatakannya itu bohong semata-mata dan perlu dipandang serius.

Secara terang-terangan George Soros merupakan tokoh yang membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang dalam krisis kebangkitan di Asia Barat dan Afrika Utara. Tindakannya membuka jalan kepada pelantikan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Mohamed ElBaradei dan konco-konco berpemikiran sama dengan badan-badan berpangkalan di Amerika Syarikat.

Para pembelot seperti ini dengan bangga dan terbuka memperalatkan bangsa sendiri dalam usaha merampas kuasa. Dengan menggunakan pendekatan imperialisme terselindung sebegini, Soros seterusnya berjaya menyalurkan dana kepada badan-badan tertentu bagi mencorakkan perlembagaan baru untuk negara Mesir.

Agak malang PAS yang dibarisi ulamak terhebat Malaysia secara sedar atau tidak turut terjerumus dengan agenda Yahudi Ambiga untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Malaysia. Rupanya PAS telah bersekongkol dengan gerakan Zionis dunia sebab itu PAS sanggup mengugurkan negara Islam dan melupakan hukum hudud. Sebab itu PAS dengar sangat cakap DAP supaya hal agama Islam perlu rujuk kepada DAP dulu.

Ambiga Sreenevasan dan Anwar Ibrahim berjaya mentarbiahkan PAS supaya mesra Yahudi dan meninggalkan agenda Islam. Media-media arus perdana milik kerajaan haruslah memainkan peranan menyebarkan perkara ini kepada rakyat jelata. Inilah masanya kerajaan menggunakan media yang masih dikuasai untuk kebaikan dan keharmonian negara, beritau perkara yang sebenar-benarnya berlaku dengan cara yang paling mudah difahami oleh orang-orang kebanyakan dan orang kampung. Janganlah media kita asyik pentingkan hiburan-hiburan yang melalaikan. WZWH teringat pada zaman Tun Mahathir, kalau ada apa-apa krisis yang menggugat negara dan perlu kefahaman rakyat, Tun Mahathir sering memberi ucapan beliau dan muncul di kaca-kaca tv dengan penerangan yang paling mudah difahami supaya semua rakyat tahu. Inilah masanya PM kita sekarang untuk membuat perkara yang sama.

Yang paling utama kita harus berwaspada dan dedahkan kepada rakyat adalah NGO-NGO Illuminati/Zionist yang menyokong juak-juak mereka dalam perjuangan Dajjal menegakkan boneka-boneka mereka di seluruh dunia pada Akhir Zaman. Mereka inilah yang lebih lebih besar dan berbahaya kerana bernafsu tamak mahu menguasai dunia. Mereka akan memesongkan Ummah dari Jalan Yang Lurus. Antara tanda-tanda Dajjal “bermata satu” dia hanya melihat nikmat dunia dan benda dan mengenepikan agama. Dia Raja Muslihat handal menutup kepalsuan dan kebathilan. Yang baik kelihatan jahat. Mereka pakar menjadikan yang jahat tampak seperti baik.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...