Friday, July 29, 2011

Pru 13 Formula Parlimen BN Jerantut


Wartawan UM,BH,NST, Star dan Sinar begitu ghairah melaporkan 'kenyataan' YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut yang kononnya mahu berundur mahu memberi peluang kepada muka baru.

Lantas semua orang fokus kepada parlimen Jerantut. Laporan wartawan-wartawan ini memberi persepsi bahawa YBM Tengku Azlan @ Ku Lan sudah tidak berminat hinggakan Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan menbuat kenyataan bahawa semua wakil rakyat BN patut menteladani kerelaan Ku Lan mahu berundur. Itu satu kenyataan yang premature!

Bila WZWH cuba memahami 'context' dan situasi mengapa Ku Lan membuat kenyataan demikian, WZWH dapati Ku Lan tidak membuat kenyataan itu semasa beliau beri ucapan politik tapi semasa diwawancara. Kalau kita kaji wartawan Sinar Harian telah memberi  satu laporan yang 'balance' kenapa Ku Lan menbuat kenyataan demikian.

Terdapat banyak fakta-fakta yang salah ditulis oleh wartawan-wartawan UM,BH, NST dan Star. Walaubagaimana pun persepsi majoriti rakyat Jerantut percaya Ku Lan mahu berundur. Kalau dikaji ucapan politik terbaru Ku Lan semasa jamuan makan malam BN Jerantut yang turut dihadiri MB Pahang tiada kenyataan bahawa Ku Lan mahu berundur dan isu itu tidak dipanjangkan atau pun dijelaskan oleh Ku Lan. Semua orang di majlis itu mahu mendengar sendiri dari mulut Ku Lan tetapi tiada kenyataan. 

Ku Lan hanya menyatakan kebimbangan beliau terhadap sokongan pengundi muda yang mahu 'mencuba' perubahan beralih arah kepada pembangkang selain menyatakan perubahan kemajuan Jerantut selama tiga penggal perkhidmatan beliau sedikit sebanyak ada nampak.

Komen DSD Adnan Yaakob MB Pahang secara spontan,"bukan senang hendak cari penganti kalau letak calon baru parlimen Jerantut belum tentu menang...susah juga". Sila baca sini tentang siapa penganti Tengku Azlan di Jerantut?

Apa yang positif WZWH nampak ialah beberapa kumpulan politik Jerantut begitu ghairah menonjolkan calon masing-masing dan politik Jerantut semakin ceria dengan penglibatan semua pihak. Ada yang mahu orang muda berumur 40an, berpelajaran, dan mempunyai ketajaman fikiran dan stamina. Ada mahu calon 'recycle', ada mahu calon PTD, ada mahu calon dari kalangan ADUN Jerantut dan macam-macam lagi.

Pada pendapat WZWH ini perkembangan yang sihat selagi setiap kumpulan pada masa PRU 13 nanti akan akur dan setia kepada BN jika calon-calon pilihan mereka tidak dicalonkan. Tiada guna kita terlalu taksub dengan calon kesukaan kita jika tidak terpilih kita menjadi pembelot atau tidak bekerja kuat dan bersungguh untuk memenangkan calon.

Apa yang penting calon parlimen BN Jerantut mesti mempertahankan kerusi dengan majoriti yang lebih besar dengan sokongan padu semua ahli UMNO dan komponen BN Jerantut. Kita mesti akur dengan pilihan pucuk pimpinan kerana keputusan muktamad adalah dari hasil pertimbangan yang sehabis baik dari segala segi.

WZWH membuat keputusan menyokong siapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan. WZWH juga berharap pengundi-pegundi muda Jerantut cuba memahami proses pemilihan calon parlimen Jerantut pada PRU 13 adalah dari 'decision making' terbaik dari pemimpin tertinggi BN. Kerja kita mudah pangkah X kepada calon BN kita tidak kira siapa. 

Pru 13 formula parlimen BN Jerantut insyallah akan berjaya mempertahankan parlimen Jerantut sebagai kubu kuat UMNO dan BN Pahang. Itu yang pengundi-pengundi muda Jerantut perlu buktikan untuk kita lebih mudah mencorakkan masa depan kita orang Jerantut.

10 comments:

Anonymous said...

KAYALAH RAMLI JAGA.
dr shukri suruh dia bercakap depan dato nan.ramli pun merepaklah macam biasa.lepas tu dr shukri bisik kat dato nan bagi aje duit senyap lah ramli jaga tu.
maka dato nan berilah ramli jaga rm 4000.huh....meniaga macam ni pun ada.maka makan lah ramli jaga duit haram sebab duit duit rakyat.setaraf lah ramli jaga dengan sedara dia haji rosdi makan duit haram sokmo.

Kutukan dewanita said...

Anon 9:18
Sekurang-kurangnya politik Ramli jauh lebih hebat dari awak.hanya menulis diruangan komen saja (itupun komen macam anak saya yang tadika tu) ..Cubalah pula bercakap depan audience serupa Ramli kalau politik awak hebat..Kah..kah..kah..kah...he..he..he..

Anonymous said...

oooh JAGA je..

Anonymous said...

kutukan dewanita,
awak ni tak sehebat kutukan dewata yang hujahnya penuh dengan fakta dan bukti.
haanya kerana awak berkongsi duit dengan li jaga maka awak puji dia tahap naga.hebat sangat kah politik ramli jaga kalau setakat mengutuk orang dan jual cerita murahan untuk mendapatkan se sen dua.
orang politik jerantut sangat mengenali siapa ramli jaga.juru lawak umno atau badut sarkas umno.pengadu domba umno nombor satu di pahang.sebab tu dato nan bagi duit elaun badut sarkas umno.

kutukan dewanita mengampu li jaga sebab dapat sikit duit dato nan tu.

lagi satu aku nak ingat kan kutukan dewanita,tak perlu lah nak menumpang nama kutukan dewata.nanti orang baca tulisan awak orang ingat kutukan dewata yang tulis.tahap pemikiran awak tidak setaraf pemikiran kutukan dewata.

-peminat kutukan dewata.

Anonymous said...

dua -dua pun sama akai pendek,mngaku laa kutukan deata dia tahap intelek longkang je bro..

Anonymous said...

Kutukan dewata ka dewanita ka pemikirannya tiada kearah penyelesaian politik. Hujah suma syok sendiri ajer. Tak membina cuma kutuk
mengutuk ajer...

Anonymous said...

hei manusia di atas,
kau orang nak bergaduh kau orang punya pasal.apa hal libatkan aku pulak.
aku tak nak terlibat dengan isu remeh macam ni.tak ada kepentingan awam langsung.sorry ye aku tak campur.

kutukan dewata:

anon 6.31,nama aku kan kutukan dewata.tentulah kerja aku mengutuk ajer.tak kan itu pun kau tak faham...

anon 5.34,tahap intelek kau pula tahap cohor air limbah heheheheheh!

Anonymous said...

Anon 4; 11.49 lu xhebat nak kutuk. xda fakta/nas/nyata nak kutuk bab politik masih ditahap "zero". Kena ikut juak2 penipu politik baru kenal politik...

Pang5 Banir...

Anonymous said...

pang5 Banir,lu sudah tua duduk diam2.
tapi betul ke lu ni pang5 banir.setau aku pang5 banir tak kutuk orang sembarangan.idea dia bernas.aku tak caya lah lu ni pang5 banir,lu ni menyamar aje kasi rosak nama panglima banir,haark ptuiiii.

-sayangkan kutukan dewata-

Klang Oldboy said...

Nonsense. go to hell all those rubish.As well as i known there are many rubish and stupid politicians in Jerantut. Not as well as we in Klang.PR is a winnable party in the next election.I hope UMNO members from Jerantut turn to PR take the benefits to rebuild Malaysia

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...