Wednesday, July 13, 2011

PAS Adalah Penyembah Ambiga Sreenevasan (PAS)

Ini Ambiga Sreenevasan dan Anwar Ibrahim yang berpengaruh menyesatkan perjuangan PAS. Sejuta ahli PAS yang beriman dan berfikir perlu merenung kemana hala tuju Parti Islam SeMalaysia ini.

Ini posting WZWH istimewa untuk 1 juta ahli PAS-Parti Islam SeMalaysia. Kini PAS sudah berubah kepimpinan dan perjuangan Islamnya sudah semakin mengelirukan umat Islam di Malaysia.

PAS kini adalah Pengikut Ambiga Sreenevasan. WZWH merasakan PAS sudah sampai peringkat menjadi Penyembah Ambiga Sreenevasan.

Siapakah sebenarnya Pengerusi Himpunan Bersih 2.0  yang dipuja oleh puak Pakatan Rakyat?

Ambiga Sreenevasan
1. Agama Hindu
2. Anti Islam
3. Penyokong Murtad

Kerja jahat manusia ini :

1. Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorang wanita Islam yang murtad.

2. Menganjurkan forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan orang bukan Islam masuk islam.

3. Pendokong dan Penggerak IFC (Inter Faith Comission/Suruhanjaya Antara agama) yang pernah mengatakan bahawa perceraian dalam Islam adalah zalim dan juga menyokong pluralisme agama.

4. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang nak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.

5. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang nak mohon jadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak.

Sebarkan kepincangan ahli/para pemimpin PAS yang bertakbir dengan kebesaran nama Allah tetapi sanggup mengikut petualang agama Islam.

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

Pehin Seri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak mengharamkan Ambiga menjejak kaki di bumi Sarawak kerana dibimbangi Ambiga menghasut masyarakat Bumiputera Sarawak supaya berpecah belah. Idea Bersih 2.0 yang asal adalah mahu menumbangkan Taib Mahmud dan kerajaan BN semasa PRN Sarawak baru-baru ini.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan, marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC. Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024