Saturday, July 16, 2011

Kenapa Pemimpin PR Mengajak Penyokong-Penyokong Langgar Prinsip Rukunegara


Peristiwa rally Bersih 2.0 membuktikan pimpinan tertinggi PR terdiri dari PKR, PAS dan DAP menghasut para penyokong melanggar Prinsip Rukunegara. Barangkali pemimpin PR sudah lupa Prinsip Rukunegara yang semasa sekolah rendah dan menengah sentiasa dilafazkan.

WZWH mahu sentuh hanya dua Prinsip Rukunegara iaitu:

  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Kedaulatan Undang-Undang
Tun Ghazali Shafie bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau pada tahun 1970.

Pemimpin PR tidak setia kepada Raja dan Negara kerana membiarkan Ambiga Sreenevasan memandu mereka engkar dan derhaka kepada perintah YDP Agong yang menasihatkan jangan dibuat demonstrasi jalanan. Depan Raja angguk berjanji dihebahkan kepada semua rakyat Malaysia tetapi akhirnya derhaka kepada titah perintah Raja. Ini jelas pimpinan tertinggi PR dan Bersih 2.0 mahu menunjukkan bahawa mereka boleh ketepikan kuasa Raja. Ini bukti mereka tidak setia kepada Raja dan Negara.

Kedaulatan jelas rally demonstrasi jalanan Bersih 2.0 itu haram menyalahi undang-undang kerana pertubuhan Bersih 2.0 itu haram. Setelah nasihat, peringatan dan amaran diberi oleh polis namun Bersih 2.0 yang dipengaruhi oleh PR tetap tidak peduli dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang. Jelas polis bertindak kerana menguatkuasa undang-undang yang ada. Tidak cukup dengan itu pemimpin PR dan Bersih 2.0 telah menjalankan kempen dakyah memburukkan kredibiliti polis.

Maka 16 juta rakyat Malaysia yang boleh mengundi pada PRU 13 nanti berfikirlah dengan sehabis baik dan rasional minta dijauhi dari bisikan halus yang penuh tipu daya memperjuangkan kepalsuan. Mereka pimpinan tertinggi PR dan Bersih 2.0 telah dipengaruhi nafsu duniawi ghairah mengejar kekuasaan sampai melalaikan keimanan mereka. Ulamak-ulamak PAS yang ramai terlibat perlu membaca kembali kitab-kitab agama dengan hati yang perlu dibersihkan terlebih dahulu dari terpedaya dengan bisikan halus baik dari manusia atau jin.

Demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda. Sekiranya PR yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, perlu selesaikannya apabila tiba PRU dan biar rakyat yang membuat keputusan. Kerajaan akan bentangkan hujah-hujah dan pembangkang akan kemukakan hujah-hujah mereka. Biar rakyat yang menentukannya. Rakyat Malaysia tidak perlukan demonstrasi.

Apa yang rakyat Malaysia mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan. Rakyat mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan rakyat Malaysia untuk Malaysia.

Kalau pun kerajaan hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga.

Pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas menang lima negeri, menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau ada segelintir rakyat rasa itupun belum memadai, kerajaan akan lakukannya dengan lebih baik lagi – contohnya sistem biometrik, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu.



YDP Agong adalah Raja yang berdaulat. Ketua Agama Islam. Budaya Melayu percaya kepada tulah. Islam mewajibkan penganutnya mematuhi amir pemimpin kerajaan Islam atau kerajaan umat Islam. Mungkin tulah yang akan menimpa PR ialah mereka akan kalah lebih banyak kerusi parlimen dan DUN pada PRU 13 sebagai balasan perbuatan khianat. Rakyat akan menghukum mereka.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...