Saturday, July 2, 2011

1..2..3..ISA Sedia Dilancarkan Berhati-hati Bersih, Perkasa Dan Pemuda UMNO!


PDRM telah tutup segala perbincangan dengan penganjur rally Bersih 2.0 pada 9 Julai. Polis beri amaran pastikan tiada perhimpunan itu terjadi.

Tiada ruang lagi untuk perbincangan. Kepada semua Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda UMNO bersedialah untuk ditangkap jika masih mahu meneruskan rally.

Polis telah beri sesi penerangan, amaran dan peringatan tetapi mereka masih berdegil. Polis tekad pastikan perhimpunan tidak akan terjadi.

Bersedialah Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda UMNO berdepan dengan undang-undang negara ini.

1..2..3..ISA sedia digunakan seperti mana Akta ini yang dimula digunakan sejak tahun 1960 masih sedia berjasa untuk dioperasikan demi menjaga keselamatan negara.

Inilah akta yang genius dicipta oleh Profesor R. H. Hickling dalam dunia membendung keganasan. Amerika Syarikat 'copy' ISA dijadikan USA Patriot Act.

Sebelum ini Bersih minta polis cadang sediakan laluan bagi perhimpunan 9 Julai. PDRM tidak bersetuju kerana kebimbangan peniaga, pelancung, pengusaha teksi, perniagaan hotel, kehidupan rakyat ibukota terganggu dan ramai menentangnya. Hampir 2136 laporan polis telah dibuat oleh berbagai pertubuhan, NGO, persatuan dll. Ini satu angka tertinggi dalam sejarah Malaysia laporan polis yang tidak mahu sesuatu perhimpunan diadakan.

Ambiga Sreenevasan pengerusi Bersih 2.0 tetap berkeras maka polis terpaksa guna perundangan yang ada. Polis akan tangkap sesiapa saja yang terlibat tidak kira warna kuning, hitam atau merah.

Setakat ini 115 tangkapan telah dibuat. 30 masih dalam tahanan polis. Terdapat gerakan mahu menghidup kembali fahaman komunis. Beberapa pemimpin parti tertentu telah dikesan mengunjungi perkampungan veteren Parti Komunis Malaya di Thailand selama seminggu. Spekulasi mengatakan terdapat perbincangan 'masterplan' disitu.

Dijangka lebih ramai lagi tangkapan akan dibuat. PDRM Malaysia adalah antara polis yang tercekap dalam dunia. Polis tahu apa yang akan dan sedang berlaku. Kita serah saja hal-hal keselamatan dalam negeri kepada PDRM. Mereka tahu apa yang mereka buat.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...