Thursday, July 21, 2011

PAS Mahu Makan Besar Tanding 80 Kerusi Parlimen

PAS menuju Putrajaya PRU 13. Perdana Menteri PAS pertama ialah......

PAS mahu makan besar PRU 13. Mahu tanding 80 kerusi parlimen. Penambahan 14 kerusi. Ini adalah kerusi-kerusi lompat parlimen PKR kepada Bebas.

Statistik PRU 12:
  • PAS bertanding 66 parlimen dan 232 DUN
  • PAS menang 23 parlimen dan 83 DUN
  • DAP bertanding 47 parlimen
  • DAP menang 28 parlimen
  • PKR bertanding 97 parlimen
  • PKR menang 31 parlimen
PAS mahu mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan “wakil rakyat lompat” berulang.

Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, PAS terbuka untuk berunding dan berbincang.

PAS juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada PRU 13 

PAS menyasarkan PRU 13 akan diadakan hujung tahun ini. PAS mahu tumpukan Semenanjung lebih dari Sabah dan Sarawak.

PAS juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula misalnya parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS.

Pada PRU 12, Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai PAS pada 1990. Ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh BN.

Anwar Ibrahim yakin dan percaya Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti 2/3 kerana momentum Bersih 2.0 menyebelahi pembangkang sewaktu diwawancara oleh AP.

Di parlimen Jerantut, PAS berkeyakinan boleh mendapat sokongan undi 55% untuk menang dalam PRU 13. Namun PKR pun sedang memujuk PAS untuk bertanding parlimen Jerantut. Tidak dapat dipastikan samada Dr Hamzah Jaafar (PAS) akan bertanding lagi buat kali ke tiga di Parlimen Jerantut. Kemungkinan besar Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di parlimen Jerantut.

PAS menganggap PRU 13 nanti mudah untuk PAS memenangi 80 kerusi parlimen dan sudah pasti terutamanya parlimen Jerantut setelah UMNO Jerantut nampak tiada calon-calon winnable candidate menjelma lagi buat masa ini.

5 comments:

Faizal R said...

Info daripada mana ni? Mcm psikologi nak laga2kan PR shj. Umno mcm mana?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam FR,
Dari Naib Presiden PAS he he he

Faizal R said...

Hebat sekali risikannya.

Atau diada2kan?

dobit127 said...

Namapun rencana peribadi...

Nak tau betul atau tidak... sila buat penyelidikan sendiri.. jangan hanya menunggu buah nagka gugur sahaja.tengok2 busuk di dalam...
okk...

qfq said...

kalaulah ditakdirkan umno tumbang dalam pru13 nanti, pada pru14 umno jugak akan lakukan perkara yang sama, untuk mengambillih Putra Jaya.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024