Tuesday, July 12, 2011

Perspektif Bersih 2.0 Dari Tun Abdullah Ahmad Badawi



Pak Lah tidak menyokong rally Bersih 2.0 kerana YDP Agong tidak perkenan. Sebab itu Pak Lah berjumpa dengan Ambiga Sreenevasan mengingatkannya supaya taat kepada titah Agong batalkan demonstrasi jalanan dan berbincang dengan kerajaan.

Pak Lah menafikan beliau terlibat menguruskan Ambiga dan EXCO Bersih 2.0 mengadap Agong. Bersih 2.0 tetap engkar kepada perintah Agung dengan tetap mengadakan rally walaupun membatalkannya pada mulanya.

Maka berlakulah pertembungan penyokong Bersih 2.0 dengan pihak polis. Hampir 1,700 aktivis demonstrasi Bersih 2.0 ditangkap. 

Pak Lah mempertahankan tindakan polis. Jika polis tidak tegas, demonstrasi itu akan menjadi ganas dan tidak terkawal. Polis buat apa yang terbaik.

Pakatan Rakyat percaya dan berharap rally Bersih 2.0 akan buat pengundi memilih gabungan parti pembangkang dalam PRU 13 nanti. Kesan Bersih 2.0 ini akan mencetus momentum anti kerajaan BN dan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Pak Lah bersetuju bahawa Bersih 2.0 ada kesan kepada kerajaan pentadbiran DS Najib namun BN tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan kembali sokongan. Kerajaan BN sensitif dengan rakyat. Jika ada yang perlu dibuat untuk penambahbaikan, kerajaan BN akan laksanakan.

Pak Lah berpendapat Bersih telah menjadi alat parti pembangkang menyebarkan propaganda anti kerajaan BN. Tiada satu pun tuntutan dari lapan tuntutan Bersih 2.0 pernah disuarakan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat di parlimen.

Sudahlah 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak bersuara dan bangkitkan isu SPR lebih tidak masuk akal mereka merusuh berdemonstrasi di jalanan. Ini menjatuhkan imej ahli parlimen Malaysia.

Rakyat Malaysia sangat matang untuk buat keputusan tanpa merusuh di jalanan. Pak Lah menekankan majoriti rakyat Malaysia bersama dengan BN dan kerajaan pentadbiran DS Najib tidak pernah lupa kepada keperluan pengundi-pengundi seramai 16 juta pada PRU 13 nanti.

3 comments:

Anonymous said...

Pengundi yg 16 juta orang tu-berapa juta ye Mat Bangla, Mat/Minah Indon, Mat Paki, Mat/Minah Rohingya, Mat/Minah Sulu, Mat/Minah Hantu, Mat/Minah Doyok, Mat/Minah Meniarap?
Jangan ramai sangat ya UMNO/BN...please...

sri hartamas

Anonymous said...

salam,
sri hartamas semakin mengarut dan melalut macam nicky ajis je bunyinya.steady la sri hartamas,komen la yang masuk akal sikit.nanti nampak sangat bodohnya awak ni.

rentaka puaka.

Anonymous said...

apa tak bodohnya, ada kah munasabah azmin ali tak tau ada pengundi hantu di rumah mak dia? sebenarnya dia yang daftar mat bangla, mat indon dan bermacam macam mat lagi, dah sudah mengundi baru bising, apa punya orang lah dia ne, jika dengan mudah menang lima negeri, apa susah nak menang semua negeri, dah dapat perintah malaysia ne, ayuh, buatlah apa yang ko rang kata nak buat bersih, bersikan lubang jubur sekali. ko rang nak perintah cara korang ko buat, nak letak ustaz LGE JADI PM DAN ANAK KAPAL SING JADI TPM KO RANG PUNYA PASAL, NAK TUBUH POLIS DAN TENTERA SENDIRI PUN KO RANG PUNYA PASAL, NAK GANTI SEMUA PENJAWAT AWAM TERMASUK TENTERA DAN POLIS SEKALI PUN BUAT LAH, KERANA SEMUA PENJAWAT AWAM PEHAK PR TIDAK MEMPERCAYAINYA.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...