Thursday, July 7, 2011

Ambiga, Stadium Mana Mahu Terima Bersih 2.0?


Ambiga dan EXCO Bersih 2.0 telah mengadap Agong tanpa menyerah memorandum! Masih lagi berdegil mahu buat rally walaupun di stadium. Apa justifikasi? 

Stadium mana mahu terima Ambiga dan rally Bersih 2.0 itu? Ambiga dan EXCO Bersih mahu Stadium Merdeka. Kabinet telah buat keputusan atas nasihat Peguam Negara bahawa Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak dibenarkan kepada Bersih 2.0 kerana tidak memenuhi beberapa syarat:

  • Permit
  • Pertubuhan mesti berdaftar dengan ROS
  • isu-isu keselamatan

Lagi satu stadium ialah Stadium Bukit Jalil sebagai alternatif namun Bersih 2.0 tidak berminat kerana stadium ini jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur. FAM pun tidak suka rally Bersih 2.0 boleh merosakkan rumput-rumput dan kerusi serta harta Stadium Bukit Jalil menjelang perlawanan dengan tiga kelab gergasi EPL.

Stadium Shah Alam sanggup menerima Bersih 2.0 itu pun dengan syarat jika berlaku kerosakan harta benda stadium, Bersih 2.0 perlu bertanggungjawab. Lokasi stadium ini lagi jauh dari Kuala Lumpur.

Bersih 2.0 lebih selesa mengadakan rally Bersih 2.0 di stadium negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah kerana pasti MB dan Ketua Menteri menatang Bersih 2.0 bagai minyak yang penuh. Namun lagi jauhlah lokasi stadium ini dari Kuala Lumpur.

Namun Bersih 2.0 tetap mahu meneruskan rally di Stadium Merdeka pada 9 Julai nanti. Kalau Bersih 2.0 tetap berkeras dan berdegil maka PDRM terpaksa bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang ada. ATM perlu bersedia jika perlu kalau huru-hara tidak terkawal. 1500 anggota polis tidak cukup untuk menjaga 50,000 ke 100,000 penyokong Bersih 2.0 walaupun polis telah mengadakan latihan beberapa hari menghadapi demonstrasi jalanan.

Jika itu kehendak dan kemahuan Bersih 2.0 maka bersedialah menghadapi segala akibatnya....

1 comment:

Anonymous said...

Apalah Umno ni bodoh sangat. Stadium tu rakyat punya..kerajaa malaysia punya dan bukan Umno punya. Tak tahu nak beza antara harta kerajaan dengan harta umno ke? Harta kerajaan malaysia kepunyaan rakyat malaysia samada ahli2 kabinetnya terdiri dari orang Umno atau orang PR.

Belajar luar negara..tapi cara berfikir macam orang tak pi sekolah langsung. Itu sebab berlaku rasuah dan salahguna kuasa. Harta kerajaan malaysia dia anggap harta parti Umno.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...