Tuesday, July 5, 2011

Adakah Najib Gagal Menangani BERSIH 2.0? Satu Kritikal Analisis


WZWH adalah orang UMNO pertama bertanya soalan ini. WZWH tidak tahu apa yang bermain difikiran 3.5 juta ahli UMNO, orang Melayu dan Bumiputera, serta rakyat Malaysia yang lain.

Banyak posting WZWH tidak bersetuju dengan Bersih 2.0 yang pada WZWH Bersih 2.0 adalah satu alat politik untuk menjatuhkan kerajaan BN melalui Ambiga Sreenevasan penganjur perhimpunan haram ini.

Banyak posting WZWH juga mengesa KDN bertindak lebih tegas pada peringkat awal. Tetapi mungkin dunia sudah berubah, dunia sudah makin terbuka, Malaysia sudah semakin liberal dan kerajaan takut kepada dunia luar menyebabkan Bersih 2.0 besar kepala.

Bila suasana sudah tegang maka PDRM pun bertindak menangkap siapa-siapa yang perlu mengikut undang-undang. Terdapat unsur-unsur komunis, subversif, terjumpanya senjata dan molotov yang boleh menjadikan perhimpunan Bersih 2.0 bakal huru-hara.

DS Najib PM yang mengutamakan ekonomi. Kepada PM hal ekonomi negara itu keutamaan. Lebih-lebih lagi Malaysia sudah semakin liberal dan sekular dan trend ini disokong oleh PR yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS yang sudah tidak mengutamakan negara Islam kerana mahu Malaysia menjadi negara kebajikan acuan PR.

Malang PR lebih mengutamakan politik semata-mata. Bersih 2.0 adalah mekanisma propaganda membentuk persepsi rakyat benci kepada kerajaan BN dan akhirnya menolak BN dalam PRU 13. PR dan Bersih 2.0 tidak peduli apa mahu jadi kepada ekonomi negara. Jika keadaan tidak terkawal boleh menyebabkan perhimpunan Bersih 2.0 jadi seperti apa yang berlaku di Timur Tengah dan Utara Afrika maka ekonomi akan hancur dan pelabur serta pelancung tidak mahu melabur dan datang ke Malaysia.

Bersih 2.0 tidak peduli jika imej Malaysia tercalar di luar negara dan menjadi bahan ketawa lawak antarabangsa. Kerajaan BN akan mendapat malu dan hilang kredibiliti dan akan dipersalahkan dijadikan isu PRU 13.

Dikala DS Najib bekerja kuat untuk ekonomi Malaysia , Bersih 2.0 NGO alat PR lebih suka menjatuhkan ekonomi Malaysia. Adakah rakyat Malaysia tidak boleh berfikir.

Hishamuddin Menteri KDN melabelkan Bersih 2.0 adalah pertubuhan haram tidak berdaftar dengan ROS. Maka terang-terang sebarang aktiviti Bersih 2.0 yang mengancam keselamatan negara adalah menyalahi undang-undang.

WZWH tidak faham kenapa Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram boleh diberi muka oleh Istana Negara mengadap YDP Agong? Adakah mob, gengster, terroris, pengacau, dll yang setaraf dengannya layak dan ada kapasiti untuk mengadap YDP Agong?

Sedangkan para Menteri, MB, 'high society people', sebarang pertubuhan NGO, sosial, agama malah UMNO sendiri tidak termasuk JKKK tidak bermimpi dan diberi peluang boleh diterima mengadap YDP Agong.

Apa spesialnya Ambiga Sreenevasan? Adakah beliau seorang negarawan ulung yang turun dari langit? Punya wawasan boleh memajukan dan memakmurkan Malaysia lebih hebat dari Perdana Menteri-Perdana Menteri yang terdahulu atau negarawan-negarawan yang sebelumnya.

Apa yang berlaku di Malaysia sekarang? Siapa yang berkuasa dan 'in charge' dalam politik Malaysia?  Setelah kenyataan Titah YDP Agong dan pertemuan mengadap Bersih 2.0 maka tiba-tiba Khairy Jamaluddin dan DS Najib 'berlembut' dengan Bersih 2.0 dan boleh bekerjasama dengan Bersih 2.0 kononnya!

Walaupun Bersih 2.0 memutuskan rally perhimpunan dibuat di dalam stadium adakah masih selamat 100%. Bayangkan bila perhimpunan itu dibakar dengan ucapan-ucapan retorik dan berapi dari orator-orator Bersih 2.0 dan pimpinan PR itu boleh membakar para peserta rally. Lihat bagaimana mereka keluar dari stadium nanti kalau tidak merusuh gila di jalanan.

Bagaimana kalau ada unsur-unsur khianat katakan sebutir bom meletup, molotov, percikan bunga api tidakkah ini akan mengemparkan suasana dan sudah tentu peserta rally akan menyalahkan kerajaan BN. Pihak PDRM terpaksa memantau rally ini dengan ketat walaupun di dalam stadium. Sama saja keadaannya jika rally itu berlaku di jalanan. Adakah Ambiga boleh beri jaminan yang tidak ada unsur-unsur khianat akan berlaku semasa rally tersebut.

Sudah timbul cakap-cakap bahawa Ambiga dan Bersih 2.0 sudah tidak 'illegal' kerana diperkenan mengadap YDP Agong maka apa status baju kuning bersih yang ditangkap oleh polis dan 200 orang yang ditahan sekarang. Apa status mereka disisi undang-undang?

Maka Ambiga menjadi lebih popular dan lebih menarik minat rakyat menyertai rally Bersih 2.0 nanti. 

Adakah DS Najib gagal menangani Bersih 2.0? Masih terlalu awal untuk memberi jawapan. Ambiga tidak mewakili pendirian majoriti rakyat Malaysia. Kita tidak tahu apa reaksi majoriti rakyat Malaysia yang merupakan 'silent majority'. Mereka ini tidak bercakap banyak hanya memerhati dan melihat sahaja. Mereka 'silent majoriti' akan menentukan pendirian mereka yang sebenarnya di peti undi pada PRU 13. Mereka lah yang akan menentukan samada DS Najib gagal atau berjaya nanti.

Perubahan tempat rally Versih 2.0 dari jalanan ke stadium telah mengurangkan keberkesanan mesej Bersih . Ini adalah tanda kemenangan kepada Najib. Impak Bersih tidak akan ketara maka 'strategic win' untuk BN. Bersih 2.0 yang kalah dan rugi kerana demo jalanan gagal kerana gagalnya 'walk for democracy'.

Ternyata DS Najib berjaya menangani isu Bersih 2.0 dengan bijaksana! Setelah YDP Agong campurtangan, Bersih 2.0 tidak ada pilihan kerana majoriti penyokong Bersih 2.0 adalah orang Melayu dan mereka tidak mahu derhaka kepada titah YDP Agong. Penyokong Bersih 2.0 yang lain mula nampak Ambiga sudah mula mengalah dan mengendur.

Pakatan Rakyat yang perlu dipersalahkan kerana terlalu cepat melibatkan diri dengan Bersih 2.0. Pakatan Rakyat telah mencairkan 'non-partisan nature' pergerakan Bersih 2.0 nampak oleh majoriti rakyat bahawa Pakatan Rakyat ada agenda tersembunyi. Majoriti rakyat Malaysia boleh membaca bahawa Pakatan Rakyat cuba mengambilalih rally Bersih 2.0 untuk diguna sebagai platform menguatkan lagi momentum PR bersedia menghadapi PRU 13.

5 comments:

Anonymous said...

Buka mata dan hati jangan jadi bangang. Kezaliman yang di lakukan dan terus berlaku seperti mereka tuduhan untuk menahan rakyat jelas menunjukan pemerintah mengamalkan "the end justify the mean".
Di mana logik nya sehelai baju kuning bolih menjadi haram?
Najib terlalu lemah dan di permainkan olih polis dan setakat ini dia masih tidak berani membuat keputusan selaku PM. Arahan sepatut nya telah di beri untuk membebaskan mereka yang di tahan! Bangang punya pemimpin!

Anonymous said...

engkau lebih bangang sebab tak tau membezakan mana yang buruk dan yang baik.bersih pertubuhan yang tidak berdaftar.jadi sah lah ia pertubuhan haram.jadi macam mana polis nak melululuskan permitnya.kau yang bodoh tak tau undang-undang.orang bodoh macam kau lah yang ramai terpengaruh dengan anasir subversif.orang macam kau lah yang banyak makan tahi puak hindu ambigababi.
jangan ingat pr kuat sangat.kami adalah silent majoriti. hikmahnya keling betina ni buat hal maka ngo melayu mula bersatu bila menyedari pr cuba menggunakan kekerasan seperti di asia barat.3000 laporan polis sudah cukup untuk menggambarkan senario dato onn jaafar berulang kembali.pas yang bersekongkol dengan kafir laknat untuk mengkianati kerajaan melayu akan menerima akibat yang buruk dalam pilihan raya umum 13 nanti.undi kafir dapat sedikit undi melayu islam hilang banyak.melayu bila terdesak hingga yang dipertuan agong pun hendak di perangi maka mereka akan pasti bangkit menentang musuh.ingat,bukan najib ketua negara tetapi yang dipertuan agong merangkap mketua angkatan bersenjata.sebab itu jeneral2 atm telah berkata bahawa mereka akan bertindak sekira nya di perintah oleh yang di pertuan agong.kau yang di atas tu memang bodoh sokong anwar.kau ingat anwar nak bela nasib kau.kau kena tangkap pakai baju kuning kau tanggung sendiri.anwar tak tolong pun kau.dia beria sangat nak ke putrajaya bukan nak bela rakyat tapi nak halalkan balik duit dia diluar negara yang berjumlah 39 bilion yang tidak sah laku setelah dr mahathir menghapus kan nilai not 500 dan 1000.kau yang bodoh tak faham2.untung sungguh pr dapat penyokong buta kayu macam kau.

kutukan dewata:

aku benci manusia yang buta hati dan jadi pak turut membuta tuli.
pak turut adalah manusia yang kuffar nikmat kerana tidak pandai menggunakan akal yang di beri allah kebanyakan manusia jenis ini ramai di dalam pas.

Anonymous said...

Jangan jadi bangang pi sokong orang-2 yang melakukan penyelewengan, pemalsuah dan rasuah dalam pilehanraya. SPR sepatutnya badan bebas dibawah naungan Agong dan bukan bekrja untuk Umno/BN. Rakyat bayar gaji untuk menjalankan & menentuk satu sistem pilehanraya yang bersih, pi ikut cakap Umno dlm melaksanakan tugas. Tak haram ke gaji yg diterima tu.

Anonymous said...

WZWH...

Aok ade berani gune dakwat kekal mase undi?...Kalo' aok tak berani..dok payoh cakak ler SPR tu Putih Melepok..membuang mase aje..

Nasib baik Agong bagi titah..kalo' idoknye ..lagi teruk Najib kena lepuk..Anyhow, Bersih 2.0 dah mencapai target untuk Mak cik Felda dan orang kampung tahu ape bendenye Bersih 2.0...

Anonymous said...

anon di atas,orang dah tak pakai dah dakwat.dunia ketiga aje pakai dakwat2 ni.amerika pakai sistem elektronik.orang semakin ke depan kau semakin mengundur ke belakang.apa la lu ni.kolot sangat.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...