Wednesday, July 13, 2011

LGE Tahu BERSIH 2.0 Untuk Baiki Imej Moral Anwar Ibrahim


Lim Guan Eng tahu bahawa Bersih 2.0 adalah demonstrasi membangkitkan ‘mood’ terhadap Anwar Ibrahim untuk lari dari kesalahan-kesalahan moralnya dan bukan untuk ‘mood’ bagi pakatan pembangkang, jadi  beliau bersikap berkecuali agar terus mendapat sokongan khususnya dari bangsa Cina yang mendominasi perniagaan termasuklah di kawasan-kawasan demonstrasi di Kuala Lumpur.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah seorang yang sangat licik dan sentiasa mengaplikasikan ‘escapisme’ dalam memastikan agenda politiknya tercapai.

Lim Guan Eng telah memberikan alasan bahawa demonstrasi Bersih tidak boleh diadakan di Pulau Pinang kerana negeri terbabit telah ‘bersih’ sedangkan Kuala Lumpur adalah sebaliknya dan perlu dibersihkan.

Kejayaan yang ada di Pulau Pinang hari ini sebenarnya adalah hasil daripada pentadbiran BN sebelum ini dan DAP hanya tahu mengutip hasil yang kemudian mengatakan bahawa mereka yang melakukannya.

Ketidakmunculan Guan Eng dalam perhimpunan Bersih yang dihadiri oleh para pemimpin sekutu pakatan pembangkang kecuali DAP membuktikan bahawa Setiausaha Agung DAP ini mempunyai perancangan tersendiri.

Secara sedar atau tidak, tarikh 9 Julai yang tentunya telah dipersetujui oleh Lim Guan Eng untuk mengadakan demonstrasi Bersih adalah sama dengan hari Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang dan ada acara perlu dihadiri oleh Ketua Menteri.

Ini alasan licik Lim Guan Eng yang enggan terlibat secara langsung dalam demonstrasi terbabit dan dalam masa yang sama dia dapat menjaga hati para peniaga Cina yang akan terus menyokongnya.

DAP lakukan perancangan dan keluarkan arahan tetapi apabila sampai masanya mereka seolah-olah tidak terlibat atas alasan-alasan yang sememangnya nampak sangat kukuh. Inilah sikap ‘play safe’ Lim Guan Eng dalam pakatan pembangkang.

Lim Guan Eng adalah individu yang sentisa mahu dilihat baik sedangkan sebaliknya hati beliau adalah tidak bersih dan mempergunakan pihak lain untuk kepentingan peribadi dan karier politiknya.

DAP mempergunakan PAS dan PKR sebagaimana permainan mereka ketika mahu memenangi Pulau Pinang dan apabila mereka mendapat kejayaan maka lihat sahaja bagaiman PAS dikesampingkan dalam agenda pentadbiran negeri.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...