Monday, July 25, 2011

Ulasan Blog-Blog Jerantut Mengenai Isu Tengku Azlan Berundur


Politik Jerantut bagaikan terfana bila YBM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, MP Jerantut dipetik kenyataannya dalam media suratkhabar Utusan Melayu, Berita Harian, NST, Star, dan Sinar Harian.

Wartawan-wartawan media lama itu melaporkan seolah-olah YBM Tengku Azlan atau lebih mesra dipanggil Ku Lan sudah beriya benar mahu mengundurkan diri dari bertanding pada PRU 13 nanti dan terus bersara dari politik.

Ekoran itu blog-blog Jerantut mula mengulas mengenai isu ini. Kita lihat apa ulasan blog-blog Jerantut. Ada beberapa blog Jerantut yang mengulas seperti berikut:


Blog Parlimen 81 masih meragui hasrat Ku Lan untuk bersara. Parlimen 81 percaya Ku Lan hanya main tarik tali sahaja. Ku Lan mahu melihat reaksi orang Jerantut.

Blog Braveheart mahu tokoh muda mengantikan Ku Lan. Braveheart malah terus menamakan calon yang disukainya. Begitulah Braveheart suka berterus terang caranya.

Blog laksamana Jebat mahu rakyat Jerantut menghormati keputusan Ku Lan. Laksamana Jebat membidas pembodek-pembodek politik Jerantut yang  mahu bermain wayang dengan pengorbanan ikhlas Ku Lan.

Blog Sri Tri Buana berbicara bahasa 'in-depth language' Ku Lan dan cuba menginterpretasi apa yang tersurat dan tersirat. Hanya Sri Tri Buana yang tahu maksudnya, orang lain tidak boleh memahami apa Ku Lan mahu sampaikan mesej. Sri Tri Buana berharap pimpinan atasan memahami keperluan politik Jerantut.

Blog Surat Untuk Pemimpin telah memberi pandangan yang sangat rasional mengenai keputusan peribadi Ku Lan. Surat Untuk Pemimpin amat berbesar hati atas pengorbanan yang YBM Tengku buat untuk tidak bertanding PRU 13. Satu keputusan yang jarang di buat oleh pemimpin masa ini. Berterima kasih atas sumbangan yang YBM Tengku curahkan selama ini. Segala jasa dan pengorbanan YBM Tengku tidak dilupakan dan berharap YBM Tengku menjadi contoh kepada pemimpin masa kini.

YBM Tengku tidak tamak kuasa, berpandangan jauh dan tidak terikut-ikut dengan desakan orang-orang yang berkepentingan yang membuat kenyataan akhbar untuk mendesak YBM Tengku terus bertanding dalam PRU 13. Nampak mereka ada udang di sebalik batu. Mereka ini lah perosak UMNO Jerantut yang menjadi beban kepada YBM Tengku dalam mentadbir UMNO Jerantut. Seharusnya pucuk pimpinan tidak melayan orang sebegini dari menjadi calon PRU 13.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBM Tengku atas keputusan tegas dan bijaksana yang dibuat dan diharap YBM Tengku mendapat keredaan Ilahi, Amin.

Begitulah pandangan beberapa blog Jerantut mengenai isu Tengku Azlan berundur. Ramai bloggers Jerantut bertanyakan pandangan peribadi WZWH mengenai isu ini. Braveheart mempersoalkan kenapa WZWH membisu 1000 bahasa tidak memberi sebarang komen. 

52,000 pengundi Jerantut mahu dengar suara WZWH mengenai isu ini. WZWH buat masa ini tidak mahu mengulas sebarang komen. WZWH lebih suka reserve dalam hal ini. Cuma apa yang WZWH boleh cakap biarkan isu ini diselesaikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan dengan PM DS Najib dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Apa-apa keputusan yang dimuktamadkan nanti itulah keputusan yang terbaik. Buat masa ini YBM Tan Sri Tengku Azlan adalah ahli parlimen Jerantut - beliau masih MP dan Ketua Bahagian UMNO Jerantut. 

19 comments:

Anonymous said...

Mana2 pemimpin yg lama tu elok berundur. Berehatlah, bagi peluang kpd ornag lain pula nak jadi kaya.

sri hartamas

Anonymous said...

52000 pengundi nak dgr pendapat dia, ameno dh nk mampos ego lagi mamat ni. sapa peduli apa awk fikir, picisan.

Anonymous said...

Kajian menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO ramai miskin sebab segala harta benda dikorbankan untuk UMNO dan orang ramai.

Anonymous said...

Anon 8:11 adalah salah seorang pengundi 52000 Jerantut yang sebenarnya peduli pendapat WZWH, tak gitu?

Anonymous said...

wzwh,
hanya orang yang berkepentingan yang menghalang ku lan mengundurkan diri.
siapa tidak kenal dr shukri,hj nazri,lim ah chap,hj rosdi dan yang sewaktu dengannya.mereka semua pencacai yang cari makan.
dr shukri buat begitu kerana telah menjadi tradisi di jerantut,kalau seorang tidak tercalon maka seorang lagi tentu kiok.
contoh,dato wan berlawan dengan dato bazain,dua-dua out.begitu juga kamaruzaman baria dengan azizan.
jadi kali ini dah tentu lah ku lan dan dr shukri pula.sebab itu dr shukri kerayan sangat dan buat kenyataan di akhbar.drebar dia yang gila gili tu dah meracau yang bukan2.pembantu biol dia yang bernama ju tu dah mula merepek sana sini.dia cakap kalau dr shukri tak bertanding parlimen jerantut akan kalah sebab dia nak kerat.huh.

Lim ah chap kita tahulah motif nya,sama aje dia dengan hj rosdi.
hj rosdi pulak semua dia nak.selagi ada peluang semua dia nak sapu bersama kroni2nya.tak dapat tanah padang piol,ugut yb dompok.tanah tersebut dapat ke cina,dia repot sprm bersama bakal besannya hj nazri,niat dia biar yb dompok kena.Yb dompok senyum aje sebab bukan dia yang terlibat meluluskan tanah tersebut.yang terlibat ialah dr shukri.akhirnya hj rosdi terkangkang macam kongkang silap tembak sedara sendiri,hu hu hu....manyak kelakar lah manusia ni.

calon alternatif ganti ku lan sekiranya dia berundur.

1.ahmad shah jamlus.

penyakit parlimen jerantut ada di dun damak.orang dun damak terpinggir dan terbiar selama ini kerana yb nya cina.maka mereka memberontak dan tidak mengundi ku lan.kalah.

jadi jawapan kepada penyakit itu ialah sediakan ubat.ubatnya mesti dari dun damak juga.

letak calon dari kalangan orang dun damak ulu ia itu ulu cheka.

ahmad shah jamlus berkelulusan universiti al azhar.jawatan dia penolong pengarah BTN.pernah jadi imam di masjid di daerah pekan.
dia ni boleh ke tengah dan ke tepi.boleh gali kubur,baca talkin,jadi imam sembahyang,baca khutbah.selalu beri ceramah agama di surau dan masjid.ceramah btn pun boleh juga.
umur pula masih muda.boleh tarik pengundi muda.sebab pas akan letak tuan ibrahim tuan man yang dah tua.undi di kawasan ulu cheka boleh di blok supaya tidak lari ke parti pas.
boleh berhujah secara ilmiah jika berdepan dengan tuan ibrahim tuan man.masing2 pandai hadis.cuma tuan ibrahim tidak fasih berbahasa arab.itulah kelebihan ahmad shah jamlus.calon baru yang bersih dan segar tanpa sebarang skandal dan maksiat.

2.dato hj ahmad daud do bera.

dia juga layak.cuma masalah beliau sudi atau tidak,sebab gajinya dah cukup besar.kalau sudi kata kan sudi.tidak aku terlobi-lobi.

3.dato wan amizan.
paling layak sekiranya diambilkira atas kapasitinya sebagai timbalan ketua bahagian dan exco pemuda malaysia.

cuma aku berasakan bahawa dia masih di perlukan lagi untuk membangunkan dun tahan.sebab orang lain tak mampu nak buat macam dia.kalau boleh aku nak dia ni jadi exco negeri pahang.

KUTUKAN DEWATA
terserahlah kepada pucuk pimpinan nak pilih sape.aku dah buat cadangan berseta dengan fakta sekali.nak pakai,pakai.tak nak pakai sudah.kalau kalah bukan aku yang susah.kau orang yang susah.

Anonymous said...

aku sangat setuju jika dompok jadi calon p 81 untuk menghapuskan kariar politiknya. pastu bolehlah tadah tangan hulurkan gari untuk sprm jalan siasatan terperinci di mana harta orang ramai dibolotnya. sabit itu orang panggil dia jembalang tanah...tiang seri cari cucu dimana ada...

Surat Untuk Pemimpin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kutukan dewata hebat..
haa..dengor tu mereka2 yang disebutkan nama..tak habis2 nak jaga tengkolok sendiri..

Redz da Tsar said...

Salam..

Kalau tengok trend PRU yang lepas, dan sambutan masyarakat Jerantut ada baiknya Ku Lan berundur..

Ingat, dalam politik Persepsi melebihi realiti..

Bagi orang baru atau orang yang lebih marhaen..

Anonymous said...

aku nak penghulu dolah jadi yb dun damak..tuanku pun penah ofer dia jadi calon dan mb pun setuju. kome di dun damak akan bagi sokongan padu dan pastikan dato dolah menang. cina damak pun sokong dia.

Anonymous said...

anon 2.32 am,

kau ada bukti sekaranglah engkau repot.jangan cakap aje.jangan tunggu dia bertanding parlimen baru nak repot.
kau ni serupa pembangkang asyik tuduh aje tanpa bukti.pembangkang tu kalau ada bukti dah lama repot sprm.tak tunggu lagi sebab itulah peluang yang terbaik untuk menjatuhkan kerajaan.
tapi bukti tak ada jadi hari2 lah tuduh.taktik charecter assassin.

rentaka puaka:

kita tak dapat maka kita kata orang tu jembalang.kita dapat kita kata orang tu kepala alang.

Anonymous said...

Kas sokong amat weh 2.32 xperlu nork ripot sprm, jika ripot pru ke 13 akan ditangguhkan. Sabit Umno banyak masalah. Pru ke 13 mesti diteruskan, untuk memudahkan kariar pulitiknya terus berkubur bahkan Umno pun turut hancus. Buang tebeat kotor pemimpin Umno yang berkepentingan....

Anonymous said...

Kawan pon sukung jugek anon2 hork sukung dompok terus berkubur turk. Baru2 nirk aderk prujek beberapa urag untuk diadakan furum di Kotahan. Merika terdirik dari angguta tentera katanyerk. Persediaan awal telah dibuat wang deposit hampir RM1,000/ telah dijelaskan. Sebab dumpok nirk tork pupular amat di kampung kawan di Kolasat dia ubah chanel pulork. Pendiposit kehilangan RM1,000/, buleh cari makan seringgit dua ringgit telah kerugian ribuan ringgit. Maklumlah orang susah nork cari makan di bawah dompok tapi kena pancas dan belah kepala. Kawan suruh dia buat report ke sprm. Kawan saport dari belakang. Ini sebagai permulaan. Supaya tak bermaharajalela gila...

Anonymous said...

HAA,
INI LAH PELUANG NAK JATUHKAN DUMPUK,REPOT LAH JANGAN CAKAP AJE.
CAKAP BERDEGAR2 TAHI PENUH ATAS GELEGAR.KALAU AWAK HANDAL SANGAT REPORTLAH.
TAPI REPOT TU PERLULAH DENGAN BUKTI.KALAU REPOT SETAKAT MENUDUH AJE AWAK KE DALAM LAH MACAM PEGAWAI JASA KEDAH KENA PENJARA SEBAB BUAT REPOT PALSU TERHADAP DATO NORZA ZAKARIA.
REPOT AKU NAK TENGAOK.KALAU TAK REPOT NAMPAK SANGAT CAKAP AWAK TAK BOLEH PAKAI.

Anonymous said...

diaorang xrepot la.mana ke ada buktinye.cakap je lebat

Anonymous said...

Memang diaorang xrepot sebab suruh makan sampai bucit perut sampai tork leh nyawa.

Anonymous said...

kalu keje kontrak nie yg memerintah Hj Nazri n Hj rosdi yang memerintah...dan jugok Dompok n Dr Sukri..dan korni=korni nyerrrr..molek sgat lahhh memerintah laaa demer dan PRU 13 nie sruh jerr puak demer uat keje KC dan yg lain2 xpayah uat kejer belakaaaa....kite dok diam jerrr kite tgok camner agoknyerrrr......

Anonymous said...

MEMANG DUA HAJI NI BEPERANGAI MACAM NATANG DUBUK.DUBUK NI GIGINYA SANGAT TAJAM.KULIT GAJAH PUN BOLEH TERCABAUT.DUBUK NI BUSUK SEMUA BINATANG LARI TAK TAHAN BAU BUSUK TAHAP DEWA.

KERJA DUBUK NI HANYA MELIHAT DARI JAUH.BINATANG LAIN BERMATIMATIAN MEMBURU.BILA DAPAT HASIL NATANG DUBUK NI MULA LAH TERHEGEH2JALAN MENGENGKANG MACAM DOLLAH KICAP.JADI SEMUA BINATANG LAIN LARI TAKUTKAN DUBUK.JADI HASIL BURUAN DUBUK KONTROL HABIS.

KUTUKAN DEWATA:

BAPAK DUBUK:HAJI ROSDI.
INDUK DUBUK :HAJI NAZRI
ANAK2 DUBUK: HALIM MAHASAN.LABAK.
MAKANLAN DENGAN JALAN HARAM DAN MAKANLAH API NERAKA JAHANAM.HARK PTUIHHHHHHHHH.

Anonymous said...

2 haji ni tak lama bala di tuhan..sebab tamak haloba dan suka aniaya orang. sama2 la kita tgu n lihat. tuhan akan beri petunjuk kepada kita semua bagaimana 2 haji ni akan terima azab tuhan sedikit demi sedikit. insya Allah

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...