Saturday, July 2, 2011

Mat Sabu Hina Penduduk Ulu Tembeling Jerantut


Kenyataan Mat Sabu penganjur bersama rally Bersih 2.0 bahawa peniaga-peniaga di Kuala Lumpur yang menentang perhimpunan haram itu pada 9 Julai supaya pergi berniaga di Ulu Tembeling.

Kenyataan Mat Sabu ini menghina penduduk Ulu Tembeling, Jerantut Pahang. Ulu Tembeling adalah kawasan pedalaman di Pahang.

WZWH sebagai blogger Jerantut berasal dari Ulu Tembeling cukup rasa terhina dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS ini. Kenyataan ini terang-terang memperlekeh penduduk Ulu Tembeling.

Inilah kenyataan bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ini belum lagi jika Pakatan Rakyat berjaya menjadi kerajaan. Sudah tentu kawasan luar bandar akan dihina dan tidak dipandang oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kalau macam inilah sikap sebenar kepimpinan tertinggi PAS yang ditonjolkan maka sudah sepatutnya penduduk luar bandar seperti Ulu Tembeling menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

WZWH menyeru kepada penduduk Ulu Tembeling dan kawasan pedalaman tolak parti PAS dan Pakatan Rakyat. Jangan kita undi parti PAS yang menghina kita. Kita kena tunjukkan penolakan pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak menghormati kita.

Memang tepat Titah Tuanku Sultan Pahang merayu rakyat Pahang tidak menghadiri perhimpunan haram Bersih.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merayu agar rakyat negeri itu tidak terlibat dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang diadakan 9 Julai ini.

Baginda bertitah perhimpunan itu tidak memberi manfaat kepada rakyat,sebaliknya bakal menyusahkan banyak pihak yang selama ini tinggal dalam suasana aman dan harmoni di negara ini tanpa mengira kaum.

“Saya merayu rakyat saya supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini, bersih ke kotor ke, tetapi sekali ia namanya demonstrasi, memang ia tidak bersih lagi,” titah baginda selepas merasmikan bangunan pejabat Stesen Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) Muadzam Shah hari ini.

Sultan Ahmad Shah bagaimanapun percaya rakyat Pahang sudah cukup bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan menyertai perhimpunan haram itu dan yakin mereka tidak akan melibatkan diri pada hari berkenaan.

Titah baginda, perhimpunan sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan selama 54 tahun.

“Kita duduk aman makmur antara satu kaum dengan kaum yang lain sudah 54 tahun, jadi tak payahlah ada demonstrasi, dan saya secara peribadinya memang menentang perkara ini, dan kita semua harus tentang habis-habisan,” titah baginda sambil menambah sesiapa yang terlibat dengan perhimpunan itu, perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

5 comments:

Anonymous said...

kah2... ulu tembeling ni bandaraya ke? kah2.. nak berniaga tempat takde org pegi ulu tembeling kah2... padan muka org ulu tembeling uni bn apa dpt? kah2...

Anonymous said...

bior kan jer orang orang melayu nok berdemo, kita tengok nanti pabila bertembung antara penyokong bersih, perkasa, pemuda umno, siapa yang ramai beramuk sama sendiri, biarkan rasa melayu bodoh boleh di cucuk hidung oleh puak HINDU ne.

Anonymous said...

aok seru org ulu tu, brp ke sgt undi deme tu, adala seketul dua, x nambah, x ngurang undi pr pun.

Anonymous said...

Urang Ulu Tembeling berdarah pahlawan. Bila2 masa boleh menghilir dan mengalirkan darah bagaikan sungai Tembeling tu. Awas jangan rapat, jangan bergerak nanti kau rapat nanti kau bergerak,,, nahas menunggu kau...

hishamitos said...

wzwh
ptt la org ulu..kluar la byk kn bc buku...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...