Monday, July 11, 2011

Bersih 2.0 Syok Sendiri Dengan 'Kejayaan' Dan Pakatan Rakyat Pun Beranganlah...


Bersih 2.0 berasa bangga bila tidak mengota janji kepada YDP Agong supaya tidak berdemonstrasi jalanan. Shah Alam, Batu Kawan, Alor Setar dan Kota Bharu menawarkan tempat tetapi Bersih 2.0 mahu juga guna Stadium Merdeka yang dilarang.

Sudahlah Bersih 2.0 menipu Agong, memorandum yang dijanjikan tiada disampai. Bersih 2.0 kata ini era baru kebangkitan massa. Tidak ada laungan PRU bersih dan bebas. Yang didengar adalah sebaliknya kebencian politik kepada kerajaan BN.

Maka digembar-gembur demonstrasi jalanan Bersih 2.0 itu satu kejayaan. Rakyat mahu menumbang dan menguling kerajaan yang ada. Bersih 2.0 adalah suara rakyat. DAP kata Bersih 2.0 adalah 1Malaysia. Yang rakyat Malaysia nampak lebih 70% peserta rally adalah orang Melayu.

Lantas Bersih 2.0 bangga orang Melayu senang dipergunakan, orang Melayu mudah dikudakan dan orang Melayu boleh dipecah perintahkan. Orang Melayu boleh tidak taat kepada Raja. Orang Melayu tidak hormat kepada Perdana Menteri dan pemimpin.

Sasterawan Negara A Samad Said pun mendeklamasi sajak 'Unggun Bersih' dan 'Peludah Warna' dan dua lagi sajak akan terbit. Samad Said menambah “Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa,” “selagi golongan bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat.” sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat."

Orang Melayu kualiti jenis apa yang mengikut Ambiga dan Bersih 2.0? Mereka adalah orang Melayu kelas pertengahan yang tidak ada budaya memahami falsafah politik dan budaya adat resam Melayu yang sebenar. Mereka orang Melayu dari keturunan 'pemungut kayu api dan pencedok air' yang UMNO telah beri pendidikan tetapi tidak menjadi orang Melayu yang sejati.

Tetapi Bersih 2.0 perlu menyedari ada ramai orang Melayu berkualiti yang tahu asal usulnya, yang tahu sejarah budaya dan adat resamnya, yang tahu falsafah politik Melayu serta Melayu yang berpengalaman memerintah negara dan negeri yang akan mempertahankan Malaysia ini dari kumpulan politik dan sosial yang mahu merosak negara.

Akhirnya keignoran buat Bersih 2.0 syok sendiri dengan 'kejayaan' dan Pakatan Rakyat pun beranganlah....menuju ke Putrajaya menikmati kuasa.

Berapa ramaikah peserta Bersih 2.0 itu? PDRM kata 6000 orang sahaja. Tapi Bersih kata dekat 50,000. Ramai saksi kata mungkin 10,000, mungkin 15,000, dan angka-angka yang kurang dari 20,000. Demonstrasi itu berlaku di berapa lokasi.

Ini saja suara Bersih 2.0 kononnya yang boleh mengempar politik Malaysia. Realitinya ada 28 juta penduduk Malaysia. Yang boleh mengundi sekitar 16 juta. 

Bagaimana suara 16 juta ini? Mereka juga mahu bersuara. Tetapi mereka tidak memilih demonstrasi jalanan sebagai ekspressi suara politik mereka. Mereka 16 juta tahu keamanan, kestabilan, keharmonian itu lebih berharga buat mereka. Mereka mahu bebas berurusan aktiviti ekonomi tanpa diganggu. Mereka tahu Bersih 2.0 dan pemimpin Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap saja penuh retorik tanpa memikirkan kesan rally haram Bersih 2.0 kepada ekonomi Malaysia dan imej baik negara.

Kita tanya kepada peniaga-peniaga yang operasi perniagaan mereka terganggu baik kedai, restauran, hotel, sektor perkhidmatan dan sokongan. Kita tanya pemandu teksi, bas, bas ekspress. Kita tanya penduduk Kuala Lumpur dan luar Kuala lumpur yang mahu berurusan. Kita tanya pelancong-pelancong luar negara yang mahu menikmati keindahan Malaysia di Kuala Lumpur. Apa jawab mereka?

Kita tanya majoriti rakyat Malaysia yang tinggal di bandar-bandar lain. Kita tanya rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar dan Felda. Apa jawab mereka?

Kita tanya kepada kakitangan kerajaan, golongan profesional 'yang berfikir', ulama dan tokoh agamawan, polis dan askar. Kita akhirnya bertanya kepada Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu. Adakah mereka semua bersetuju dengan merusuh demonstrasi jalanan?

Ada cerdik pandai dari menara gading berpendapat cara kerajaan BN dan polis menangani rally Bersih 2.0 itu tidak sesuai-'cold war'. Kononnya guna pendekatan bersepadu lima perkara asas kehendak masyarakat. Pada WZWH apa-apa pendekatan pun yang kerajaan buat itu semua sudah buta tidak nampak oleh Bersih 2.0 kerana mata dan hati mereka sudah tertutup kepada kebenaran. PDRM tahu apa yang terbaik demi keselamatan negara. 

Adakah Bersih 2.0 dan pemimpin Pakatan Rakyat merasakan mereka mempunyai lebih kelebihan dan rating geraf populariti merela lebih baik? Mereka perlu bertanya pada diri mereka sendiri. Bersih 2.0 syok sendiri dengan 'kejayaan' dan Pakatan Rakyat pun beranganlah menuju Putrajaya demi kuasa yang mahu memerintah Malaysia.

13 comments:

Anonymous said...

dah setuju nak bagi berkumpul di stadium,last2 kena tipu dengan najib cakap tak dapat kebenaran.orang berarak secara aman,sibuk polis nak sembur tembak.apa yang takut sangat?tak boleh bagi pilihan raya adil?umno dan bn kecut telor ataupun memang takde telor?perhimpunan patriot cuma 5000 je tupun ade bangla dalam tu.majoriti rakyat tahu sape yang betul.pr 13,bn boleh bungkus.

Dr.K said...

Sorry ye, saya bukan orang Melayu dan tergolong dalam kelompok minoriti negara, dari pendapat saya, Ambiga itu adalah umpan buat Pakatan Rakyat. Dan kebijkasanaan dari Pakatan Rakyat adalah memilih seorang yang bukan Melayu dan bukan Islam sebagai chairperson untuk mendapat supporters dari yang bukan kaum Melayu untuk PRU yang akan datang, dan oleh kerana Ambiga pernah fight for murtad cases, she is being hated by Malays n Muslims, so again Pakatan yang akan dapat banyak suara lagi kerana mereka adalah orang Melayu.Kalau kita2x neutral kan diri kite, BN kah atau tidak BN kah semua parti ada biasness PRU sebelum ini. Yang jadi buta adalah Rakyat.. Terutana yang miskin dan yang tidak berpelajaran.Tolong kawan2x, buka la minda dan mata kalian, dan teliti apa yang terjadi itu adalah game yang sedang dimainkan oleh POWER PUFF POLITICIANS..

malaysian said...

To be honest, what would happen if goverment fulfills Bersih's 8 electoral demands? Rakyat will see that the government is honest of giving a fair and balance election platform for rakyat to choose their representative in Parliment and DUN. But by oppressing and harrasing Bersih, rakyat will see that something is not right. Btw, i am a Malaysian malay and deep in my heart,the Rakyat should be the Master and not the way around.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Hi Malaysian,
Bersih is Pakatan Rakyat new political game hidden on so called NGO. Bersih acting like a superior political party and try belittle everybody-the goverment, the opposition, EC, KDN and King. Bersih really insulted majority of Malaysia people.

malaysian said...

I would differ with you saying that Bersih insulted majority of malaysian people. What really insulting are that corruption is rampant like no ending and the rakyat are fed up with government blocking their rights to voice out their dissatisfaction. Bersih is just one example of how rakyat reacted to it. What really concerns me is that no proactive solutions are made to justify why government should not accept Bersih demands which in general requested only a fair election.

bRAVEhEART said...

Syabas bro, itulah kenyataannya ~ bh

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Malaysian,
you are very naive with the political reality of Malaysian politics. WZWH knows philosophically you have good intentions and sincere but do not fall trap to Bersih's baits. Bersih will uses whatever means in the name of democracy, humanitarian, universal values, human rights where the objectives are to topple the present government. It is a pity that you as Malay can not read and foresee the real agendas of Bersih. WZWH suggests that all 82 members of parliament and all states councillors from Pakatan Rakyat resign first because they became MP and SC due to Unbersih general 2008 election that Bersih so claimed.

Anonymous said...

apa ni heboh2 sgt ni.
bersih ke tak bersih ke mmg itu perangai dia orang.suka buat kecoh.kita cat rumah kita elok-elok dia orang simbah air tahi.
buat anon2 di atas tak perlu bising2.terjemahkan tidak puas hati kamu tu pada kertas undi pada pru 13.itu lebih baik daripada melalak ditengah jalan macam anjing sundal jantan betina.menyusahkan orang saje.
aku nak melawat emak saudara aku yang sedang nazak pun tak dapat.tau2 aje dah meninggal.puki mak ambiga dan abang kandung dia si nuar jubor bikin orang susah aje.pancung leher aku pun aku tak akan undi puak puaka ni,nuar,kalau kau nak mampus mampus lah cepat.kalau aku ada kat dia hari tu aku baling muka dia dengan batu bata.bira dia cedera teruk tak perlulah nak berlakon lagi.rakyat dan muak dan jemu dengan taktik lapok macam tu.buat anon malaysia di atas,kalau kau ada bukti dan dokumen sahih kau antar aje kat sprm.tak perlulah menyalak macam anjing.aku benci manusia biul macam kau ni.jadi pak turut pukimak nuar jubo tu.

-rentaka puaka.

malaysian said...

Let me get this straight. The rakyat wants a fair and better managed election. But you said that Bersih's 'hidden agenda' is to topple the government. Come on, i have said before, rakyat is the real master and not vice versa. A corrupted government will only collapsed the economy and social system af a country. And i really pity you, an economist that cant see how can we save millons or even billions from corruption to use it for better use in education, health etc.

Malays are always associated with DEB,projek kroni,komisen,Akademi Fantasia(sic) etc. What i really want see and visualise is that Malays that are progresive,high self esteemed and not afraid with the future.

You should refer to Dato' Ariff Sabri's blog. He has more guts to critisized the government eventhough he was an ADUN for umno. Because he wrote for the better not for the worse.

malaysian said...

Rentaka Puaka, al fatihah untuk mak saudara.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Hi Malaysian,
'corruption accustions' by Opposition to the government are always rampant and be used all the time. Most are not supported by hard facts evidence. Before Sarawak state election, Pakatan Rakyat said CM Taib Mahmud were corrupted and his government will fall. Sarawakian wanted to vote out CM Taib Mahmud but eventually CM won handsomely. All his party's candidates won the seats.

Similar to Najib, so many accusations throw to him. What is matter all political disputes resolve in Parliament dan State Assembly not in the streets demonstration.

Yes Dato' Ariff Sabri's blog is unique, his thinking different. If you realised, only blog WZWH from Pahang in his blog list. WZWH never has problems with Dato' Ariff Sabri. WZWH also thanks to Sakmongkol AK47 because his blog really up WZWH.

Majoriti Rakyat Malaysia said...

Perhimpunan Haram BERSIH tu bukan saja memalukan Anwar, tapi ia secara langsung menunjukkan yang majoriti rakyat dalam negara Malaysia ni ternyata masih setia dan yakin dengan kepimpinan yang sedia ada.

Sebenarnya, Anwar dan Pakatan sedar serta tahu bahawa rakyat mempunyai suara untuk menentukan kepimpinan negara dan kerajaan dalam pilihan raya umum. Perkara ni dah terbukti pada pilihan raya umum 2008 di mana lima negeri jatuh kepada mereka..

Dan pada masa tu.., kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Lah hanya dapat majoriti mudah saja. Puak-puak Pakatan dan Anwar tengah merancang untuk wujudkan senario tu balik. Sebab tu lah mereka sekarang ni sibuk nak buat gimik politik untuk buatkan rakyat benci pada kerajaan.

Dengan anjurkan perhimpunan haram BERSIH yang kononnya nak pulihkan sistem pilihanraya.., Anwar dan Pakatan sebenarnya nak tengok macam mana sambutan rakyat terhadap program Pakatan.. Dan jangan bohong kalau kata Anwar gembira dengan jumlah yang ikut serta didalam perhimpunan haram di KL tu.

Tau sangat perangai Anwar.., kalau dia berpuas hati dengan jumlah yang berjaya mereka kumpulkan di ibunegara, Anwar mesti akan canang satu Malaya baii.. Mesti dia akan berlagak tak ingat dunia sebab dia “menang”..

Tapi sekarang ni dia langsung tak sebut pasal jumlah kehadiran di demonstrasi tu.. Bahkan Anwar langsung tak bercakap pasal tercapai atau tak matlamat BERSIH 2.. Dan dalam ceramah Anwar semalam di Seberang Jaya P.Pinang pun dia langsung tak sebut pasal dia bangga dengan BERSIH2.

BERSIH 2 adalah satu kegagalan besar buat Anwar Ibrahim dan Pakatan rakyat.. Dia sebenarnya tengah menahan malu tu pasal kehadiran program jahat dia langsung tak dapat sambutan.. Mana tak nya.., Anwar janji 500’000 yang akan turun, tapi akhirnya tak sampai 10 ribu pun yang datang..

Kalau lah perhimpunan Haram BERSIH 2 ni boleh kita jadikan ukuran kepada kejayaan Pakatan di PRU13 nanti, gerenti Pakatan akan kehilangan banyak kerusi dan negeri-negeri yang mereka jajah sekarang..

Tak percaya? Sama-sama kita tunggu PRU13 nanti untuk tau jawapannya…

Anonymous said...

majoriti rakyat malaysia,
aku sokong sangat pendapat kau,sebab memang itulah yang ada dalam kepala majoriti rakyat di seluruh malaysia.tanyala sape2 pun dia orang akan cakap itu kerja bodoh.yang nampak sangat bodohnya ialah hj hadi. itu tak heran lah sebab PAS itu bermaksud Penyembah Ambiga sereenevasan.

Rentaka puaka.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...