Saturday, July 30, 2011

Calon-Calon Parlimen Dan DUN-DUN Jerantut PRU 13



Perkembangan politik Jerantut terkini terutama selepas media arus perdana melaporkan YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mahu berundur telah mengundang pelbagai spekulasi mengenai calon-calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut PRU 13.

Apa yang positif WZWH nampak ialah beberapa kumpulan politik Jerantut begitu ghairah menonjolkan calon masing-masing dan politik Jerantut semakin ceria dengan penglibatan semua pihak. Ada yang mahu orang muda berumur 40an, berpelajaran, dan mempunyai ketajaman fikiran dan stamina. Ada mahu calon 'recycle', ada mahu calon PTD, ada mahu calon dari kalangan ADUN Jerantut dan macam-macam lagi.

Pada pendapat WZWH ini perkembangan yang sihat selagi setiap kumpulan pada masa PRU 13 nanti akan akur dan setia kepada BN jika calon-calon pilihan mereka tidak dicalonkan. Tiada guna kita terlalu taksub dengan calon kesukaan kita jika tidak terpilih kita menjadi pembelot atau tidak bekerja kuat dan bersungguh untuk memenangkan calon.

Apa yang penting calon parlimen BN Jerantut mesti mempertahankan kerusi dengan majoriti yang lebih besar dengan sokongan padu semua ahli UMNO dan komponen BN Jerantut. Kita mesti akur dengan pilihan pucuk pimpinan kerana keputusan muktamad adalah dari hasil pertimbangan yang sehabis baik dari segala segi.

Blog WZWH adalah blog politik Jerantut. Blog WZWH adalah suara hati rakyat Jerantut. Oleh itu WZWH menulis posting ini untuk memudahkan pucuk pimpinan memilih calon-calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut PRU 13.

Maka inilah barisan nama-nama ahli politik Jerantut yang WZWH anggap layak dipertimbangkan mengikut kemahuan kumpulan-kumpulan politik Jerantut:

Parlimen 81 Jerantut
WZWH berpendapat YBM Tan Sri Tengku Azlan boleh lagi dikekalkan kerana kepimpinannya masih diperlukan lagi di Jerantut. Namun jika Tengku Azlan benar-benar mahu berundur maka nama-nama lain perlu ditonjolkan.

Secara natural hierarchy organisasi YB Dato' Wan Amizan paling layak dipertimbangkan kerana kedudukan beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan ADUN Tahan. Politik beliau yang agresif, robust, laju dan cekap menarik minat pengundi muda Jerantut.

YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail sudah tiga penggal menjadi ADUN Pulau Tawar. Jika mahu panjangkan life politik Dato' Dr Shukri boleh dipertimbangkan menjadi calon parlimen Jerantut. Personaliti Dato' Dr Shukri menarik minat orang Jerantut.

Calon 'recycle' yang layak dipertimbangkan ialah Kamaruzaman Baria mantan ahli parlimen Jerantut. Beliau dikatakan rapat dengan DS Najib-'inner circle'. Sejak akhir-akhir ini beliau sering turun padang di Jerantut dan selalu bersama dalam setiap program UMNO Bahagian Jerantut. 

Calon 'recycle' lain yang layak dipertimbangkan ialah Ustaz Mat Jaafar mantan ADUN Tahan yang kini bekerja sebagai Pegawai Khas MB.

Sewaktu sesi perjumpaan MB Pahang dengan orang ramai di Dewan MDJ minggu lepas, ada suara Jerantut mahu MB mengenengahkan calon parlimen muda berumur 40an, berpendidikan tinggi dan agama, berfikiran tajam dan punya stamina. Walaupun nama calon ini tidak dinyatakan namun ini adalah calon dari kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. 

Adakah kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut layak dipertimbangkan oleh DS Najib sebagai calon parlimen Jerantut maka itu perlu difikir dan dikaji oleh pucuk pimpinan.

Calon dari luar kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang layak dipertimbangkan iaitu calon PTD ialah:
  • Dato' Hj. Ahmad Bin Hj. Daud, Pegawai Daerah Bera
  • Dato' Hj. Zulkifli Bin Hj. Yaacob, YDP MPK Kuantan


DUN Pulau Tawar
Sekiranya YB Dato'  Ahmad Shukri bertanding di parlimen Jerantut maka terdapat kekosongan di DUN Pulau Tawar. Terdapat ramai calon yang layak mengisi kekosongan. Antaranya ialah mengikut hierarki kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut ialah:

  • Dato' Hj Nazri Ngah-Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut
  • Dato' Hj Rosdi Awang Sulong-Pegawai Khas Parlimen Jerantut
  • Encu Nazri-AJK UMNO Bahagian Jerantut
  • Mohd Zukarmi Abu Bakar-AJK UMNO Bahagian Jerantut
  • Mohd Aidil-AJK UMNO Bahagian Jerantut
  • Norhelan Mahmud-Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut


DUN Tahan
Jika sekiranya YB Dato' Wan Amizan bertanding di parlimen Jerantut juga terdapat kekosongan di DUN Tahan. Tidak ada ramai calon di DUN Tahan hanya seorang calon disokong kuat iaitu Wan Shamsuri bin Wan Abdul Jalil sila baca sini. Mungkin Hartini Abdul Rahman-Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut layak dipertimbangkan.

DUN Damak
Dun Damak dikekalkan kepada MCA. Itu terpulang kepada MCA Pahang menentukannya. Jika kerusi DUN Damak diberi kepada UMNO pula maka satu analisis yang lain akan WZWH bentangkan. Buat masa ini Dun Damak adalah hak MCA Jerantut.

WZWH merumuskan UMNO Bahagian Jerantut sebenarnya punya ramai calon-calon potensi yang layak dipertimbangkan untuk menjadi calon-calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut PRU 13. Harapan WZWH kepada ahli-ahli UMNO Jerantut, kita sokong siapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Jika calon kesukaan kita tidak terpilih jangan kita merajuk, jangan kita belot, jangan kita sabotaj kerana itu adalah mengkhianati kepada perjuangan agama, bangsa dan tanah air. WZWH percaya dan yakin seramai lebih 20,000 ahli UMNO Bahagian Jerantut adalah matang dan berfikiran ke depan.

13 comments:

Anonymous said...

zurik, aok lah yang paling layak, tiada orang lain lagi. baik lah promo aok sendili.

Anonymous said...

Cikgu Koh DAP DUN DAMAk mesti menang..

Harap2 PRU13 Jerantut di kuasai oleh PR ..InsyaAllah..

Majoriti senyap sudah bosan dengan pemimpin yang ada sekarang ini..

Anonymous said...

bosanlahlah dengo nama yang ada..Takada calon boleh bawak ke masjid ke?barulah ummph.seleralah nak memangX. tentu dapat pahala besar.

Anonymous said...

semua dun tahan nk hartini. mesti menang besar tahap naga. dun pulau tawar bg la hj rusdi atau hj nazri, pasti menang melantun lantun.sb mereka ni penuntt keadilan melayu sejati di jerantut ni. dun damak bg la pa tok penghulu dollah. pasti menang byk juga sb org damak suka tok penghulu ni.
kalau letak org lain kecuali mereka ni, pasti akan kalah.sy gerenti la.

berpaling tadah said...

hahaha, anon diatas ni macam Setiausaha Tuhan, yg boleh menentukan segalanya...cakap tk pakai akai. Hj Rosdi dn Hj Nazri satu sen tk guna, memenuhkan perut mrk sendiri saja. hartini tk berwibawa, org tk akan lupa kes terberanak dulu. Anak nkw apa cerita? pembangkan akan menang kecuali calon parlimen letak Dolah Kicap, biar habis semua peruntukan parlimen dikemutnya, boleh bebini lagi satu. Mizi SU esekutif dn esklusif pun boleh juga, boleh blah, tu pasal org umno dh tk nak naik pejabat umno lagi, rakyat benci umno kerana mereka2 ini, tp ku lan bukan tau sbb dia tk mendengar dan tak diperdengarkan suara rakyat. Saya walaupun umno tapi rala utk undi pembangkang supaya semua langau politik ini jahanam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Sabar Anon 9:17,
Jangan cepat berputus asa, ada jalannya. Jangan buat keputusan cepat berpaling tadah.

Anonymous said...

salam,
kalau nak letak calon berilah alasan kukuh yang membolehkannya menang.jangan perlekehkan calon pilihan orang lain.

cadangan aku.

Ustaz Ahmad Shah Jamlus.

sebabnya:

1.parlimen jerantut sakit.sakitnya ada di dun damak.berapa ramai pengundi berpaling tadah?kesan nya terasa kepada parlimen jerantut.
dah sakit carilah ubat nya.ubat nya tentu ada di dun damak juga.sebab di situ puncanya.
jadi ustaz ahmad shah jamlus lah ubatnya.

2.kelayakan dan kelebihan:

ASJ lulusan agama universiti timur tengah.berdepan dengan pas yang berbangga dengan ustaznya perlulah jurus yang sama.sekurang2nya kalau dr hamzah atau tuan ibrahim tuan mengupas hadis maka ASJ juga berkemampuan melakukan perkara yang sama.calon pas dari kawasan yang sama dengan calon umno.jadi berlakulah imbangan undi dan jadi balance.lagi pun ASJ lebih fasih berbahasa arab.
-pernah bekerja sbg pensyarah di IKIP.
-pernah jadi imam masjid di daerah pekan.
-terkini sbg penolong pengarah biro tata negara.
-aktif dalam program umno jerantut.
-pernah jadi ketua penerangan pemuda umno jerantut.
-menang pertandingan G7
-bonus:sedara maranya ramai meliputi ulu cheka,tembeling dan pulau tawar.

kesan calaran:
ASJ tidak terlibat sebarang skandal.peribadinya masih bersih.pembangkang tiada peluang dan ruang untuk menyerang peribadi ASJ.cuba pembaca blog ini senarai pendekkan calon seperti cadangan wzwh tadi,dan kita sama2 saring dan tapis.tentu akan terdapat kesan calaran yang banyak dan terpaksa kita bekerja keras menangkis serangan pembangkang.itu baru serangan terhadap peribadi belum lagi terhadap isu2 yang tertunggak.

KUTUKAN DEWATA:

FIKIR2KAN LAH TETAPI KALAU BANYAK SANGAT FIKIRNYA TENTU AKAN MEROSAK HATI.TAMBAH2 LAGI HATI YANG PENUH HASAD DAN DENGKI.

Anonymous said...

aku setuju..bosanlah dengar cite orang berebut tanah, berebut kontrek nih..tak cukup makan sangat ke mcm anjing je..pantang lempar makanan..tak abih-abih menyalak...kita berebut ke masjid pulaklah..pasai Imam pun dah ada..ikut ke syorga selalu..

Anonymous said...

aku sokong haj nazeri dan hj rosdi. diaorg ni kaya n duit byk. biar la diaorang jadi yb pula nanti. 2 org ni pembela melayu berwawasan tingi tahap dewa di jerantut ni pemimpin hebat. mesti menang punya kalau betanding mana2 dun pun sb semua org kampung sayang n cinta pada 2 haji ni. org cina juga cinta n sayang pada 2 haji ni. marilah kita sama minta 2 haji ni jadi yb dan kita SOKONG..KAMI IKRAR SOKONG..
hartini tu baru terberanak sekali je..jadi kita maafkan lah. orang dun tahan cinta n sayang pada budak ni. bagi la dia jadi yb dun tahan pula. janji kita sokong bg menang. dia terberanak dulu sebab nafsu je tak tahan..adat manusia la tu..janji orng dun tahan luv her so much...

Anonymous said...

Mengapa marah sangat pada 2 haji ni..Dah dia orang bijak berpolitik tidak seperti Pengomen..Jika dilihat pada tulisan pengomen spt ada nada kecewa je pada UMNO. Tapi walau apa pun saya tetap menyokong 2 haji ini yang banyak berjasa pada UMNO.Biarlah dia orang kaya..Sekurang-kurang dia bayar Zakat.

Anonymous said...

umno di jerantut ni tgah nazak bala di tuhan sb 2 haji ni dan puteri tu la bengong!

Anonymous said...

salamsemua,kalau2 hj ni jadi calon sakitlah umno jerantut.
hj nazri kalau bertanding nampaknya terpaksalah berdepan "ummi hafilda" jerantut.
lagi pun kelulusan 2 orang ni lebih kurang wan amizan aje.boleh ke dia orang ni berhujah lengkap dengan dalil alquran bila berdepan dengan dr hamzah.
dalam umno kuat lah 2 haji ni tapi dalam peti undi adun atau parlimen mereka amat lemah.

sorry ye rakyat tak berkenan dengan 2 haji ni yang terkenal dengan kroni and nepotismnya.

Anonymous said...

letak la sape2 pon d pulo twr tu...hj daud pun boleh...kalu menang boleh tmbh koleksi bini muda...boleh agih2 kontrek ke anak beranak n sepupu sepapat dia yg sume rkyt jntot tau sgt kuat brgayut pd ketiak dia....dolah kicap pun calon sesuai nnti kalu menang boleh sponsor kicap free 5 thn utk org pulo twr spya sume jd hitam legam mcm dia....tn hj encu nazri kas takde komen....kalu hok ni jd calon...kas mmg pangkah dia....aidil muda sgt lg...org x brpe kenal dia ni sbb bnyk dok kuantan. Hj nazri x payah la...hj rosdi lg la hampeh...ntah menda sumbangan pd rkyt selain jd parasit umno je...bhn tanah sana sini buncit ke poket sendiri..tq very much la

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024