Tuesday, July 19, 2011

Are You Sleeping Hishamuddin?


Kedaulatan Undang-Undang adalah salah satu Prinsip Rukun Negara. Setelah lebih seminggu berlalu dan segala-galanya jelas rally Bersih 2.0 adalah demonstrasi jalanan haram maka rakyat bertanya apa tindakan? Bila pemimpin Bersih 2.0 semakin besar kepala dan mencabar Putrajaya apa tindakan?

Rakyat tahu Bersih 2.0 ditaja oleh gerakan antarabangsa yang mahu Malaysia huru-hara dan menumbangkan kerajaan yang memerintah. Polisi Malaysia tidak menyokong kepentingan gerakan antarabangsa itu. Rakyat tahu Ambiga Sreenevasan dan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersubahat adalah sebenarnya pengkhianat negara. Sudah terang lagi bersuluh! Tiada kemaafan bagi petualang negara ini.

Negara ini lebih penting dari mereka pengkhianat negara. Mereka perlu dihukum. Gunakanlah ISA untuk mengajar dan mendidik mereka. Kenapa kerajaan mesti takut kerana mengISAkan mereka adalah baik untuk negara. Jika dakwaan ISA dibenci sebenarnya berjuta rakyat Malaysia akan gembira menari di jalanan jika ISA diambil tindakan. Mereka petualang dan pengacau negara adalah penyakit kanser kepada negara yang perlu dibuang pada tahap awal.

Kerajaan jangan takut. Kerajaan jangan tidur. Hishamuddin Menteri KDN gunakan kuasa anda yang rakyat mahu lihat. Hishamuddin jadilah seperti Harry Porter yang menghunus tongkat hikmat tunjuk kepada pengkhianat negara ini agar mereka bebas dari bisikan halus. Jangan tunggu arahan Najib. 

Rakyat sudah jelek dengan penipuan dan pembohongan pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim. Segala tipu daya itu untuk menarik sokongan rakyat yang naif kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Penyokong kerajaan sudah berang kerana kerajaan tidak menggunakan pisau yang ada untuk memotong timun-timun busuk.

Mereka telah derhaka kepada perintah YDP Agong. Mereka tidak ikut nasihat Perdana Menteri. Mereka tidak peduli peringatan dan amaran Polis. Apa lagi Hishamuddin sumbatkan mereka ke Universiti ISA!

3 comments:

BURN said...

Setuju dgn WZWH.Kami rakyat yg menjunjung raja berpelembagaan dan cinta keamanan menyeru kerajaan bertindak dgn segera dan lebih agresif....jgn terlalu lembut sehingga diperkuda-kudakan oleh Ambiga, DSAI dan pengkhianat negara yg lain...Perkara pertama yg perlu dilakukan tarik balik darjah kebesaran Ambiga...Dia tdak layak utk membawa title tersebut.Akhirnya bertindaklah Hishamuddin........!!!

Anonymous said...

Salam.Itulah sebabnya jangan hanya mengundi pemimpin UMNO yg ditaja oleh UMNO sahaja. Kena undi calon UMNO yg tahu buat kerja. Bukan yang tau cari makan mengunakan UMNO aje. pengundi jugak yg bengapnya

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & MUJ...,

Are You Sleeping Hishamuddin?

Sebagai penyangkut baju kepada ADUN Tahan, WZWH perlu tanya JKKK yang dilantik dan dipilih serta dipersetujui oleh pemimpin. Ada diantara JKKK dipilih dan dilantik
mendapat persetujuan ADUN Tahan. Di lihat diantara JKKK berjalan kedepan tapi sampai ke belakang. Adakah mereka ini perlu sebaris dengan JKKK lagi. Beberapa isu harus diselesaikan terutama isu kawasan takungan air di Kg Pagi dan Kg Lentun 1000 ekar, waw. Luas kawasan tu. Bunyi kabar nyata telah ditukar dengan tahi lembu kepada penduduk di dua kampung tersebut. Ada kata paksaan dari MB suruh tantadangan menyerahkan kawasan tadahan air 1000 ekar kepada seorang taukeh bergelar Datok. Waw status datok boleh dapat fere2 kawasan tadahan air. Tanyalah berapa sen JKKK terlibnat dapat...

Untk jangka panjang, bukan rakyat Ulu Tembeling akan kehausan air, mula dari sekrang mereka dah makan habuk tanah seterus dan selama2nya. Masyarakat Ulu Tembeling dapat apa. Sedarlah PRU ke 13 kian hampir. Bersih telah berjaya. Pak Menteri tak berdaya. Kumpulkan habis harata kekayaan free2 tu banyak2. Senang kita gulingkan dalam PRU ke 13. Bila rakyat mahukan secumping dua tanah semuanya perancangan kerajaan. Tapi rakyat kawasan ni habok pun tak dapat. Ingat jika ingin terus dipilih ambil perhatian dengan isu ini. Jangan dimainkan isu ambiga dan bersih, Mereka akan mendapat simpati masayarakat...

Pang5 Banir, tak nak tulis terang2, sebab ada bukti nyata...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...