Saturday, July 2, 2011

Congak politik Pakatan Rakyat Memperalat BERSIH 2.0

Rally Bersih 2.0 mahu rakyat Malaysia bangkit menumbangkan kerajaan BN secara jalanan itu sebenarnya yang Ambiga dan Pakatan Rakyat mahu.

Bersih 2.0 adalah teknologi terbaru Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan kerajaan BN. Kenapa PR mahu guna bersih? Ini ialah congak politik PR menuju Putrajaya.

Bersih 2.0 boleh menimbulkan persepsi kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN menang PRU 13 melalui kaedah yang dirancang bersama dengan SPR. PR takut impian mereka berkecai.

Bersih 2.0 boleh buat dunia sedang menyaksikan keruntuhan kerajaan ala Tunisia, Mesir, Libya dan negara Timur Tengah akan berlaku di Malaysia bila rakyat Malaysia memprotes di KL dan ibukota seluruh dunia serentak.

Bersih 2.0 boleh seperti dijangka penganalisis sosial politik boleh menghasilkan rusuhan politik, perkauman dan pertembungan antara parti politik berlawanan.

Pada senario terakhir Bersih 2.0 adalah kunci pintu kota untuk dibuka kepada pengaruh asing untuk memperalatkan rakyat untuk bertapak di negara ini.

Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

Sebelum Pre-Bersih 2.0 Pakatan Rakyat kata boleh kekalkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Ambil semula Perak dan tawan enam lagi negeri. Diambang rally Bersih 2.0 Pakatan Rakyat yakin boleh tawan tujuh negeri.

Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong. 

Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

1 comment:

muhammad azize said...

pencetus "bersih" di Mesir bukan ikhwanul muslimin atau parti-parti politik. tetapi NGO dan rakyatnya sendiri.

mungkin itu juga yang berlaku di malaysia? pencetus bukan parti, tapi NGO dan rakyat?

adakah saudara setuju?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024