Saturday, July 23, 2011

Falsafah Politik Melayu Memahami Politik Malaysia Kini


WZWH patut tulis falsafah politik Malaysia namun oleh kerana asal usul WZWH seorang Melayu maka WZWH kena tulis langkah demi langkah teristimewa buat 67% orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. WZWH percaya 'the law of majority rule'. Walaupun begitu WZWH menghormati kepentingan minoriti.

Ini satu posting WZWH untuk memudahkan majoriti rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputera memahami realiti politik negara terkini. Pada bukan Melayu boleh baca posting WZWH sebagai panduan dan meningkatkan pemahaman anda. WZWH tidak rasis dan orang Melayu bukan bangsa rasis.

Tidak ada scholar baik dari Oxford, Cambridge, Harvard mahupun UM/UKM boleh memberi pemahaman yang mudah untuk orang Melayu dan Bumiputera memahami politik Malaysia kini kerana dunia pandangan mereka berbeza.

Orang Melayu dan bumiputera kini keliru baik yang tidak berpendidikan mahupun yang berpendidikan kerana mereka tidak berfikir dan mengkaji falsafah politik Melayu. Lantas mereka merabus apa saja pegangan yang mereka fikir baik dan ideal buat mereka.

Orang Putih/Barat kata Melayu tidak ada pemikiran politik kepada kita. Maka kita disuruh ikut 'Westerners'. Itu salah masakan orang Melayu tidak ada pemikiran politik sendiri. Dari abad pertama hingga kurun ke 15 kita ada pemikiran politik Srivijaya, Majapahit dan Melaka.

Walaupun sifat 'Malay Kingdom' itu 'Devaraja' kalau kita perhatikan aplikasi pemikiran politik Melayu itu telah menghasilkan ketamadunan tinggi nilai budayanya. Hasilnya 'Malay kingdom' itu dapat menyatukan orang Melayu pada tempohnya.

Demokrasi tidak ada tempat dalam falsafah politik Melayu berkurun-kurun lamanya. Walaupun ada kumpulan kecil yang secara terasing mengamalkan cara demokrasi namun Raja kumpulan itu mengamalkan 'Devaraja'.

Nasionalisme adalah evolusi jawapan kepada imperialisme Barat terhadap Tanah Melayu dan kepulauan. WZWH akui orang Melayu dan Bumiputera sudah moden dan terdedah dengan berbagai pemikiran aliran politik seperti sosialis, komunis, teokrasi, republik dan demokrasi.

WZWH juga akur hari ini kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan. Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada trend sebagaimana kegilaan ahli-ahli politik Malaysia kepada ngorisme.

Hari ini ahli politik Malaysia dan pemimpin NGO serta rakyat bercakap mengenai demokrasi. Dunia luar dikatakan menyokong idea demokrasi. Apa jenis demokrasi yang sesuai dengan falsafah politik Melayu dan Bumiputera di negara ini?

Jika orang minoriti mahukan demokrasi bebas tanpa sejarah budaya mereka, itu pilihan mereka biarkan. WZWH mahu menekankan di sini demokrasi yang sesuai dengan orang Melayu dan Bumiputera disamping kita juga menjaga kepentingan orang minoriti.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

Apa jawapan kepada falsafah politik Melayu memahami politik Malaysia kini-apa yang sesuai dengan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini?

PAS adalah teokrasi tapi sejak akhir-akhir ini sudah jadi lintang pukang pendiriannya. Dimana Islamnya, orang Melayu lihat PAS sudah jadi liberal dan senang kompromi prinsip-prinsipnya bagi keselesaan kepentingan kawan-kawan.

PKR terlalu terikut dengan falsafah kebaratan. Tidak ada jati diri. Tidak Melayu sifatnya. Orang Melayu dan Bumiputera tidak percaya kepada parti ini.

DAP ini asing bagi orang Melayu. Apa jenis Melayu yang sokong parti ini . Pening kepala orang Srivijaya, Majapahit dan Melaka jika mereka tahu hari ini ada Melayu yang sokong DAP. Juga parti-parti orang-orang Melayu yang bekerjasama dengan DAP.

UMNO adalah parti falsafah politik Melayu yang sesuai kerana parti ini ada kualiti, kekuatan, kesungguhan, prinsip seperti mana zaman keagongan Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Untuk menjawab definisi politik adalah politik itu proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Atau satu definisi yang WZWH suka tapi simple, politik adalah mengenai kepentingan maka UMNO itu fit untuk menjadi anutan majoriti orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

2 comments:

Anonymous said...

Zurik K Dopmp[ok,

"Tidak ada scholar baik dari Oxford, Cambridge, Harvard mahupun UM/UKM boleh memberi pemahaman yang mudah untuk orang Melayu dan Bumiputera memahami politik Malaysia kini kerana dunia pandangan mereka berbeza."

Ayat ini menunjuk maksima nya aras EGO dan Sombong nya awak ni Zurik, kesombongan ong makin menjadi-jadi sejak Dato Azizan peblok Melayu raya dan suara majlis telah berhijrah ke fasa 3 (alam Barzah). Nampak nya aok lah sorang yang dapat memberi fahaman mudah , maklumlah sarjana lepasan UUM, aok lah cerdik amat ye. Sebenar nya aok lah jenis kerengga dan anai-anai. Muhasabah lah zurik oiiiii.

TK

Anonymous said...

sabar je le zurik..

kalau semua orang macam kita, kan senang segala kerja.

laksamana tuah menjadi kebanggaan sultan, tapi dibenci olih rakyat dan sahabat sendiri..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...