Nuffnang Ads

Pages

Saturday, July 2, 2011

Persiapan Majlis Jamuan Teh Diraja Jerantut















Majlis Daerah Jerantut dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain sedang giat menjalankan persiapan Majlis Jamuan Teh dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan Sempena Memuliakan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang yang akan berlangsung pada 3/7/11, jam 3.30 petang bertempat di Padang FA Jerantut. Orangramai/penduduk sekitar Jerantut dijemput hadir ke majlis tersebut.


Bill board Majlis Jamuan Teh Diraja. Gambar ihsan Jerantut kampungku


Tuanku Sultan Pahang akan berangkat mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Diraja Jerantut ini. Kerabat Diraja Pahang turut berangkat. MB Pahang dijangka mengiringi keberangkatan KDYMM Sultan Pahang.

DS Najib PM akan turut hadir bagi meraikan sempena hari keputeraan Tuanku Sultan Pahang. Pembesar-pembesar Pahang, Pemimpin-pemimpin Pahang dan rakyat Jerantut akan bersama-sama didalam majlis yang bersejarah ini.

Semua rakyat Jerantut dijemput. WZWH mengesa rakyat Jerantut datanglah beramai-ramai ke padang FA Jerantut pada 3 Julai 2011 pada pukul 3 petang. Mari kita raikan Raja kita. Tunjukkan sokongan dan kasih kita rakyat Jerantut kepada Tuanku Sultan Pahang. Kepada golongan muda Jerantut mari hadir beramai-ramai bersua dengan Tuanku Sultan Pahang. Kenali Raja kita secara lebih dekat.

Malaysia adalah negara demokrasi raja berpelembagaan. Ini yang kita dokong. Kita rakyat terutama golongan muda perlu mempertahankan sistem yang kita ada. Raja adalah payung rakyat. Raja adalah ketua agama. Raja adalah pelindung rakyat. Raja adalah Ketuanan Melayu. Ini yang kita golongan muda mesti pertahankan dari anasir-anasir asing yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Pertahankan warisan kita.

No comments: