Thursday, June 7, 2012

ADUN Tahan Dan Kelayakan Akademik



















Dulu WZWH posting ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ada kelayakan akademik, ramai orang Jerantut tidak percaya. Mereka mahu WZWH buktikan.

WZWH masih ingat orang Jerantut terutama orang UMNO mempersoal kelulusan akademik sewaktu ADUN Tahan mula berkempen calon DUN Tahan PRU 12. Orang PAS tidak banyak cakap bila lihat biodata Dato' Wan Amizan mudah faham.

Tidak orang UMNO Jerantut. Mereka mahu ahli politik berkelulusan tinggi walau sebelum ini sudah ramai sudah diketengahkan namun tidak juga boleh menyelesaikan terutamanya isu-isu pembangunan Jerantut.

Perlukah Jerantut kepada ahli politik berkelulusan tinggi tapi tidak tahu aplikasi memenuhi kehendak orang Jerantut? Ahli politik yang berbangga dengan kelulusan tinggi tapi tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat Jerantut kerana tidak tahu apa kehendak orang Jerantut.

Jika seorang ADUN itu berjaya membawa peruntukan lebih RM500 juta ke kawasannya maka apa kualiti ADUN itu?

Jika hubungan ADUN itu dengan Putrajaya merangkumi berbagai Kementerian berjaya meyakinkan pembuat keputusan sokong dan bantu ADUN itu membangunkan kawasan DUNnya tidakkah ADUN itu memang berkelayakan?

Memang ada orang yang berjaya tanpa kelulusan akademik. Bilionair Bill Gates pengasas Microsoft dan Mark Zuckerberg pengasas Facebook adalah 'dropped  out university' tetapi berjaya.

Di Jerantut saja, ada tokoh perniagaan yang buta huruf bertaraf Dato' Sri tapi berjaya membina separuh dari bandar Jerantut.

Tapi bila ada ahli politik Jerantut yang mahu membaiki dan menaiktaraf kelayakan akademik masing-masing maka kita perlu respek dan akui bahawa mereka berjaya dengan kelayakan akademik mereka.

Apa faedah jika kita selalu memandang rendah orang yang tidak berjaya secara terus direct masuk universiti dan kita biasanya tidak tahu bila orang itu mencuba kemudiannya samada untuk mendapatkan sijik, diploma, degree, master hingga Phd.

Maka kita harus terima bahawa ADUN Tahan itu ada Diploma in Professional Management sejak 2003  dari The Society for Professional Management, Cheshire, England, United Kingdom sila rujuk sini.

Kita ahli UMNO Jerantut perlu beri galakan kepada ADUN Tahan yang mahu sambung belajar ke peringkat MBA pula walau beliau sibuk dengan tugas wakil rakyatnya.

31 comments:

Anonymous said...

Bro Wan,
Yang penting adalah pengisian dan sejauh mana kita berjasa dan berkhidmat
Seorang ahli politik dan usahawan yang berjaya memang diakui mempunyai inteligen istimewa dan boleh dianggap profesional
Apakah makna kalu orang ada MBA tidak mempunyai rekod pencapaian tertentu dalam kehidupannya.

Anonymous said...

itu sijil di beli wan amizan. mana ada dia belajarnya. haji rusdi beli juga uni new zealand, nazri ngah beli juga, seorg peon pejabat. seorg lagi cikgu cabuk je. suruh 3 ekor dompok, rusdi, nazri ckp org putih...komfem berterabur lah. hohoho. sudah wan zuri. semua org tau beruk beruk ni.

Anonymous said...

Kawe stuju ngn pendapat aok tuh. Jika sekolah tahun 80an 90an stakat spm/tktn 6/U stakat belajar akaun dan seni lukis cakap orang puteh tah lemana. Bukan kawe nok menyombong group kawe sekolah tahun 50an/60an/70an awal masa itu ada belajar omputih nak tukar aliran kena ada kelas peralihan (remove class) haha. Jika setakat beli sijil kat oxford pon lebih belajar pengurusan kewangan dengan jutawan internet melalyui blog lagi best. Kepala tak pusing nak cari formula yang macamna nak pusing2kan peruntukan...

Anonymous said...

masa tu pegi sekolah pakai seluar pendek warna putih,kaki penuh bulu

Anonymous said...

The Society for Professional Management United Kingdom tidak wujud. Kemungkinan besar "bogus institution" atau "diploma mill" beroperasi di Virgin Islands

Anonymous said...

Society of Business Practitioners
Type Professional Membership / Examination board / Limited By Guarantee
Industry Higher Education
Founded 1956
Headquarters Cheshire, England
Website www.mamsasbp.org.uk

Anonymous said...

haaa peduli apeeee kawe dgn dergery deme tuuuuuu, jeRANtut tak mbangun tanpeee Cina tak sekolah tuuuuuu, harap yg meLAYU ape barangggggg? tengokkkk bandar kemegahanannnnnn org Inderapuraaaa tuuuu sape bangunnnnnnnn, harap ke deme tuuuuuu, puihhhhhhh leeee. petang jeee lepak kedai mamakkkkkk tuuuu jeeeeeee

Anonymous said...

bodoh l awk WZWH. buat apa dok cerita soal degree bos awak, setakat jadi YB ADUN, chu rahimah darjah 6 takde org pertikai. Ni awk buka pekung bos awk walhal 1 jerantut tahu bos awk sedang mana pendidikan. Kita akuila dia berjaya byk bidang tp tok sah la nak menipu gini. Ni namanya rendah diri.

org tak persoal kelayakan dia awak defensif dok gi buka cerita ni.

Buduh!

Anonymous said...

"Bilionair Bill Gates pengasas Microsoft dan Mark Zuckerberg pengasas Facebook adalah 'dropped out university' tetapi berjaya."

Haaa...haaa...ini 2 orang drop out dari Harvard laa... tak mau sambung belajar sebab nampak potensi bisnes yg dimulakan lebih menguntungkan.

Cikgu ingat masuk Havard to macam masuk kolej kominiti ka.

Tu 2 orang otak bergeliga laa..

Anonymous said...

Kenapa org Jtut tak tau lagi... bukan kah Dato' Wan tu dah ada MBA dari Ioning univ. US. kenapa cakap pasal diploma nih. deme tak tau ker dia dah nak habih PhD bidang international social affair..minnesotta us...

Anonymous said...

Dear Anon 11.45,

Society of Business Practitioner (www.mamsasbp.org.uk) adalah lain sama sekali dengan kolej/institusi Wan Hamizan "The Society for Professional Management United Kingdom". Nama dan logo sahaja yang lebih kurang serupa. Banyak "bogus college" yang pakai nama lebih kurang sama.

Anonymous said...

Metaliti org Melayu begitulah dari dulu kini dan seterusnya selamalamnya... Nak cite pasai degree tapi cakap pasai prujit juta2... Toksah cite juta2 tanya perut tu banyak mana habuk kayu masuk dalam perut... Ada juga org cite kat rakit Kolatahan Kg Pagi Kg Sat dan Jantet pasai org makan pasir dan tanah kubur. Hibat amat katanya tak takut ker pelbagai mayat ada dalam kubur tu.. Parahlah org macam ni lantik jadi pemimpin...

Anonymous said...

haaa betoiiiiii semua komen yg penting bukan kelulusannnn laaaa, keje mesti baik punyeee. aurang d Jelantutttt ape adeee barangggggg, maju pun takkkkk

Anonymous said...

aku masih simpan lagi pamplet dia semasa PRU dulu, dalam pamplet tu tulis kelulusan lain, kenapa dalam sijil ni tulis kelulusan lain..., kalau takda kelulusan tu tulis ajelah takda kelulusan, ni dok memutar orang buat apa.., cetaklah sijil setimbunpun orang tak percaya dah sebab dia ni dah memungkor sejak kecik lagi.., psaikonya...,kebiasaannya kalaulah dah memungkor dan mengaku benda yang takda ni dah tentu dia suka menunjuk-nunjuk bagi orang tengok walaupun sijil tu dicetak colour sendiri..

Anonymous said...

Takde kerja cari kerja. Inilah standard politikus Jelantuk. Yang jadi defensif ni kenapa? Ayah Pin pun ada kelulusan dari institusi yg sama dengan ketua awak tu. Tapi Ayah Pin buat derk je.

1Jelantuk

Anonymous said...

Saya tak kenal sapa boss awak, tapi dia orang kata boss awak, saya kira ialah tu. Bila saya tengok gambar2 dlm blog awak, saya rasa boss awak ni yang pendek2 gemok selalu nampak kat de Palma Ampang tu ke?

Kalau itulah dia saya pernahlah nampak dia kat kedai kopi bercakap kuat2 dengan loghat ( mungkin loghat jerantuk ) diurung oleh 4/5 orang yang senantiasa mengganguk2. Saya dapat mendengar dengan jelas kata2 nya kerana dia bercakap sangat kuat. Kalau itu lah orangnya boss awak, tak ada ke lagi orang Jelantuk yg lebih berkualiti? Saya juga kesian kepada pendengar2 nya yg mengangguk2 tu.

Anonymous said...

mane ade aurang Jelantuk ade qualityyyy brooooo. semua pendekkkkk gemukkkkkk jeeeee awas otak geliga mahuuuu kauttttttt hartaaaa laa

Anonymous said...

Diploma apa barang, tempat gua tak Pakai

PR Padang Piol said...

jangan pedulilah.Menipu memang darah daging wan mizan.

Kutukandewata said...

TENGOK KOMEN-KOMEN DAH TAHU SETAKAT MANA TAHAP PEMIKIRAN ORANG JERANTUT!!!!

PR Padang Piol,HARAP BERSOPAN SIKIT DALAM MEMBERI KOMEN.tAK BAIK UNGKIT2 PASAL DARAH DAGING KERANA MELIBATKAN SOAL KETURUNAN ORANG LAIN!!!!

Kutukandewata said...

TENGOK KOMEN-KOMEN DAH TAHU SETAKAT MANA TAHAP PEMIKIRAN ORANG JERANTUT!!!!

PR Padang Piol,HARAP BERSOPAN SIKIT DALAM MEMBERI KOMEN.tAK BAIK UNGKIT2 PASAL DARAH DAGING KERANA MELIBATKAN SOAL KETURUNAN ORANG LAIN!!!!

Anonymous said...

Nama dia WAN AMIZAN ke WAN HAMIZAN?

Anonymous said...

nama pun tak reti nak eja ke anon di atas..
bebal tahap gaban
budak tadika pandai membaca

Anonymous said...

KO la bebal bengong..Nama dlm sijil Wan Hamizan, nama timb.ketua bhgn jerantut,ketua pemuda bahagian jerantut,adun tahan,exco pemuda malaysia ni WAN AMIZAN BIN WAN ABDUL RAZAK.ini namanya slip imformative mana ada 'H' di depan AMIZAN..menatang tul anon di atas..

Anonymous said...

baru ni menteri pengajian tinggi ada maklum dalam sinar supaya sesiapa yang mengetahui wujudnya penipuan sijil diploma/ijazah sila buat laporan segera kepada kementerian pengajian tinggi untuk mereka buat siasatan rapi...

Anonymous said...

org jengka panggil atan wan lancap..

Anonymous said...

SRP pun x lulus dia ni...

Anonymous said...

inilah masanya kalau nak pastikan ijazah atau diploma itu benar atau tidaknya, sekarang pihak polis telah bongkar kumpulan sindikit penjualan ijazah palsu tu, pihak polis telah merampas beberapa dokumen termasuk nama mereka yang melanggan, kot=kot ada juga nama bos wzwh ni agaknya...

Anonymous said...

aku rasa ramai orang jerantut ingin kepastian samada ijazah, diploma atau sijil yang dikatakan dimiliki pemimpin no 2 umno bahagian jerantut tu benar atau tidak, inilah masanya untuk kita check dengan kementerian pengajian tinggi.., ada beberapa rakan telah check dengan kolej yang ditulis pada sijil yang dipamirkan oleh wzwh tetapi takda jurusan tu di kolej berkenaan.

Anonymous said...

Ahli Parlimen Melayu di Singapura 2012

1. Abdullah bin Tarmugi (Sarjana Muda sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Lepas Ijazah Universiti London)

2. Halimah bt Yaacob (LLB, Universiti Kebangsaan Singapura; LLM, Universiti Kebangsaan Singapura)

3. Hawazi bin Daipi (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Pendidikan, Institut Pendidikan)

4. Dr Mohamad Maliki bin Osman (Sarjana Muda Sastera, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Illinois at Urbana Champaign)

5. Muhammad Faishal Ibrahim (Sarjana Muda Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Manchester Institute of Science and Technology)

6. Dr Yaacob Ibrahim (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, Stanford University; Post Doc, Cornell University)

7. Zainuddin bin Nordin (Diploma Kejuruteraan Elektronik, French-Singapore Institute; Sarjana Sains, ESIEE)

8. Zainul Abidin M Rasheed (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura)

9. Zaqy Mohamad (Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik dan Elektronik), Universiti Teknologi Nanyang/ESIEE; Sarjana Sains, Universiti Teknologi Nanyang/Carneggie Mellon University)

Anonymous said...

Cer tengok list yg Singapura di atas tu.

Ini bezanya bila pemimpin ada ilmu (kelayakan akademik).
Negara kurang masalah2 rasuah dan sebagainya

Ini tidak... deme kaya raya... rakyat yang sengsara.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...