Friday, June 1, 2012

Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan : ECER Membantu



















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan sebagai wakil MB Pahang merasmi Majlis Pelancaran Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan di Hotel Rainforest Resort, Taman Negara.



















Taklimat Pembangunan Pelancongan Kuala Tahan oleh seorang profesor dari UTM.

Kali ini WZWH kena posting pasal Jerantut pula. Sudah ada pengkomen blog WZWH tegur supaya WZWH menulis mengenai perkembangan Jerantut. 

Yes. WZWH ada tanggungjawab untuk taklimat kepada rakyat Jerantut terutama DUN Tahan.

Pagi Khamis 31 Mei 2012 berlansung Majlis Pelancaran Awal Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan.

Seperti yang kita semua tahu Kuala Tahan ialah 'Gateway to Taman Negara' yang menjadi tumpuan pelancong dunia.

Pekan Kuala Tahan perlu kemudahan infrastruktur, ameniti dan tarikan rekreasi bagi menarik minat pengunjung datang dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

ECER telah memperuntukkan RM5 juta bagi kajian terperinci tersebut.

ECER telah meluluskan RM600 juta bagi projek-projek pembangunan Kuala Tahan.

Secara ringkasnya keluasan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Tahan ialah 705 hektar yang merangkumi kawasan:

  • Kediaman
  • Perniagaan dan Perkhidmatan
  • Perindustrian
  • Institusi dan Kemudahan masyarakat
  • Pertanian
  • Perhutanan
  • Jalan/TLK
  • Badan Air

Cadangan Padang Golf  9 lubang 34 hektar boleh menjadi daya penarik buat pelancong berkunjung ke Taman Negara.

Infrastrukrur penambahbaikan jalanraya, jambatan, Airport Sungai Tiang perlu bagi memudahkan aksesibiliti.

Selain dari RKK Kuala Tahan, secara terkini WZWH mahu maklumkan perkembangan terkini Projek Jalan Ulu Tembeling yang sepanjang 137.3 km melibatkan pembinaan 20 jambatan.

Projek Jalan Ulu Tembeling ini terbahagi kepada 3 Fasa:

Fasa 1 Jalan Kampung Tuit ke Kampung Pagi RM121 juta panjang 21.3 km dengan 3 jambatan dijangka siap pada 2014. Pada masa sekarang kenderaan 4WD boleh lalu dan  kalau hari tidak hujan kereta Kancil boleh lepas ke Kampung Pagi.

Fasa 2 Jalan Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling anggaran RM340 juta panjang 63 km dengan 6 jambatan. Dalam proses Reka Bentuk selama 36 bulan.

Fasa 3 Jalan Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja (Terengganu) anggaran RM280 juta panjang 53 km dengan 11 jambatan.

Maka boleh disimpulkan Projek Jalan Ulu Tembeling panjang 137 km yang melalui hutan dan bukit serta gunung itu dengan pembinaan 20 jambatan anggaran kos RM741 juta.

WZWH berharap rakyat Jerantut terutamanya perlu sedar betapa DS Najib sememangnya serious dan komited ingin membangunkan Lembah Tembeling yang melibatkan 5000 orang penduduk pedalaman.

Ini masa dan era yang sangat sesuai untuk melaksanakan apa yang 50 tahun dulu orang-orang tua kita menganggap mustahil untuk dilaksanakan.

WZWH tidak pernah berputus asa dengan UMNO dan kerajaan BN. Inilah perjuangan politik WZWH untuk melihat DS Najib berjaya membuat satu lonjakan transformasi pendalaman Lembah Tembeling.

Kepada 55,000 pengundi Jerantut harap beri perhatian kepada apa yang WZWH tulis dalam posting ini yang semua untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat Jerantut semua.

16 comments:

Anonymous said...

Ha ha lawak
Merosakkan lembah tembeling

Anonymous said...

Bila buat padang golf kena cuci hutan....balak...balak...balak...duit...duit...duit...

Anonymous said...

Buletin Utama TV3/4:
Perhimpunan Hijau Ke Puterajaya di Stadium Darul Aman Kedah anjuran PAS tidak mendapatan sambutan....sekitar 30 orang sahaja yg hadir. Stadium yg berkapasiti 60,000 orang kelihatan bagitu lengang. Mereka yang hadir itu pun bukan kerana kerelaan sendiri malah ditaja oleh Presiden PAS dgn diberi ganjaran RM1,000 sebagai menampung perbelanjaan tempat penginapan hotel 5* serta kos2 yang berkaitan. Apa yg jelas juga Ustaz Azhar Idros serta penyanyi Aisyah (penyanyi pujaan UMNO - Bahtera Merdeka) bersyarah bersendirian dgn disaksikan oleh kunang2 serta agas...He10X

Kampong man said...

Anon 9.24,

Apa benar dihadiri kurang drp 100 orang ? Dan mereka di tampong RM1000-00 ? Kita harus bertangung jawab dengan penulisan dan pandangan kita.Aspan ada menunjukan ribuan gelombang hijau diblog nya.Ada siapa yang ingin beri bukti dipersilakan.Kita tidak mahu dituduh keterlaluan dan mungkin tulisan ini darii ahli parti pembangkang yang kalau benar tidak perlulah begitu caranya.kiita harus jujur dengan fakta.Biarkan mereka seronok sendiri dan kita lihat saja gelagat mereka kerana kita tahu Pakatan mereka tidak punyai PERJUANGAN.ABU sahaja tidak kemana !

Anonymous said...

Jawapan tentang jumlah sebenar manusia ke perhimpunan hijau ke Putrajaya ada pada Rais Yatim.

Tanya Rais Yatim dan kita akan dapat angka rasmi dari seorang menteri yang dilantik rakyat. Tambahan pula Rais mengunakan teknik fotografi saintifik yang sahih lagi tepat.

Rais Yatim ada kredibiliti dan memang boleh dipercayai.

Mangkok

Anonymous said...

anaon 12:23PM,
Aku perli kat media kesayangan org2UMNO. Tapi sayanag engau tak reti bahasa perli ni mungkin engkau dari keturunan mamak atau dari kelurga pencari rotan dari Kg Pagi....

Anonymous said...

Kampong man, budak anon 9.24 dah jawab di anon 5.19 lah.Ohh... rupanya perli ....

Aku mati mati ingatkan betul rupanya dia cuba nak tipu kita semua.Nasib baik dia mengaku perli.Entah entah budak ni baru habis spm.kah..kah..kah..tak intellectual langsong budak PKR ni.

Quiet Despair said...

Kakahkah had a good time laughing at Nizar the motor-mouth on TV tonight.
Dia cakap PAS tak boleh menang kat Kedah dan tempat-tempat lain di Malayia.
Ha tulah. Cakap tak berfikir. Dah tersasul cakap.
Atau Allah hendak dia cakap macam tu sebagai petanda awal PAS/Pakatan akan kalah.
An omen of Pakatan's loss. Hahaha.

Anonymous said...

Ucapan pemimpin UMNO di majlis perjumpaan, mesyuarat cawangan, bahagian, pusat, ceramah menjelang pilihanraya mahupun sembang-sembang biasa, penekanan kepada perlunya UMNO dikekalkan kuasanya berasaskan sejarah perjuangan untuk terus membela orang-orang Melayu, semakin perlahan kedengaran nadanya. Malahan kepada generasi muda yang baru mengenali UMNO, hampir tidak ada penekanan supaya mereka lebih memahami susur galur perjuangan UMNO itu sendiri.

Dalam proses untuk memenangi pilihanraya ini, UMNO nampaknya lebih ghairah untuk menjadikan topik punggung (seks) sebagai sandaran utamanya. Yang dikecam ialah pihak lawan yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah laku seks yang kadangkala sukar dibezakan antara fakta dan auta. Inilah beza diantara UMNO Baru ciptaan Mahathir (yang kemudiannya dihazam lumat2 oleh Najib) degan UMNO lama yang menjadi teras kepimpinan Tun Abdul Razak.

Anonymous said...

he33 fakta yang auta..

Anonymous said...

Isu seks timbul kerana penolakan umat Islam yang pelaku tidak dapat diterima sebagai ketua pemerintah kerana terdapat berbagai isu salah lakunya dari isu moral dan korupsi yang didedahkan oleh rakan karib/peribadi beliau sendiri.Persoalannya :

1) Apakah PAS masih boleh menerima ketua PR yang meragukan hanya mahu berkuasa ?

2) Bukankah ada baiknya penyatuan PAS dan UMNO diutamakan supaya syiar Islam boleh diperkasakan dari gabungan terbaik ini.

3) Kenapa tidak bersedia bermuzakarah bukankah ini yang disarankan Islam ?

dinoscots

Anonymous said...

Mempermosikan Najib seperti mempermosikan pasir ditengah padang pasir. Dengan menggunakan media yg dikuasai UMNO maka pasir yg asalnya tidak bernilai akhirnya bertukar menjadi intan permata. Manakala berlian yg sememangnya bergemerlapan pula sudah tidak diberi nilai lagi....

Apabila UMNO dalam keadaan kritikal dan lemah (anon 11:04AM tidak tau sejarah perpecahan UMNO pada tahun2 1988 & 1997) PAS telah dijadikan mangsa...PAS ditekan agar bersatu/bermuzakarah dengan UMNO agar UMNO menjadi kuat kembali. Setelah UMNO menjadi kuat isu perpaduan UMNO-PAS hilang enth kemana. PAS dicaci maki setiap hari. Inilah UMNO yang aku kenali dan anggotai semejak 1981 lagi....

Kampong man said...

Salam Anon 6.16,

Perpecahan UMNO berlaku disebabkan kecenderungan sabahagian ketua tidak bersetuju dengan certain leadership, pandangan dan halatuju parti dan adanya manusia saperti Anuar yang tidak sabar ingin menjadi PM dengan terlalu cepat.

UMNO terus mendominasi politik negara tanpa cabaran kerana PAS gagal dalam perjuangan Islam mereka.Kemunduran di Kelantan dan menakutkan rakyat Islam dengan menjanjikan shurga tidak dapat diterima akalm.Maka tidak hairsn parti politik PAS terus gagal dan memperolehi kerusi parlimen terkecil sekali dalam PR.Ini membuktikan PAS tidak diterimaMelatu Islam.Tambahan pulak dengsn pilihan bersekongkol dengan parti kafir lagi racis DAP lebih mulia kerana terlalu benci kepada UMNO pilihan utama majoriti rakyat MelayuIslam.

Yang penting UMNO terus menjadi pilihan.Ayer dicincang tidak putus.Ku Li , Rais Yatim, Musa Hitam, Marina Yusuf dan rsmai lagi kembslu kepangkuan UMNO.Kenapa? Mereka semua punyai ROH dan PERJUANGAN UMNO bagi ugama, bangsa dan negara berbeza dengan perjuangan PAS.

UMNO tidak lemah, parti lain yang lemah.Tidak hairan UMNO diberi kepercayaan memerintah negara berterusan dan bukan parti lain selama ini.UMNO relevent untuk negara Malaysia kerana sifat MODERATE parti itu bokeh diterima pakai .
Yang terbaiknya adalah penyatuan dua parti Melayu Islam bersatu demi Islam .Usha kearah ini harus digalakan demi perpaduan ummah. Kenapa tidak ?.

adrianiamri said...

apa ni.... wzwh lain tulis, benda lain yng dikomen.... heran betull...

adrianiamri said...

Berkenaan posting ini, cuma satu jer... padang golf 9 lubang... Kalau tak buat pon takpe... Dah bersepah padang golf..Jerantut ada, Tekam Rsort ada...Cukup2 ler...

Lebih baik tanah tu buat kampung tersusun untuk generasi kedua or ketiga.... Tak pon boleh buat dusun terancang..Jual kepada sesiapa berminat... Musim buah jer berderu mari kuala tahan makan hasil dusun, mari kualan tahan beli buah-buahan murah dan berkuliti.....

Anonymous said...

padang golf la bagusss....boleh terang sikit hutan tuh.
pas tuh buat taman tema dalam 3000hektar.. lagi terang..
studio pilem pun boleh gak..asal terang...terang...terang..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...