Sunday, June 10, 2012

Kereta Sultan WWW1 Berjiwa Rakyat


Ini lah kereta Sultan Johor berjiwa rakyat. Foto ihsan dari Blog Diraja MBS.

Inilah dia kereta yang menggunakan plate kenderaan WWW 1 yang berjaya dimiliki oleh Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan bidaan RM520,000.00. 

Tuanku Sultan Johor memang kreatif dalam segala tindakan, lihat sahajalah baginda telah berkenaan untuk menggunakan plate berkenaan bukan pada kereta mewah tetapi memberi penghargaan kepada kereta Proton buatan Malaysia. Jika seorang Sultan boleh mengutamakan produk/barang tempatan mengapa tidak kita?

Malang pemimpin pembangkang suka mengapi menghasut rakyat Malaysia membenci Raja bila Nizar mempersoalkan hobi Tuanku Sultan Johor.

Nizar kata duit banyak itu boleh buat rumah orang miskin di Johor.

Kita semua tahu dari Almarhum Sultan Johor semasa menjadi DYMM Agong telah menderma elaun kepada sebuah Yayasan hinggalah ke Sultan Johor dan Putera dan Puteri tidak ambil 1 sen pun dari Kerajaan Johor.

Semua diderma kepada Yayasan .

Lagi pun bidaan RM520,000 itu pun masuk dalam kantung kerajaan juga melalui JPJ.

Sultan Johor dari keturunan Royal House of Temenggung Empayar Johor Pahang Riau ini memang punyai keunikan tersendiri.

WZWH pun akui Sultan Pahang dari keturunan Royal House of Bendahara Empayar Johor Pahang Riau pun juga ada keunikannya.

Cuma WZWH nak beritahu rakyat Malaysia, majoriti pemimpin Pakatan Rakyat adalah pemimpin yang tidak tahu sejarah dan budaya Melayu.

Tanya Nizar siapa bapa dia, siapa datok dia, siapa moyang dia? WZWH percaya Nizar tidak tahu. 

Begitu juga tanya soalan yang sama kepada Anwar Ibrahim dan Sakmongkol AK47 pun WZWH boleh betting mereka tidak tahu asal usul mereka!

Jika anda boleh trace dan menyusun susur galur family anda dari anda hingga moyang-moyet sampai beratus-ratus tahun lamanya hingga ke zaman Melaka malah ke zaman Srivijaya maka anda boleh bayangkan jati diri dan ketahanan serta pegangan adat budaya Melayu yang membentuk pandangan falsafah politik Melayu membentuk welchantung world view.

7 comments:

Anonymous said...

wzwh,dicadangkan cari asal usul keturunan "wan" . keturunan wan terdapat di negeri pahang,kelantan,terengganu,kedah,perlis dan pulau pinang serta apakah kaitannya..

Anonymous said...

keturunan wan dari dulu kini dan selamanya pencacai.

Anonymous said...

haaaa plat dompokkkkk, adekah berjiwa DUN TAHAN????

Anonymous said...

nanti dalam kubur nanti, soalan pertama malaikat tanya : siapakah atuk kamu? apakah bangsa kamu? kat akhirat pun sama jugak..tuhan tanya: kamu ini dari keturunan apa?!!

Anonymous said...

Wan nak claim bahawa beliau berketurunan Ahlul Bait. Ahlulbait ini bermaksud beliau bernasabkan kpd Fatimah binti Rasulallah SAW dari jalur bani alawi (al idros). Mintak maaflah bila aku selidik dan rujuk kpd pakar salasilah didapati salasilah Tun Habab Abdul Majid (tok2 aki kpd Wan)tidak bersasilah kpd al Idross. Fullstop!

Kalaulah Wan ini dari keturunan baginda Rasulallah SAW, aku cadangkan Wan berjuang bersama PAS dan tinggalkan Parti sekular kapitalis UMNO ini. Wan kena ikut jalan yg ditunjukkn oleh moyang beliau Baginda SAW. Baginda Rasul SAW meninggalkan/berhujrah dari kota Mekah ke Madinah kerana nak beritau kita bahawa Islam bukan semata2 menyentoh soal berkaitan ruhiyah malahan mesti diintergrasi bersama perkara2 yg berkaitan dengan sistem kehidupan. Inilah yg PAS perjuangkan selama ini....Hasyrat PAS ini sentiasa disekat oleh UMNO. Ini kenyataan!!

Anonymous said...

Anon 1:09,
Sila rujuk http://wzwh.blogspot.com/2012/03/tun-sri-lanang-menulis-sulalatus.html kalau mahu tahu hubungan Bendahara Tun Habab Abdul Majid Padang Saujana Johor cucu kepada Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus. Seorang cucu perempuan Tun Sri Lanang pula berkahwin dengan Sayyid Zainal Abidin Al-Idrus dari Aceh. Cucu Sayyid ini menjadi Bendahara Johor bernama Tun Habib Abdul Majid yang mana anak cucu Bendahara ini kemudian menjadi Sultan-sultan Terengganu, Johor dan Pahang hingga kini. Saya lihat fakta WZWH berdasarkan Salasilah Johor, Pahang dan Aceh.

Anonymous said...

Ke Lubuk Gasing pergi menyelam
Hendak memancing berumpan lipas
Kalau nak memperjuangkan ISLAM
Tak perlu pun kita masok PAS.
Puas sudah kita menyelam
Langsung x jumpa seekor hama
PAS bukan memperjuangkan Islam
Menjatuhkan UMNO je tujuan UTAMA

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...