Tuesday, June 26, 2012

Kisah ADUN Pahang Kerja Mendapat Undi Secara Personal

Barisan EXCO Pahang. Alfatihah kepada Allahyarham Dato' Tan.

Di negeri Pahang ada 42 DUN dan 14 parlimen. PRU 12 dulu, BN dapat 37 DUN dan 12 parlimen.

Jika Pakatan Rakyat terutama DAP bersemangat mahu langgar Johor bagai todak melanggar Temasik maka apatah lagi Pahang.

Maka 42 bakal DUN dan 14 bakal parlimen calon BN perlu kerja kuat.

Terutama penyandang ADUN dan parlimen kena pakai Prinsip Perakaunan- 'Going Concern' iaitu cateris paribus mereka masih lagi menjadi calon dan mesti berfikir positif.

Kalau tidak untuk diri sendiri baik juga untuk bakal calon yang mengantikan...

Bagaimana strategi politik UMNO dan BN Pahang?

Ada orang kata pemimpin UMNO Pahang tidur belaka...tak nampak program...makin slow!

Ada kata 'do nothing' pun satu strategi juga.

Memang WZWH dapat tahu Pakatan Rakyat Pahang pun berasa pelik dengan strategi UMNO dan BN Pahang.

Senyap aje....takda siapa mahu lead!

Lebih menakutkan WZWH ada orang kata politik Pahang seperti air di sungai tenang-tenang saja...tapi jangan disangka tiada buaya!

Bolehkah negeri Pahang ini tumbang ke tangan pembangkang?

Kalau semua pemimpin UMNO suka duduk diam 'do nothing' tidak mustahil negeri Pahang pun boleh tumbang!

Ok WZWH mahu posting satu kisah cerita tentang seorang ADUN Pahang yang berkerja kuat untuk mendapat undi secara personal.

WZWH tidak mahu sebut siapa nama ADUN ini dan nama DUN kerana tidak mahu menimbulkan fitnah, riak dan spekulasi.

ADUN ini bila masa free suka menalipon pengundi-pengundi DUN beliau secara personal. 

Setakat hari ini dari jumlah kesemua pengundi DUN seramai 10,041 maka ADUN ini sudah menelefon sebanyak 6325 pengundi secara personal bererti ada 6325 nombor telefon bimbit pengundi  yang ADUN ini tahu.

Ada makcik-makcik yang pro PAS di DUN ini beritahu WZWH bahawa ADUN itu ada menelefon bertanya khabar dan macam-macam lagi. 

Nampak cara ini disukai oleh pengundi kerana ADUN itu sendiri menelefon.

Malam tadi ADUN itu menelefon WZWH buat pertama kali dan bertanya nombor telefon bimbit dua orang adik ipar WZWH!

Wah WZWH puji cara ADUN ini bagus dan berkesan.

WZWH fikir tidak salah dan buang masa jika seorang ADUN itu menelefon pengundi secara personal.

Kalau seorang ADUN itu boleh akhirnya menelefon kesemua 10,041 pengundi di DUN beliau, wah! WZWH kira sudah ada komunikasi. 

Kemudian menelefon lagi berulangkali dan cuba memenuhi apa kemahuan pengundi sekadar yang dimampui.

Pada 'do nothing' lebih baik ambil masa sikit cuba 42 ADUN Pahang dan 14 ahli parlimen Pahang menelefon kepada semua pengundi di DUN dan parlimen masing-masing.

3 comments:

Anonymous said...

Adun BN cuba memuaskan individu Atau orang awam Atau orang kampung

Tapi kami melihat bagaimana islam, tanah, melayu, moral Dan negara Di dilayan

Bukan dipijak Atau dipajak.

Oh ye

Durian Gugur said...

Alhamdulillah.
sifat mendekati pengundi perlu ada pada bila2 masa bg seorg yg bergelar wakil rakyat..jgn hanya sifat ini wujud tatkala pilihanraya bakal menjelang.
semasa hubungi pengundi tu jgn hanya tanya masalah kesihatan je..tanya juga perihal :-
1. apa masalah di kg anda
2. berapa kali seminggu kuliah di masjid anda
3.mcm mn mengatasi masalah sosial ditempat anda.
4.mcm mn peranan jkk di tempat anda.
5.apakah yg saya perlu lakukan untuk meningkatkn ilmu agama di tempat anda.
6.bagaimanakah cara untuk tingkatkn kegiatan ekonomi di tempat anda...

selain itu, jauhi sifat mengambil hak org susah seperti :-
pengagihan tanah lot
pengagihan saham felcra
pengagihan rumah kos rendah
ini kerana pengundi sebenarnya tahu jika berlaku keadaan di atas walaupun menggunakan proksi.

YB juga tidak perlu memilih bulu walaupun kpd masyarakat yg berbeza politik.Dengan ini imej yb tersebut akan terus meningkat dr semasa ke semasa.

tingkah laku yb juga perlulah mencirikan seorg muslim.krn sebagai org islam,kita di beritahu bhw pemimpin adalah seorg yg diberi amanah utk kemaslahatan manusia..

tq

Anonymous said...

Salam WZ,
Tahniah pada BN Pahang yang berjaya memperolehi kerusi DUN dan Parlimen yang membanggakan di PRU 12 yang amat mencabar dimana BN terperangkap kerana terlalu leka dengan kemenangan dulu dulu.

Saya mengharapkan winnable candidate yang mesra rakyat or they will be voted out.Saya meramalkan situasi yang sama di negeri Melaka , Johor,Negeri Sembilan.

Rakyat telah melihat kepincangan Pakatan Rakyat yang tidak stabil dan berubah ubah dan banyak kali bercanggah sama sendiri.PAS mahukan Anuar di siasat atas rasuah penyelewengan 3 billion ringgit.Hebat sekali ketua pembangkang kita ni.

Saya rasa rakyat kali ini akan di belakang BN dan memberi mandat penuh pada Najib.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...