Thursday, July 12, 2012

Gendang Perang BN Jerantut Sudah Bermula : Mengumpul Kepimpinan DUN Damak, Tahan Dan Pulau Tawar




Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut memulakan gendang perang BN Jerantut...

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut telah mengambil inisiatif mengumpul kepimpinan 'hardcore' disetiap kepimpinan DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dalam parlimen Jerantut.

Buat pertama kali ketiga-tiga ADUN iaitu Dato' Lau Lee (DUN Damak), Dato' Wan Amizan Wan Razak (DUN Tahan) dan Dato' Dr. Shukri (DUN Pulau Tawar) duduk bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mencari strategi dan taktikal terbaik bagaimana BN boleh mempertahankan parlimen Jerantut dan 3 DUN Damak, Tahan dan Pulau Tawar.

Pakatan Rakyat terutama PAS telah membayangkan bahawa pembangkang yakin boleh menawan DUN Damak dan DUN Tahan. Ditambah dengan perubahan calon parlimen BN Jerantut yang Tengku Azlan mahu mengundurkan diri membuatkan PAS percaya Pakatan boleh merampas parlimen Jerantut pada PRU 13 nanti.

WZWH merasakan gendang perang BN Jerantut sudah bermula. Perancangan strategi dan taktikal yang cekap dan berkesan mampu mempertahankan parlimen Jerantut dan 3 DUN. WZWH lebih berminat dengan penyediaan dana kempen PRU 13. WZWH mahu lihat jentera BN Jerantut cekap, berkesan dan licin serta lancar..

BN Jerantut sudah bersedia menerima amukan Pakatan Rakyat!


Dato' Lau Lee ADUN Damak berucap.


Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan berucap.


Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar berucap.


Tidak kira siapa dicalonkan ahli parlimen BN Jerantut samada Dato' Dr Ahmad Shukri atau Dato' Wan Amizan Wan Razak, jentera Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tetap berjalan lancar bekerja memenangkan calon.

Dato' Wan Amizan-Dato' Ahmad Shukri-Dato' Lau Lee adalah gandingan yang mantap sekarang berada dalam semangat spirit yang tinggi dalam sejarah politik BN Jerantut.

Inilah wakil rakyat-wakil rakyat ADUN di Jerantut yang kuat bekerja di DUN masing-masing.

12 comments:

Anonymous said...

Lawak kuat berkerja

Bandar Jerantut Cina bina
Luar Jerantut, hancur

Anonymous said...

Anon 12:39
Bandar Jerantut dibina oleh semua pihak komuniti terlibat. Tidak hanya orang Cina sahaja. Jika orang Melayu dan sedikit orang India tidak menyokong, bandar Jerantut tidak akan berkembang.

Pembangunan dan kemajuan luar bandar jerantut terutama di pendalaman mengalami pertumbuhan dan psarana terbaik dan pesat saat ini di Daerah Jerantut

Anonymous said...

Elok banarlah BN bersedia dari sekarang....bukan snang nak melawan PAS. Kas dapat tau, beberapa tokoh profissional J'tut bersedia brsana jentera PAS bagi menghadapi PRU13 ini, diantaranya termasuk bekas Pengurus Besar Felda Holding serta Timbalan Pengarah Kastam negeri...

Awok Wan jangan kerayan!!

Jiwa Islam said...

Assalamualaikum...sapa kata Jerantut dah maju atau berkembang pesat....??? Sebenarnya jerantut adalah antara tempat yang paling lambat berkembang...saya dan bertugas di sarawak selama 12 tahun...setiap setahun hanya sekali balik kampung....selama 12 tahun tengok jerantut tak banyak berubah...ketara,harga barang jauh mahal pada tempat lain...banding dengan tempat saya tinggal di sarawak ni pun,di sini lebih maju dari Jerantut,,,jalan raya di Jerantut..kebanyakannya hancai...bayangkan harga barang dan pakaian sini lebih murah...heran saya,sepatutnya semenanjung lebih murah tapi semenanjung lain murah,cuma Jerantut je yang pelik sikit....sedarlah,kadang-kadang kita ni tak sedar rumah kita senget bila kita duduk kat dalam...bila dah keluar rumah,baru kita sedar...oooohhhh,rumah aku senget rupanya....Wallahua'lam..

Anonymous said...

Kalau Kat kuala Tembeling, psarana yang masih ingat adalah tandas awam masa PATA Dulu
Itupun dah hancur.
Kemudian kedai kedai yang Di bina masa timing yang salah Dan banyak terbiar begitu saja.

Binaan lain seperti Sekolah Dan Klinik , memang kementerian Atau jabatan agama yang buat Dan ini bukan politik. TempAt mana2 pun dapat.

Yang lain-lain, Ada ke anak Tembeling.

Anonymous said...

Jerantut membangun?
pejabat celcom takde..
digi hanya gprs je..
p1 wimax takde..
tv9,ntv7,tv8 dan tv hijrah takde kat kg..
highway takde..

arghhhhhhh banyak lagi.......

Anonymous said...

Hanya YB Damak je yang nampak bekerja kuat untuk dun sebab dia sedar diri...lagi dua yb.... tak tahulah...yg dun Tahan pungkar je lebih..

Anonymous said...

Maju kemender! Jalan ke Benta bertahun2 upgrade masih tak siap2, lapangan terbang Temin tak menjadi kenyataan..

Anonymous said...

lAPANGAN TERBANG TEMIN NAK JADI MACAMANA?kan tanahnya dah di mentekedarah oleh kroni2 UMNO/BN.
Kesian orang Jerantut.
Jangan jadi peneroka, bila najib kata 'tuan2 jangan jual saham yang kerajaan pagi 800 unit tu. simpan elok2. Pak Cik Makcik Felda pun kata 'baguih nya PM Najib nya bagi nasihat macam tu'
Hoi ..! nak jual macamana kalau dah dapat 800 unit saham. Tak cukup 1 lot. Hangpa pi la keliling satu dunia untuk jual saham 800 unit tu, takkan ada yang nak belinya.

Anonymous said...

lAPANGAN TERBANG TEMIN NAK JADI MACAMANA?kan tanahnya dah di mentekedarah oleh kroni2 UMNO/BN.
Kesian orang Jerantut.
Jangan jadi peneroka, bila najib kata 'tuan2 jangan jual saham yang kerajaan pagi 800 unit tu. simpan elok2. Pak Cik Makcik Felda pun kata 'baguih nya PM Najib nya bagi nasihat macam tu'
Hoi ..! nak jual macamana kalau dah dapat 800 unit saham. Tak cukup 1 lot. Hangpa pi la keliling satu dunia untuk jual saham 800 unit tu, takkan ada yang nak belinya.

Anonymous said...

Tanah Airport Temin keluasan 700 ekar itu adalah tanah PTG Pusat dibawah Kementerian Pengangkutan. Status tanah masih kepunyaan PTG Pusat kerana tanah itu disewa kepada pengusaha kelapa sawit Jerantut. Bila kerajaan mahu membina Airport Temin itu nanti barulah tanah itu diclear.

Anonymous said...

BN Jerantut sudah bersedia menerima amukan Pakatan Rakyat!

AMUK-AMUK,RAMPAS-RAMPAS NI KEJE BN JEA BILA RASA NAK KALAH...

TAK SABAR TUNGGU BN LINGKUP DI MALAYSIA..SERIUS CAKAP...

BN PEROMPAK HARTA RAKAYAT,
BUAT MESYUARAT HANYA UNTUK NAK ROMPAK HARTA RAKYAT DENGAN LEBIH SISTEMATIK ITU LAH KERJA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...