Saturday, July 28, 2012

Populis, Ugutan , Stupidity Resepi Kejatuhan BN Dekat PRU 13


Permainan politik populis membahayakan kewangan negara. Memberi itu dan ini serta beri lagi mengurangkan kantung perbendaharaan negara.

Janji Ditepati....

Sedangkan duit itu boleh meningkatkan lagi infrastruktur menghasilkan hasil revenue negara.

Janji Ditaburi bagi menurunkan harga kereta, tiada tol, tiada lain cukai, dll ditawarkan peganti Putrajaya menambah lagi sakitnya kewangan negara post PRU 13.

Akhirnya negara ada duit RM10 tapi mahu belanja RM25! Pasti jejak Greek diikuti...

Ugutan kumpulan mahu sekolah bebas, mahu iktiraf akademik yang selama ini tidak diiktiraf.

Ugutan individu tidak mahu orang itu dan orang ini jadi MB, CM, ahli parlimen, ADUN dll.

Dekat PRU 13 banyak ugutan.

Dikatakan Stupidity Menteri buat rakyat muntah kerana kejelikan.

Bagaimana DS Najib menghadapi Populis, Ugutan dan Stupidity Menteri?

Populis, Ugutan dan Stupidity Menteri bakal resepi kejatuhan BN dekat PRU 13.

Apa ilmu yang PM kena ada mahu 'rationalise' Populis?

PM control rakyat atau rakyat control PM?

Janji Ditepati atau Janji Ditaburi?

21 comments:

Anonymous said...

Kegagalan Najib bermula semenjak beliau menghambil alih Jawatan dari Abdullah. Beliau gagal memahami kehendak rakyat yang menyebabkan BN kehilangan kuasa 2/3 parlimen.

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang di hormati,

Politik populis PEMBANGKANG memang hebat. Lupakanlah sekiranya cadangan saperti ini datangnya dari PKR/PR yang cuba’ dangling the carrot ‘kata orang puteh.Kita harus jangan terikut ikut rentak PR yang menjanjikan bulan dan bintang dan akhirnya banyak yang tidak dapat ditunaikan dan tidak praktikal terutama dengan janji penasihat Ekonomi Selangor DSAI yang berangaan angan mahu menjadi PM dengan memecahbelahkan bangsa melayu membenchi UMNO satu satunya parti tunjang orang melayu dan Islam dengan cara apa sekali pun .Kita telah lihat janji lama mereka yang masih belum ditunaikan lagi hingga kini. Banyak usha murni Najib bagi rakyat kini dilihat menghabiskan wang rakyat kata PR, bukankah Rakyat perlu didahulukan ?.Najib harus terus berusha untuk rakyat kerana rakyat yang memilih BN secara demokratik sehingga tamat lima tahun nanti.

Mohon berkongsi pengalaman.Pernah Kampong man bekerja di Korea awal 80 puluhan dulu membina pelantar minyak laut di Daewoo Shipyard and Engineering selama setahun.Ketika itu Kampong man tidak dapat lihat kereta buatan Eropah walau sebiji pun dibandar bandar di Seoul dan Pusan.Kerajaan Korea ketika itu mahu memajukan industri otomobil mereka dengan hampir semua rakyat mereka menggunakan kereta dan pengangkutan buatan tempatan. Malah sekira anda bekerja di Syarikat Daewoo anda diwajibkan menggunakan hanya kereta jenama Daewoo sahaja begitu juga sekira bekerja di Syarikat Hyundai pastinya semua pekerja harus menggunakan kereta jenama Hyundai sahaja dan tidak jenama Daewoo.Begitu LOYAL mereka pada syarikat dan juga negara mereka.Bagaimana kita.? Kini Korea boleh berdiri megah .Begitu juga dengan industri shipbuilding dan elektronik saperti Samsung yang sungguh hebat dan di kagumi.

Proton adalah hasil usha pemikiran Tun Dr M bagi melibatkan negara dalam indusri otomobil dan moden anjakan daripada pertanian sahaja.Anehnya Kenapa agaknya pengikut PR benci sangat dengan Tun di blog pembangkang(terutama di blog Sakmongkol dan Aspan) dengan kutukan yang sangat menghinakan ? Sakmongkol sendiri mengelar Tun OXYMORON .Siapalah mereka ini sedangkan Tun banyak berbakti pada negara menjadikan negara ini maju dan terbilang dan ini kita lihat sendiri hari ini.Saya tidak faham politik mereka membenci Tun.Yang pasti politik KEBENCIAN harus dihapuskan dan tidak harus diberi tempat.Anehnya mereka ini juga menggunakan kereta Proton,PLUS highway,KLIA dan mahu merebut PUTRAJAYA hasil visionary Tun juga.Politik mereka kotor,tak begitu ? Kita biarkanlah mereka melepaskan geram dan hanya rakyat yang akan menentukan arah negara tanah tumpahnya darah kita di PRU 13 nanti.Saya yakin BN akan Berjaya,insyaallah.
PROTON kini adalah dilandas yang baik untuk bersaing.Lihat Preve,Inspira dan Exora dengan teknologi Jepun dan Lotus adalah sangat baik saya kira dan juga kilang PERODUA di Pekan ,Pahang.Keduanya berjaya memberi beribu ribu peluang pekerjaan pada anak tempatan dan ‘Spin of’ aktiviti sampingan. Kita tidak perlu lagi menurunkan eksais duti kereta dan biarlah mereka yang kaya dan mampu dikenakan duti tinggi saperti yang kita lakukan pada rokok bagi menggalakan penggunaan kereta Proton.Kita harus menyokong perushaan otomobil negara dan rakyat kita harus bangga dengan kereta negara ini. Saya bangga.

Warga belia akan banyak menentukan kemenangan di PRU 13 nanti .Sekira mengikut Theory Maslow mereka masih di peringkat bawahan dengan “Wealth accumulation and Protection”.Kelumpuk ini harus berhati hati dengan ‘Financial Management’ bagi diri dan keluarga mereka dan harus tidak di manjakan dengan kereta sahaja ,satu satunya depreciating asset yang boleh merugikan jika tidak dapat diuruskan dengan baik.Di Britain umpamanya mereka tidak menilai individu itu dengan kereta Porche,BMW dan Mercedes Benz malah kereta hanyalah nesceessity dan bukan untuk bermegah.Tanya lah Wan yang pernah belajar di sana.
Selamat berpuasa .

JANJI DITEPATI !

Kampong man said...

Sdr Anon 3.28,

Maaf ya,pembetulan.BN tidak perolehi 2/3 majoriti bukan disebabkan Najib.Najib belum pun lagi di beri mandat penuh.Salahkan Pak Lah yang terlalu banyak memberi muka pada mereka mereka tu sahingga mereka mula mempersoalkan Keistimewaan orang Melayu,mempersendakan Islam dan institusi Raja .Bukankah mereka mahukan Malaysian Malaysia dengan model PAP negara Republik Singapura ?

Anonymous said...

Benar tu Anon 3.28 dan Kg Man segalanya bermula dengan keterbukaan Pak Lah dan Najib membawa beban keterbukaan ini dengan mereka(DAP dan PKR) menjadi biadab.Tak percaya tanya Ambiga dan Bar Council yang memihak pada Anuwar.Ayuh,kita sokong Pemerintahan BN dibawah Najib.

Anak Felda

Durian Gugur said...

Negara lain berbangga dgn kenderaannya dsbbkn harga .kenapa kereta nasional jg harganya jg seperti dikenakan cukai?
Apa yg saya tau,Pak Lah adalah seorg PM yg menjaga kakitangan awam,menaikkan gaji golongan pendapatan rendah,menyediakn peluang pekerjaan lepasan negara timur tengah dalam kerajaan.sebenarnya kekalahan Pak Lah dsbbkn Tun M.namun Pak Lah ialah seorang yang berjiwa besar walaupun dia telah di layan sebegitu rupa dalam umno namun beliau masih boleh tersenyum.kajian terbaru juga menunjukkan sokongan terhadap DSN meningkat.so, apa tunggu lagi,laksanakan pru 13 segera,kami golongan muda tak sabar nak belajar cara memangkah kertas...

Anonymous said...

Argh!!!! Tema sambutan hari kemerdekaan macam tema parti politik..
Lagu pula mcm lagu parti...
Inilah politik Malaysia...

Anonymous said...

Kampung Man,
Sebenarnya pendekatan politik DSNlah yg dikira populis....mana tidaknya, rakyat tak kira lapisan menerima habuan dalam bentuk tunai...sepatutnya rakyat diberi pancing, sebaliknya ikan yg telah dimasak dihidangkan kpd mereka. Ini berlaku kerana DSN mahu memenangi hati rakyat setelah BN hampir kalah serta bagi mengelakkan bungkus dlm PRU13 nanti. Selain itu, BN cuba meniru 'Buku Jingga'....Bayangkan kalau BN menang selesa dalam PRU 12lalu, jangan diharap DSN bersikap demikian....

Anonymous said...

Kat Korea,
Dengar juga presiden kena tangkap Dan hukum.

Kat Malaysia, sapina pun boleh masuk
Longkang.

Itu pun nak compare lagi.

Memang orang kampung.

Kampong man said...

Salam Anon,

Inilah pengajaran bagi BN dengan transformasi nasional yang mesra rakyat tidak lagi saperti dahulu yang kita mahu lihat hasil dari kehilangan beberapa negeri ke tangan pembangkang. Perubahan begini baik untuk rakyat dan perubahan yang positif .

Najib bijak menghampiri rakyat satu resipi kejayaan BN kelak.Sekira rakyat majoriti masih mahukan kerajaan baru dibawah PR kita juga harus boleh menerimanya.Isunya bolehkah PR berjaya di PRU 13 ? .Harap Karpal Singh boleh menerima Islam dan hudud dengan hati terbuka bukan menentang over my dead body lagi.

Anonymous said...

Biarlah hanya mereka yang serious sahaja yang mahu bekerja untuk rakyat yang kita pilih.Pahang adalah untuk BN.Teruskan perjuangan.

Anonymous said...

apa kurangnya chua soi lek yang menentang hudud secara terangan2 sehingga kini,,,dijatakan gila adun johor yg cadangkan hudud dilaksanakan,,sblm tu ancam nak keluar BN jika Malaysia nak laksanakan hudud hgg DSN terpaksa buat statement kita takan laksanakan hudud semata2 nak jaga hati chua soilek,,,sekurang2nya karpal singh telah keluarkan statement utk tidak ttg hudud dilaksanakan setelah diberi faham bhw ianya hanya utk orang Islam....

Anonymous said...

Orang BNend berpolitik menggunakan islam untuk
Mendapatkan duit Dan kehidupan.

Orang Pas berpegang kepada islam untuk
Meneruskan hidup.

Tapi ramai yang tak ingat ALLAH

Kaum yahudu Dan nasrani sama sekali tidak akan
Mengikuti ajaran ALLAH.
Atau redha akan agama islam.

Jadi tak payahlah
Bawa nama Kapal singh, Chua Por No, Sami Pilu,
Mereka akhirnya Akan sama saja.

Hei engkau orang, tak faham islam ke?

Durian Gugur said...

B-End akan tumbang di :-
Selangor
Perak
P.Pinang
Kedah
Perlis
Kelantan
Terengganu
N.9
Sabah.

Pahang akan kekal tapi majoriti B- End hanya 4 kerusi..
Jika B-end Pahang kalah pun majoriti pun 4 kerusi juga..

Anonymous said...

Mungkin apa yang Durian Gugur ramalkan itu akan terbalik....selalunya jika ramal BN menang besar tapi bila keputusan sebaliknya..begitu juga bila ramal BN kalah besar akhirnya BN menang besar...

Anonymous said...

umno cukup berbangga dengan kereta proton kereta masional berteknologi jepun......yb yb adun dan parlimen jerantut cukup berbangga dengan kereta2 mewah teknologi italy, german,usa. .....bila masa kita nak berbangga dengam produk berteknologi malaysia?

Kampong man said...

Salam,

SIAPA JADIPILIHAN ? BN atau PR ?

Hasil dua kajian Majlis Professor Negara ,Prof Dr Mansor Mohd Noor yang menjalankan kajian dari bulan ke bulan,melibatkan kumpulan yang berfokus mendedahkan lagi pada 25 july lalu bahawa negeri terkaya Selangor akan jatuh ke tangan BN

Mengikut Prof Ulung DatukDr Shamsul Baharudin dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid yang juga panel penyelidik utama Institut Kajian Etnik,UKM berkata Johor,Melaka,Negeri sembilan,Perak,Perlis,Trengganu,Sabah,Sarawak,Labuan dan Putrajayaakan kekaldibawah BN.Kuala Lumpur kekal dibawah PR.

Prof Dr RohanaYusof dari dari UUM menyatakan rakyat Kedah yakin dengan kepimpinan Najibdalam meneraju negara.Wallahwuallam.

Sumber: Sinar harian 29 july 2012.
29 july adalah birthday kampong man.apkah ini satu petanda.? Kita serahkan pada pengundi majoriti dan kita harus menghormati keputusannya nanti tanpa ragu.

Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Kampong man said...

Salam Wan,

Jangan khuatir ana terlupa hendak masokan PAHANG yang tidak ragu TETAP di bawah BN,insyallah.Kalau begitu apa yang PR boleh menang.Walaubagaimanpun ini adalah hasil kajian.

Yang bukan Prof Al Sakmongkol Dun (Bukan Exco)Pulau Manis ,Pekan Pahang dan Al Lanun al Putrajaya Sir Wenger pula meramalkan Sabah dan Selangor PR menang mudah.

Al Lanun of Putrajaya telah pun tutup blog beliau keran KALAH dalam ramalan saham FGVH turun dibawah paras IPO pada 13 July.Analysis FGVH beliau sangat baik .Cuma sayang banyak ramalan beliau lebih kepada retotik dan tidak REAL.Maka sama juga saperti ramalan sakmongkol tanpa BASIS yang kukuh.

@Kampong man dengar cakap bomoh di kampong dan Feng Shui master di bangsar.

QD,

Saw one loving couple kacukan Malay -American di JASON ,BSC yesterday holdingg hands.Thought it must be that handsome QD.Was it ? Take care dude.

Quiet Despair said...

Salam Kampongman

Heehee it could be me. But when we were there, there were several pairs of my breed.
Bangsar is very cosmopolitan, ya.
Why tak tegor. We could have buka puasa sama-sama.

Anonymous said...

Ha ha ha..

Che Wan ,Very simple..Reduce 20% tax for Proton and Perodua Car (Model terpilih la)...Lepas tu suruh depa turunkan 20% harga..So Najib ade Berani..LOL..

Rakyat tak kisah pasal harga kereta Import Mahal..yang rakyat kisah apasal kereta buatan Malaysia turut Mahal ..ha ha ha.

Anonymous said...

DAP tetap tolak HUDUD- kata Lim Guang Eng.

Anonymous said...

Guang Eng bukan islam- tak pelik
Org islam tolak hudud - pelik kan?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...