Tuesday, July 10, 2012

YDP MPK Tidak Puas Hati Dengan PDO @ CMK



















Dato' Zulkifli Yaakob, Ketua Kontingen Negeri Pahang SUKMA 2012.

Sewaktu SUKMA 2012 berlansung di Kuantan, sempat WZWH berjumpa Dato' Zulkifli Yaacob YDP MPK. Beliau sebagai Ketua Kontingen Pahang.

Dato' Zulkifli sungguh sibuk sepanjang SUKMA. Beliau mengarahkan kebanyakan 1300 stafnya bertungkus lumus bekerja memastikan berjalan lancar.

Aspek kebersihan venue sukan diutamakan sebelum dan selepas pertandingan mesti dijaga kebersihan kerana berdasarkan pengalaman Dato' Zulkifli dibanyak SUKMA selalunya kawasan venue sukan kotor dan tidak terurus.

Bahkan pasukan sorak cheer leader MPK ditugaskan memberi sokongan kepada mana-mana team Pahang yang bertanding. Terdapat 19 venue sukan di Kuantan, 4 venue di Temerloh dan 1 venue di Pekan.

Dato' Zulkifli YDP MPK mengeluh tidak puas hati dengan blogger CMK @ PDO kerana banyak posting mengenai MPK adalah tidak tepat dan tidak mendapat gambaran yang sebenar.

Lebih menyedihkan Dato' Zulkifli yang berasal dari Pulau Tawar Jerantut mengadu kepada WZWH bahawa blogger CMK itu bukan orang lain ada hubungan kekeluargaan dari waris Pulau Tawar.

WZWH jawab WZWH tidak mahu campur namun mendengar juga penerangan ringkas dari YDP MPK ini.

Soal isu saman tiket parking. Charge sejam 42 sen yang MPK kenakan itu adalah yang paling termurah di Malaysia.

MPK tiada bertindak clamping atau towing mana-mana kenderaan. Tidak seperti di Selangor dan Kota Bharu.

Dato' Zulkifli mengaku Jabatan Parking MPK boleh menghasilkan hasil RM8 juta setahun kepada MPK.

Isu kemudahan dan prasarana tidak siap. Itu tidak betul contoh Pintu Gerbang Masuk Bandar Kuantan depan Giant itu siap.

Soal Menara Jam Besar depan Kompleks Teruntum itu adalah projek MPK yang tiada kena dengan SUKMA. Memang Projek Menara Jam Besar itu sedang dalam pembinaan.

Isu Hotel Time di bangunan Wisma Belia Indera Mahkota itu tidaklah boleh Dato' Zulkifli menjelaskannya kerana keputusan Hotel Time menyewa bangunan Wisma Belia itu telah dibuat sebelum beliau masuk MPK.

Dato' Zulkifli menjelaskan lagi cukai pintu MPK masih menguna kadar yang ditetapkan pada tahun 1993 tidak pernah dinaikan hingga kini.

Isu jalanraya kotor tidak bersih itu adalah dibawah maintenance Roadcare.

Blogger CMK sebelum buat apa-apa posting mengenai MPK perlulah terlebih dahulu mendapat cerita, gambaran dan kedudukan yang sebenar dari MPK.
















Pasukan sorak MPK hasil inisiatif Dato' Zulkifli Yaacob YDP MPK begitu komited menyokong mana-mana pasukan Pahang yang bertanding dimana-mana venue. Mereka bekerja dari awal pagi hingga tengah malam sepanjang SUKMA berlansung.
















Kejohanan bolatampar SUKMA 2012 di SMK Tanah Putih Kuantan.



















Dato' Wan Adnan Wan Mamat EXCO Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang yang merupakan tokoh yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan SUKMA 2012 di Pahang. Kelihatan beliau meninjau kesetiap venue sukan memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...