Sunday, July 1, 2012

Najib Kena Terima Hakikat Memujuk Rakyat Ada Hadnya!


Najib PM yang mahu mendapat mandat rakyat Malaysia PRU 13.

Maka Najib berusaha dengan berbagai program bagi  menambat hati rakyat.

Lalu Najib beri basic kepada rakyat yang susah: baju, buku tulis, wang saku, durian runtuh, tayar teksi.

Juga Najib beri apa orang Melayu, orang Cina dan orang India mahu...

Masih ada orang Melayu, orang Cina dan orang India komplen tak cukup lagi...

Termasuk bermacam-macam NGO menuntut itu dan ini.

Beberapa projek besar yang Najib beri kepada kontraktor dipersoalkan walau itu hak PM.

Orang lain kalau nak bagi projek besar kena tunggu jadi PM la.

Cerita Scorpene dan Altantuya dispin pembangkang mengelirukan rakyat.

Pembangkang mahu Najib cepat buat PRU 13. Itu hak Najib sebagai PM dalam tempoh 5 tahun.

Bila hampir PRU 13 dekat masanya maka banyaklah desakan dan ugutan sokongan kepada PM.

Itu memang zikir PRU: desakan, ugutan, sokongan!

Najib sudah cuba merapatkan orang Melayu yang berpecah, sokongan orang Cina dan orang India, juga Bumiputera lain.

Najib kena terima hakikat memujuk rakyat ada hadnya!

Setelah apa yang diusaha, berdoa dan bertawakal lah...

Buat lah PRU 13 dengan hati yang berlapang dada.

Tidak perlu risau apa yang rakyat bakal pilih.

Jika rakyat mahu merasa PM pembangkang biarkanlah...

Jika rakyat mahu mencuba kerajaan pembangkang itu pilihan rakyat.

Mungkin rakyat mahu lihat samada pembangkang boleh beri matahari, bulan dan bintang..

Sebenarnya tiada yang rugi bagi PM, TPM, Menteri, MB, KM, EXCO, ahli parlimen dan ADUN jika rakyat memilih sebaliknya.

UMNO dan BN boleh jadi pembangkang yang cekap lagi berkesan.

Cabarannya adalah pembangkang yang menjadi kerajaan yang menjanjikan matahari, bulan dan bintang.

Rakyat mahu lihat boleh ke? Atau sejuta pungkar pembangkang mempedaya rakyat!

Itu rakyat harus terima kesilapan sendiri.

Memujuk rakyat ada hadnya.

8 comments:

Anonymous said...

Kalo UMNO dn BN kalah....nanti hilanglah punce pndptn Yb2 UMNO kite....selame berkuase dpt byk projek komisen drpd projek2......kalo PR memerintah nanti dpat bnyk mmberi faedah kpd rakyat dpt kerana kurang ketirisan krn x ambik komisen drpd projek2.....mcm mane yer...?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 1:01,
Masih terlalu awal premature untuk mengatakan ahli politik Pakatan Rakyat bebas dari rasuah jika memerintah nanti...ekekekekekekeke...

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam bro Wan.
Terbaik penuh keiklasan.Mesej yg sama cuba saya sampaikan kpd PM dengan cara saya tersendiri yg selalu mencetus kontrovesi.

Allah swt mensarankan kita sebagai hamba buat 3 perkara..1.Berusaha 2.Berdoa 3.Tawakal..Setelah 3 perkara ini kita lakukan maka serahkanlah semuanya kepada Dia.

Jadi PM perlu yakin dan biarkan Allah swt menentukan apa yg telah kita rancang.Waima kalau ditakdirkan Anwar akn jadi PM sekali pun pastinya ada hikhmah tersembunyi yang hanya Dia tahu dan kita sbg hambanya tidak tahu.

Kerja Allah biar Dia yang buat dan kita sebagai hamba buat kerja kita.
WaAllahu'alam

Anonymous said...

Ha ha

Yang penting orang melayu pandai berpolitik Demi agama, maruah Dan economi.

Orang melayu pandai memilih Dan pandai membuang.

Orang melayu tidak lagi mahu melihat perkara keji, kejam , tipu Dan lawak.

Tidak seperti orang kata pada zaman dahulu.
Letak tiang lampu pun boleh menang.

Sudah Masanya orang melayu tidak Akan tertipu.

spr tak bersih konon said...

kalau ikut kata pakatan rakyat, spr tak bersih... jadi macamana pakatan rakyat nak memerintah kerana selepas ini pakatan rakyat tak menang satu kerusi pun dalam pru 13 sebab spr dah tak bersih spr akan bagi BN menang semua kerusi, hahahahahaha makan ayaq asam lah hampa pakatan rakyat lepas ni...hahaha

Quiet Despair said...

Najib has indicated he may serve the full term and will call for the GE next year.
And Tun M, in an immediate response, has supported the idea.
It is his prerogative as the PM to call for the GE anytime he please.
Bertambah cemerut dan cemaslah ya, si Ah Jub Bor tunggu buah tak gugur nak jadi PM dengan cepatnya.
Kenalah cari idea to resurrect yang mati untuk jadikan modal utuk menang. Kugan dah, Teoh Beng Huat dah, Altantuya pun dah. Dan dua lagi yang saya lupa namanya - I mati semasa Bersih 2.0 dan seorang lagi pegawai kastam yang mati semasa siaasatan MACC.
Kesian si peliwat. Lately going on a suing spree pula. Setakat duit no problem. Ada slush fund.
But fitnah dia kena gali lagi. He will be taxing his brain overtime to cook something.
As for Najib, just act as the PM.
I setuju dengan Abang Wan yang berkata memujuk rakyat ada hadnya.
Jadi cukup-cukuplah beri habuan kepada si anu dan si ani. Takut duit saja yang abis, dema tak juga mengundi BN.
Just go on telling the people about the transformation programs without danging any carrots.
Bayangkanlah berapa billion habis kalau Najib terus beri untuk sekolah Cina, sekolah Tamil etc dan lain-lain peruntukan sehingga GE Mac depan.
Aiyoyo gerun.
Yang saya paling takut ialah rakyat memang in anticipation of the polls for quite some time.
Tapi bila tiba masanya, tak keluar mengundi kerana dah polls fatigue. Bila tiba masanya, the excitement is gone.
I feel Najib should have called for the polls selepas Bersih 3.0 kerana hari tu political career Anu-War mati.
There are several occasions which he could have conducted the polls and he could win big. But he did not. Why? Why? Why?
Yaeh matnya Najib? Koma nok ngat pilihanraya cepat selesai.

Anonymous said...

Bunyi macam dah putus harapan je bro...dengar cite nak bagi 3 bulan bonus pulak utk penjawat awam...hehehe bagi jgn tak bagi hok mana ada...kurang2 nanti org ingat juga jasa PM Najib tu...

Anonymous said...

tgh tunggu bonus pilihanraya...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...