Tuesday, July 10, 2012

Modus Operandi Blogger Assassin, Perketatkan Kawalan Keselamatan Najib!

'Blogger assassin' mahu guling kerajaan BN dengan cara kuno!

Kejadian blogger dan seorang wanita bertudung hitam dari PAS @ Pakatan Rakyat menggunakan pedang menyerang Jabatan Perdana Menteri, mengancam Pengawal dan Polis, merosakkan cermin kereta kakitangan JPM, menjerit takbir, mahu berjumpa DS Najib, mahu guling kerajaan dan mengelar diri Imam Mahadi adalah ciri-ciri 'blogger assassin' dalam peringkat on trial.

Definisi dan apa itu blogger assassin sila baca sini.

Ini memang modus operandi blogger assassin. WZWH percaya ada ramai lagi cell-cell 'blogger assassin' yang akan muncul.

Inilah akibat bila Pakatan Rakyat terutama PAS menanam kebencian melampau terhadap kerajaan. Bila ramai ulamak pseudo (palsu) dalam PAS dan kontemporari yang mengaku konon agamawan tapi sebenarnya sesat ilmu dan kefahaman Islamnya.

Masyarakat Malaysia terutama umat Islam Malaysia akan hancur dan porak peranda. Bila politik diagamakan sebagai alat untuk mempengaruhi rakyat bagi menduduki Putrajaya.

'Blogger assassin' adalah kaedah baru Pakatan Rakyat. Media baru juga seperti internet, blog, facebook dan Twitter diguna oleh assassin moden. Kalau dulu assassin pakar dalam ilmu membunuh dan meracun sasaran tokoh, hari ini assassin juga pakar dalam meracun pemikiran rakyat secara halus dan sistematik.

Apa yang WZWH mahu ialah perketatkan kawalan keselamatan DS Najib terutama bila berjumpa dengan orang ramai di majlis. 

Kita tahu DS Najib suka berjumpa rakyat jelata tetapi dalam perkembangan terbaru diharap pihak polis, bodyguard dan askar perlu bertambah peka dan berhati-hati berlipatkali ganda. 

Kita tidak akan tahu bila 'blogger assassin' akan ada muncul mungkin kali ini dengan senjata api pula! Bertambah lagi bila 'blogger assassin' ini tarik dadah dulu...sebelum melakukan pembunuhan politik.

WZWH masih ingat bagaimana pada Perasmian ECER di Kuantan pada tahun sebelum PRU 12 dulu, entah semena-mena seorang wanita boleh terlepas bersemuka dengan Tun Abdullah Bedawi PM ketika itu diatas pentas!

Pihak PDRM jangan pandang rendah dan enteng kemampuan dan potensi 'blogger assassin' ini.

Perketatkan keselamatan DS Najib PM Malaysia.

11 comments:

Quiet Despair said...

Haha Imam Mahadi belum muncul. Tapi Imam Mahadi ala Taliban Malaysia dah mengamuk dan ditembak mati.
Ya, Abang Zuri. Ini semua akibat politics blame and hate yang diajar oleh Anu-War dan rakan-rakanya.
Patutnya Imam sesat ini pergi mengamuk kat istana atau pejabat Nu-War. Barulah kena buku dengan ruas.
Ya dah muncul assassin rusuhan Bersih, bloggers dan segala bentuk mob yang nak menjatuhkan kerajaan. Juga untuk mengaibkan polis.
Bet you there will be calls for royal commission on why the police killed that mad imam.
Sebelum ini puak India dah berkelahi besar juga di pejabat PM.
Saya setuju keselamatan DS Najib diperketatkan. Kita tak rela dia didedahkan kepada bahaya termasuk being gunned down (Nauzubillah).
PM kita memang suka walk-aout to engage with the people. Patut polis dan pasukan keselamatan kita memikirkan best protection system for him agar beliau sentiasa selamat. InsyaAllah.

Anonymous said...

Ha ha ha..

Wan..nak membobok pun tenggok ler kiri kanan dulu..jangan aok meraban tak tentu hale...ha ha ha.

Aok ade bace blog dia..abih semua orang dia tulih..sampai wali songo, illuminity, Free Monson punye cerita dia merapu wehhhh..Ha ha ha.

QD..bukan semata-mata Politik blame and hate..tapi tekanan hidup pun boleh buat orang hilang akal gak..mamat tu penggangur ada anak..tentu banyak commitment yang dia tak boleh full fill..tu pasal dia mengamuk kat Putrajaya..atau mungkin beliau tak dapat BR1M kot, tu pasal mengamuk..ha ha ha.

Anonymous said...

HA HA HA WZWH DAH GILA BILA TUDUH PAS DAN PAKATAN RAKYAT TERLIBAT .MEMANG WZWH DAH GILA .GILA TAHAP MEROYAN .GILA TAHAP GABAN .WZWH AKAN TETAP GILA SELAGI TAK DAPAT JATUHKAN WAN AMIZAN DAN LANTIK DIRINYA SENDIRI SEBAGAI CALON ADUN TAHAN . SEMUA TULISAN-TULISAN WZWH SELAMA INI SEMUA TULISAN YANG NAK MENJATUHKAN WAN AMIZAN SECARA HALUS .CARA PENULISAN MACAM MENYOKONG TAPI SECARA HALUS IANYA BERTUJUAN NAK MENJATUHKAN WAN AMIZAN .MEMANG WZWH GILA TAHAP GABAN. ULTRAMAN PUN KALAU LAWAN RAKSASA TAK GILA TAHAP GABAN TAPI WZWH MEMANG GILA TAHAP GABAN . OPSSS SEMPENA BULAN RAMADHAN AKAN DATANG NI SAYA INGIN MEMINTA MAAF BANYAK-BANYAK JIKA TERKASAR BAHASA DENGAN WZWH . AMPUN MAAF DIPINTA .

Quiet Despair said...

Anon 3.06pm

Hahaha, mungkin betul tekaan you tu. Apasal Paati India yang kaya sebelah rumah sayapun dapat BR1M. dan dia tak dapat.
Yang bestnya Imam Mahadi and girl-friend masing-masing ada isteri dan suami.
Elok saja isteri dia datang claim mayat and said hubby was Imam Mahadi.
Yang suami samurai girl pun datang lawat kat hospital.
Hebat ya diaorang ni. Jealous I. Macam juga Uncle Seekers ya yang ada girl-friend muda yang cun.
Eh apa ilmu dema pakai? Koin yang baru kawin ni terliur pulak nak girl-friend Melayu!
Agaknya assassins (quoting Abang Wan) ini ada daya tarikan yang kita tak delah.
Hahaha.

Anonymous said...

Ha ha ha

QD..ilmu pikat memikat ..macam ahli politik juga..aok kena lembut gigi dari lidah ..ha ha ha.

QD..aok patut lawat Blog ni .. http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , very informative blog and he is pro Government ...ha ha ha.

Durian Gugur said...

wzwh,

agak2 la nak tulis tu...
jgn terus tuduh dari politik mana2. nanti silap fakta,jadi fitnah pula..."tengok gambar tu"org pas selalunya pakai kopiah dan bukannya tak pakai baju"

lawak wzwh ni..

cari isu lain la...

Quiet Despair said...

Before I forget, let's wish Happy 86th Birthday to Tun M. Semoga beliau terus melihat BN menang besar dan anaknya jadi MB Kedah.
Jom kita nyanyi Happy Birthday ramai-ramai dan potong kek. Boleh?

Anon 4.55pm

Hahaha kena belajar dari tokoh politik mana agaknya? Anu-War Ibrahim? Nanti dapat Mamat pulak. Toksai, tok emboh.
Kaeh memang baca Outsyed The Box. Tapi macam blog Rocky juga saya setuju dengan mereka. Jadi saya tak komen.
Saya suka provoke bloggers pro-PKR macam Sakmongkol, Aspan Alias dan Pirates Of PutraJaya yang dahpun mengaku kalah and close his blog.
Saya pergi blog WZ ni atas recommendation Pak Suck and dia orang sama negeri.
Hahaha tak sempat dia celebrate keruntuhan FGV shares. Tulah tak bak wish bad on others.

Unknown said...

salam, mohon pautkan blog sy saudara wzwh
http://revolusimindamelayu.blogspot.com/

Anonymous said...

Rest in Peace Pirates of Putrajaya and thank you for the wonderful bliss though short.See ya in another blog .Adios..

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum WZWH.

Sejak dari dulu lagi Perdana Menteri-Perdana Menteri kita mudah dirapati dan didekati oleh rakyat. Walaupun ketika zaman Komunis masih kuat dulu pun, PM-PM kita tak pernah dikelilingi oleh 'bubble of protection' yg amat besar seperti Presiden Amerika Syarikat. Presiden Amerika terlalu takut dirinya dibunuh sampaikan kalau dia nak melawat ke mana-mana negara, kereta rasmi dan segala macam bala tentera terpaksa diusung bersama naik kapal terbang 'Air Force One' itu. Kereta rasmi Presiden Amerika itu juga direka khas dengan pelbagai ciri2 keselamatan maha hebat sehinggakan ia jadi begitu berat, boleh mengelakkan letupan bom dan kelemahannya barangkali hanyalah ia tak boleh terbang. Secara perbandingan kereta PM Malaysia hanyalah sebuah kereta limosin Proton Perdana yg selalu saja rosak gearbox nya.

Tun Mahathir dulu pernah ada orang nak ugut tembak beliau semasa upacara pembukaan SUKOM 1998 sehinggakan Polis nasihat beliau supaya jangan naik kereta tak berbumbung mengelilingi stadium. Tapi beliau tak makan nasihat dan tetap juga nak pusing keliling stadium itu dan Alhamdulillah, beliau masih hidup sampai ke hari ini! Di Malaysia, Perdana Menteri rasa selamat dan aman utk pergi ke mana-mana saja tetapi sebaliknya Ketua Pembangkang yg ada rasa paranoia yg terlampau kuat hingga terpaksa lari ke Kedutaaan Turki!

Saya pernah hadir ke majlis berbuka puasa di rumah Dato Sri Najib pada hari merdeka tahun 2009 (waktu itu beliau masih tinggal di Sri Satria dan belum pindah ke Seri Perdana. Waktu nak masuk tak ada langsung 'screening' oleh polis atau sesiapa pun. Kami melangkah masuk rumah PM tanpa dengan bebas tanpa sebarang sekatan mahupun halangan. Waktu solat Tarawih, seorang sahabat saya duduk di tepi tangga ketika hendak menyarung stokin dan dia tak sedar bahawa Dato Najib berada betul2 di belakangnya. Dato Najib tak berkata apa2 dan dia hanya menunggu sahabat saya itu selesai menyarungkan stokin. Kami pula yg terpaksa memberi bermacam-macam isyarat kepadanya bahawa PM sedang berdiri di belakangnya dgn sabar menunggu dia pakai stokin! Tak ada pula bodyguard2 PM yg marah dgn kawan kami itu atau suruh dia pergi pakai stokin di tempat lain.

Demikianlah betapa di Malaysia ini sebenarnya suasana amat selamat dan sentosa. Orang2 di KL biasa berjumpa dgn Tun Mahathir di pasar ramadhan dan pasar raya tanpa dikerumuni oleh escort yg ramai.

Jadi kalau oleh sebab isu orang mengamuk depan JPM ini kita nak melatah tak tentu fasal, I think we are blowing this issue out of proportion. PM kita adalah pemimpin negara kita, pemimpin rakyat Malaysia. Keselamatan beliau patut dikawal rapi, tapi dalam masa sama janganlah sampai rakyat rasa takut dan malas nak mendekati beliau.

Wassalam.

Anonymous said...

He he
Kalau nak mati, Allah dah tentukan
cuma cuba Dan Cakaplah yang betul

Allah Maha Kaya

Janganlah berpolitik macam budak2
Atau ikut yahudi zionis

Tengok isu yang merosakkan negara
Isu pembunuhan
Isu jual maklumat kerajaan
Isu tender tipu
Dan banyak Isu lagi

Samaada Anuar Atau Najib
Sama saja jika merosakkan
Termasuklah yang banyak diluar sana

Kita mesti menentangnya

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...