Saturday, November 30, 2013

Tahniah Dato' Mohd Sharkar Shamsudin Dilantik MT UMNO Malaysia


Dato' Mohd Sharkar Shamsudin bersama Tuanku Sultan Pahang di Majlis Penutup Kembara DiRaja Pahang Hotel Zenith Kuantan pada malam 29 November 2013. Foto ihsan ARAR.

Tahniah WZWH ucapkan kepada YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin EXCO Pelancongan Pahang yang baru dilantik MT UMNO oleh DS Najib.

Dato' Sharkar adalah ADUN Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh.

Beliau sebelum ini pernah menjadi EXCO khusus Media Sosial dan sebagai pemimpin pioneer berjaya mengerakkan media sosial Pahang dan berperanan aktif bersama DS Najib bersama orang muda dalam aktiviti dan program media sosial di peringkat nasional.

Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas YB Dato' Mohd Sharkar Shamsudin diatas lantikan ahli MT UMNO. Pemain-pemain industri pelancongan di Pahang turut merasa bangga ~ you're on the right track Dato'.

Industri pelancongan negara menghasilkan pendapatan bernilai RM76 bilion. Pada 2012, Pahang berjaya mendapat hasil RM6.7 bilion dari produk-produk pelancongan Pahang.

Sebagai ahli MT , Dato' Sharkar boleh memberi input idea-idea dan kepimpinan beliau. Dari segi politik, beliau boleh memikirkan strategi-strategi menguatkan kembali UMNO dan BN di Pahang.

Semoga ini memberi motivasi kepada Dato' Sharkar untuk bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi.

Friday, November 29, 2013

Protokol Gelaran Dato' Pahang



Ada komen dari Jerantut dalam FB WZWH menyentuh protokol gelaran Dato' Pahang seperti berikut:

WZWH, sila terangkan dlm blog anda pasal penggunaan tittle Dato', sbb ramai org jerantut nk tahu tatacara penggunaan Dato', ni kang belum kalung dek Tuanku dah kembang dada berjalan. Anda je pandai menerangkan pasal ni, sbbnya ada sebilangan org jerantut ni nak pakai sgt ke pangkat Dato' tu tapi tak reti nk hormat raja. Gila bahasa belaka..


Ok WZWH akan terang protokol gelaran Dato' Pahang kepada orang Jerantut secara ringkas. 

Dalam kehidupan rakyat di Pahang, perkataan protokol mungkin baru tetapi amalan protokol telahpun dipakai sejak dahulu lagi. Jika susunan keutamaan yang menjadi takrif utama, maka hal ini sudah wujud. Bahasa istana atau bahasa diraja dan tertib menghadap raja dan pembesar adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya Melayu. Ringkasnya pada zaman kerajaan Melayu tradisi, protokol ini lebih banyak dilihat sebagai adat istiadat dan pantang larang istana.

Mula-mula kena kenalpasti panggilan Dato', Datuk, Datu, datuk-Apa bezanya?

Dato' adalah gelaran negeri-negeri yang berSultan dan Beraja.

Datuk adalah gelaran negeri-negeri yang tidak berSultan dan Beraja.

Datu adalah gelaran dari Kesultanan Sulu.

datuk adalah seorang lelaki yang mempunyai cucu atau cucu-cucu. Ada panggil Aki, Nenek, Tok, Mbah dsb.

WZWH faham apa yang dimaksud dengan komen itu ialah Dato' Pahang.

Apa bintang dan darjah kebesaran Pahang?

PAHANG DARUL MAKMUR
  1. Sri Sultan Ahmad Shah (S.S.A.P.)
    • Lelaki: Dato' Sri
    • Perempuan: Dato' Sri
    • Isteri: Datin
  2. Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
  3. Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin
  4. Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.)
    • Lelaki: Dato'
    • Perempuan: Dato'
    • Isteri: Datin

Di Jerantut majoriti 50 orang yang menerima gelaran Dato' adalah dari bintang dan darjah kebesaran DIMP.

Tidak ramai yang dapat DSAP, apa lagi SSAP.

Majoritinya juga belum mengadap Tuanku Sultan Pahang untuk dikalongkan.

Ini bererti majoriti dari mereka ini TIDAK BOLEH guna gelaran Dato' samada dalam bentuk apa-apa pangilan, tulisan, komunikasi dan media.

Adalah menjadi kesalahan dan tidak mengikut protokol jika mereka itu mengunakan title Dato' selagi belum mengadap Tuanku Sultan Pahang untuk dikalongkan di majlis istiadat.

Sebab ada kes bila kebiasaan orang Jerantut memanggil seseorang itu Dato' tetapi bila ada majlis di istana orang itu hanya dipanggil Encik sahaja kerana orang itu belum dikalongkan lagi.

Soal penerima gelaran ini berlagak dan kembang dada berjalan itu soal peribadi. WZWH tidak mahu ulas.

Tapi kalau soal tidak mahu hormat raja, gila bahasa belaka maka kalau betul dakwaan itu WZWH kira majoriti 50 orang yang masih belum dikalongkan itu alamatnya kena menunggulah....

Jangan mengharapkan buah yang tidak gugur...

Jangan pula menyangka WZWH akan membisikkan ke telinga Tuanku, " Ampun Tuanku....pajan aje (freeze) Dato'-Dato' Jerantut semua itu kerana tiada taat setia ke Bawah Duli Tuanku...

"Lebih teruk dari Sakai lagi Tuanku..."

Ha..Ha..Ha..Ha..Ha...ekekekekkekekekeke,,,,

Malaysia Perlu Patent Teknologi 'Pawang Buaya' Yang Terhebat Di Dunia

Pakar Zoology, pakar buaya mengaku bahawa Malaysia mempunyai teknologi "pawang buaya" yang hebat. Baik yang di Semenanjung dan juga di Sarawak.

Apakah teknologi "pawang buaya'? Saintis seluruh dunia tidak percaya jika anda kata pawang buaya guna black magic atau jin. Saintis berdasarkan sains.

Teknologi "pawang buaya" adalah gabungan science and art. Ada elemen psychology.

Di Thailand pawang buaya berlatih dengan buaya-buaya yang dibela sejak kecil dan dilatih.

Pawang buaya Malaysia boleh terjun ke dalam sungai mencari buaya-buaya liar yang membaham manusia.

Pawang buaya Malaysia boleh memanggil atau menyeru semua buaya tua atau muda, besar atau kecil timbul ke permukaan sungai menyerah diri jika bersalah menginaya manusia.

Jika buaya itu tidak timbul atas apa sebab buaya yang berdosa kerana membunuh dan memakan manusia akan berasa bersalah, menyesal dan sakit jiwa jika tidak menyerah.

Dan akhirnya buaya itu akan menyerahkan mayat manusia walaupun sebahagian tubuh kepada pawang buaya

Malaysia perlu patentkan teknologi "pawang buaya" yang terhebat di dunia.

Ilustrasi kehebatan pawang buaya Malaysia...























































Dengarkan lagu "Pawang Buaya" dari Suliana....

Thursday, November 28, 2013

Cari Berkah




Rakyat Biasa Pun Boleh Menyumbang Bekal Elektrik Kepada TNB: Household Power Plant!



















Ini contoh sebuah rumah memasang panel solar 12 KW memerlukan 48 kepingan panel solar yang setiap keping berukuran 1 M X 1.5 M.

Biasa akhir bulan setiap rumah dapat bil elektrik. Ada yang mengeluh tarif elektrik tinggi walau kerajaan beri subsidi.

Apa kata rakyat Malaysia berubah sikap yang seramai 28 juta lebih tepat setiap rumah jual elektrik kepada TNB.

Pemimpin selalu bertanya apa sumbangan setiap rakyat kepada negara. Rakyat pun boleh menyumbang. Maka WZWH menulis posting  rakyat biasa boleh menyumbang bekal elektrik kepada TNB.

Setiap rumah tidak perlu modal berbilion ringgit bina Hydroelektrik, IPP, loji nuklear dll. Setiap rumah tidak perlu beratus dan berpuluh juta ringgit untuk bina mini hidro.

Setiap rumah hanya perlu ratusan ribu dan puluhan ribu ringgit sahaja untuk bekal elektrik kepada TNB.

Rakyat pun mampu samada buat pinjaman, tabungan, secara koperasi untuk cari modal bekal elektrik kepada TNB.

Setiap rumah boleh beli panel solar yang boleh menghasilkan maksima 12 KW dan minima 4 KW.

Kos beli dan pasang panel solar pada bumbung rumah ialah lebih kurang seperti berikut:

1 KW = antara RM10,000 hingga RM12,000

Kalau 4 KW kosnya RM40,000 hingga RM48,000

Kalau 12 KW kosnya RM120,000 hingga RM144,000

Apa untungnya kepada rakyat?

Rakyat boleh bekalkan elektrik dari panel solar dari arus elektrik DC kepada AC terus kepada TNB.

Kontraknya antara setiap rumah dengan TNB selama 21 tahun.

Kalau panel solar 4 KW , rumah itu boleh menerima pendapatan RM700 sebulan

Kalau panel solar 12 KW, rumah itu boleh menerima pendapatan RM2000 sebulan

Dengan pendapatan sebanyak itu setiap rumah pula boleh kontra bayar bil elektrik dan ada baki lagi.

Dijangka tahun yang ke 7 sudah pulang modal maka masih ada lagi 14 tahun lagi setiap rumah masih menerima pendapatan setiap bulan.

Kalau setiap rumah di Malaysia berupaya (katakan 30% sahaja ) mungkin kata 8 juta rumah bayangkan berapa ribu MW tenaga elektrik boleh dibekalkan.

Panel solar dibuat di Malaysia-locally produced and manufactured. Industri pembuatan panel solar berkembang.

Bagaimana kerajaan boleh membantu mengurangkan harga panel solar?

Bagaimana rakyat boleh menyumbang bekalan elektrik kepada TNB dengan menjadi household power plant (HPP)?

Rakyat biasa boleh menyumbang bekal elektrik kepada TNB.

Hapuskan berbilion-bilion subsidi kepada IPP di masa akan datang.

Tidakkah kerajaan lebih jimat duit dan saving?

Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Tan Sri Abdul Ghafar banyak terlibat dengan program-program yang dikendalikan oleh bekas pelajar SEMSAS. Gambar WZWH bersama Tan Sri Abdul Ghafar ini sewaktu Program Homecoming 2012.

Bertempat di Dewan Al Khawarizmi SEMSAS malam semalam berlansung Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Seraut Kasih Secebis Kenangan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Kenapa Tan Sri Abdul Ghafar memilih undangan SEMSAS sebagai prioriti bagi mengadakan majlis untuk beliau? SEMSAS atau Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah begitu special dihati Tan Sri Abdul Ghafar yang dikenali oleh warga SEMSAS terutama dari alumni EXSAS, mantan pengetua, guru-guru, staf sokongan sebagai Cikgu Ghafar.

Cikgu Ghafar mula berkhidmat di SEMSAS sejak 1977 hingga 1984. Kemudian kembali sebagai Pengetua SEMSAS dari 1998 hingga 2001.  Beliau menjawat berbagai jawatan dalam KPM hinggalah sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Beliau dilahirkan di Pekan pada 8 Disember 1953. Berpendidikan BA Hons Pengajian Melayu UM, Diploma Pendidikan UM dan MA in Education University Of East Anglia Norwich England.

Tan Sri Abdul Ghafar bertanggungjawab menghasilkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Pada malam itu Tan Sri Abdul Ghafar ditemani isteri Puan Sri Zaiton banyak mengkisahkan kehidupan sebagai pendidik di SEMSAS dari guru cum warden cum guru disiplin cum guru kokurikukum dan Pengetua banyak membantu kareernya dipuncak sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Paling menarik bila ramai bekas pelajar-pelajar SEMSAS dari batch 1974 hingga 2013 hadir, termasuk mantan pengetua-pengetua, mantan guru-guru, mantan staf sokongan.

Berikut foto-foto yang sempat WZWH ambil...



















Ketibaan VVIP Tan Sri Abdul Ghafar dan Puan Sri Zaiton.



















Tan Sri Abdul Ghafar menikmati jamuan makan, kelihatan Datuk Wira Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.



















Konvo SEMSAS membuat persembahan beberapa lagu yang menarik.



















Bekas pelajar-pelajar SEMSAS dari batch 1974 hingga 2013 hadir.



















WZWH perhatikan batch 1982 paling ramai hadir. WZWH dari batch 1985.



















Seorang bekas guru SEMSAS mendeklami sajak menceritakan perjalanan hidup Tan Sri Abdul Ghafar.


















Persembahan multimedia antara segmen ialah pandangan dari Pengetua pertama SEMSAS iaitu Dato' Rahim Hamid tentang Tan Sri Abdul Ghafar.



















Puan Anuar 'Alawiyah Othman, Presiden EXSAS 2012-2014 dari batch 1986 yang boleh mengumpul bekas-bekas pelajar, guru, pengetua dan staf sokongan bagi majlis malam ini hanya dalam masa seminggu notis.


Tan Sri Abdul Ghafar berucap. Satu speech yang menyentuh hati WZWH tentang nostalgia dan kenangan dan cabaran serta komitmen Tan Sri Abdul Ghafar terhadap bidang pendidikan. Beliau adalah orang yang terlibat secara firsthand untuk menghasilkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025.



















Tan Sri Abdul Ghafar menerima berbagai cenderahati dari wakil batch pelajar-pelajar, bekas guru-guru, pengetua-pengetua dan staf sokongan.



















Tan Sri Abdul Ghafar memotong kek harijadi.



















Atas permintaan Tan Sri Abdul Ghafar, persembahan beberapa lagu oleh Cikgu Murat mantan guru muzik terkenal  SEMSAS pada era 1970an.



















Akhir sekali Tan Sri Abdul Ghafar menyanyikan sebuah lagu 'Rindu Bayangan'.



















Happy Retirement Tan Sri Abdul Ghafar. WZWH berharap Tan Sri Abdul Ghafar anak Pekan, anak Pahang tetap memberi sumbangan buah fikiran membangun dan menjayakan bidang pendidikan baik dari peringkat Pahang hinggalah peringkat nasional agar Malaysia boleh setanding dengan negara-negara maju dalam bidang pendidikan.

Tuesday, November 26, 2013

Bajet Palsu : Sidang DUN Pahang Mendisiplinkan ADUN Semambu Gantung 2 Persidangan

Disiplin bukan sahaja di sekolah. Disiplin bukan sahaja di pejabat. Disiplin bukan saja di mesyuarat parti. Ahli politik baik ADUN atau ahli parlimen pun perlu didisiplin bila melanggar peraturan. 

Civilisation dan etika dibina atas prinsip disiplin. Politik pun ada disiplin.

Posting ini mengenai detik-detik sejarah dalam Sidang DUN Pahang yang selama ini tidak pernah seorang ADUN digantung dari mesyuarat kerana menghina Dewan Yang Mulia.

ADUN Semambu PKR Lee Chean Chung memecah rekod itu. ADUN muda berumur 33 tahun terlepas cakap bak kata pepatah telajak perahu boleh ditarik, terlepas cakap badan binasa.

ADUN Semambu mendakwa Bajet 2014 Pahang adalah bajet palsu kerana mengambilkira janji manis RM100 juta royalti minyak @ wang ihsan dari DS Najib sebagai hasil yang menjadikan surplus bajet.

Walau diminta menarik balik pernyataan bajet palsu ADUN Semambu tetap berkeras dan tetap mendendangkan bajet palsu.

DSD Adnan Yaakob mengusulkan tindakan tatatertib, selepas mengundi keputusan gantung 2 persidangan pada tahun depan. Ini hard lesson bagi ADUN Semambu.

Final analisis, ADUN Semambu steal the show menjadi popular bila majoriti ADUN bercakap mengenai beliau, menjadi berita sensasi media massa dan media sosial lantas memecah rekod Pahang.

Lee Chean Chung ADUN Semambu PKR mengatasi populariti Leong Ngah Ngah DAP Tanah Rata sebagai tokoh baru pemimpin pembangkang Pahang.



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang mengulung ucapan tepat 12 tengahari. Selama beliau menjadi ADUN sejak 1986, EXCO sejak 1990, dan MB Pahang sejak 1999 hingga kini beliau menganggap semua ADUN tidak kira kerajaan atau pembangkang adalah sedara dan sahabat. Beliau terpaksa mengambil tindakan tegas bagi mendisiplinkan ADUN yang melanggar peraturan mesyuarat.



















MB Pahang mahu ADUN Semambu tarik balik kenyataan Bajet 2014 palsu. Ini menghina Dewan Yang Mulia, menghina kerajaan, memberi perspektif buruk dan negatif rakyat Pahang bahawa kerajaan Pahang dibawah kepimpinan DSD Adnan Yaakob menipu...



















ADUN Semambu menukar term bajet palsu kepada bajet kosmetik. Bajet surplus disebabkan kemasukan peruntukan RM100 juta wang royalti minyak.




















MB Pahang menjelaskan hasil ada bermacam-macam termasuk peruntukan RM100 juta yang dijanjikan kepada Pahang pada 2014 kerana royalti @ wang ihsan. Jangan pembangkang menyerang kerajaan kepada isu bajet deficit atau bajet surplus.

Pembangkang sepatutnya bertanya adakah peruntukan bajet dibelanjakan sepenuhnya. Pembangkang sepatutnya menyoal samada peruntukan dikawasan masing-masing adakah mengikut perancangan bajet. Kalau tidak dibuat baru betul kata kerajaan sabotaj bajet.


Speaker mahu kepastian dari ADUN Semambu mahu tarik balik atau tidak kenyataan bajet palsu: YA atau TIDAK?

ADUN Semambu bertegas tidak mahu menarik balik kenyataan.

MB Pahang mengusulkan kepada Dewan Usul tindakan tatatertib menghina Dewan Yang Mulia, menghina kerajaan ke atas ADUN Semambu. Semua ADUN sedang study kertas usul tersebut. Selepas pengundian dilakukan secara terbuka bangun berdiri jika menyokong.

Yang tidak bersetuju 12 ADUN pembangkang.

Yang bersetuju 29 ADUN Kerajaan tidak termasuk seorang ADUN kerajaan tidak hadir. Keputusannya 29-12 maka Speaker mengumumkan gantung ADUN Semambu dari menghadiri Sidang DUN tahun depan sebanyak 2 kali persidangan @ 2 sittings.

12 ADUN pembangkang mengosongkan kerusi keluar Dewan Yang Mulia akibat tindakan tidak civil, tidak beretika, tidak matang, tidak bertanggung jawab menghina Dewan Yang Mulia DUN Pahang oleh ADUN Semambu. 

Sewaktu makan selepas Sidang DUN Pahang ditangguhkan, hanya tinggal ADUN pembangkang dari ADUN Ketari DAP dan ADUN Sabai DAP menemani DSD Adnan Yaakob MB Pahang. Nampaknya kedua ADUN DAP dari Bentong ini masih sayang MB dari tempat mereka!

Ayoyo Dato' tadi nampak emosi...

Mana ada emosi itu bukan emosi hanya 10% sahaja...saya mahu ajar disiplin dan mendidik ADUN Semambu...

Monday, November 25, 2013

Pengukuran Hidrogen Cyanide Tidak Membahayakan Rakyat Pahang Berdekatan Lombong Emas



















Demonstrasi semasa waktu rehat Sidang Dewan DUN Pahang disaksikan oleh DSD Adnan Yaakob MB Pahang, Ketua Pengarah Alam Sekitar Pahang, Saintis DOSH, dan ADUN-ADUN BN serta pembangkang.


Paras ukuran hidrogen cyanide di lombong emas RAGM Bukit Koman Raub dari bulan Januari hingga September tahun ini secara purata 0.5 ppm.

Demonstrasi menunjukkan kandungan hidrogen cyanide yang diukur di halaman Wisma Sri Pahang adalah sama dengan sample yang diambil dari Bukit Koman.

DOSH meletakkan paras 4.7 ppm merbahaya kepada kesihatan manusia.

Sebelum ini pembangkang membuat dakwaan liar bahawa penggunaan hidrogen cyanide di lombong emas Bukit Koman telah menyebabkan sakit kulit kepada penduduk berhampiran.

Pembangkang telah mengadakan himpunan hijau di Raub dan KL mendakwa kesihatan rakyat terjejas.

Sama juga dengan kes kilang Lynas, rare earth tidak bahaya seperti yang dinyatakan oleh Che Rosli Che Husin Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang kepada WZWH tetapi pembangkang tetap mahu memutar belit fakta dan banyak kali melakukan demostrasi himpunan hijau.

Pakar-pakar dari AEIA dan UN kata operasi kilang Lynas tidak membahayakan kesihatan penduduk sekitar.

Di Pahang isu kilang Lynas dan hidrogen cyanide membuktikan pembangkang hanya mahu rakyat marah kepada kerajaan BN Pahang dengan motif mahu meraih undi pada PRU 13 dan hasilnya 12 DUN dan 4 parlimen dimenangi oleh pembangkang.

Pengukuran paras hidrogen cyanide tidak membahayakan rakyat Pahang berdekatan lombong emas.

Dato' Abu Bakar Harun EXCO Hal Ehwal Felda Melayan Rombongan SMK Gelanggi 2 Di Sidang Dewan DUN Pahang



















YB Dato' Abu Bakar Harun EXCO Pahang Hal Ehwal Peneroka merangkap ADUN Chini berganbar bersama rombongan pelajar SMK Gelanggi 2 di Sidang Dewan DUN Pahang. Turut bersama YB Dato' Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar dan Cikgu Asrul Hamid Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut sebagai guru pengiring.

YB Dato' Abu Bakar berkesempatan melayan rombongan pelajar dari Felda Gelanggi 2 dalam DUN Pulau Tawar. Beliau juga bermurah hati memberi sedikit peruntukan kepada rombongan.

ADUN Pulau Tawar dan Cikgu Asrul berbesar hati dengan layanan baik EXCO Felda ini.

Dalam keterujaan DS Najib mengalakkan belia-belia menyertai Program Parlimen Belia Malaysia pada tahun depan, sudah sewajarnya anak-anak peneroka Felda Gelanggi 2 diberi pendedahan perjalanan pentadbiran politik negeri.

Diharap anak-anak peneroka ini menjadi pemimpin negeri dan negara dimasa depan.

Sunday, November 24, 2013

Dangdut PAS For ALL....Amin...Amin...Amin...Masuk Syurga!

Meraih Syurga Muktamar PAS 2014!..



Kalau Muktamar PAS 2013 di Shah Alam ada konsert heavy metal sila klik sini.

Elok kalau Muktamar PAS 2014 adakan konsert nasyid dangdut pula...baru ok berdakwah cara moden PAS For All...

WoW! Muktamar PAS 2013 Konsert Heavy Metal...Muktamar PAS 2014 Show Dangdut Banyuwangi Suliana Pulak!



Bersempena dengan Muktamar PAS 2013, Karnival PAS for ALL telah menyajikan hidangan Konsert METAL. Kalau dahulunya orang PAS sanggup membantah malah mengharamkan hiburan, tetapi PAS kini sudah berubah 180 darjah.

WoW! Muktamar PAS 2013 konsert heavy metal....WZWH minta Abang Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih mempertahankan jawatan...tahun depan Muktamar PAS 2014 buat show dangdut Banyuwangi Suliana pulak ...pasti WZWH hadir...

Saturday, November 23, 2013

Freddie Aguilar Penyanyi Popular Lagu Anak Peluk Islam Dan Selamat Nikah Semalam.



Lagu klasik Filipina -anak yang menjadi lagu hits dan popular diseluruh dunia.

Buluan, Maguindanao-Penyanyi ikon Filipina Freddie Aguilar memeluk agama Islam dan selamat bernikah dengan pasangannya Jovie Gatdula Albao semalam.

Aguilar sudah berminat dengan Islam sejak tahun 2011 sebelum beliau bertemu dengan Albao.

JOVIE Gatdula and Freddie Aguilar

Selamat pengantin baru Freddie Aguilar dan menjadi saudara baru Islam yang soleh...

Betul Dah Keputusan Kabinet Membenarkan Trip Rosmah Mansor Ke Qatar Itu...Apa Rasional?



DS Rosmah dan delegasi mengadap Emir Qatar.

Pembangkang bising dan kritik trip DS Rosmah Mansor ke Qatar atas jemputan Kerajaan Qatar menghadiri Qatar International Business Women Forum in Doha minggu lepas guna jet kerajaan.

Media Sosial yang pro pembangkang atau yang pro BN tapi tidak suka DS Najib menulis:

Blog Din Merican menulis Rosmah and her Excess: Who's to Blame?
The Malaysian Insider menulis Suami Itu Jeneral, Isteri Itu Major
Blog A Kadir Jasin menulis  YB Shahidan, Siapa Labur Siapa Lebur?

Ini adalah siri penulisan dan kempen untuk membangkitkan rasa marah dan benci rakyat kepada DS Najib....mudah untuk difahami sebab DS Rosmah adalah isteri DS Najib!

Betul dah keputusan kabinet membenarkan Trip DS Rosmah Mansor ke Qatar itu.

Apa rasional?

  • Rosmah's trip to Qatar was in her capacity as the wife of the PM DS Najib Razak.
  • Rosmah was not there representing the government but was there in the interest of the government. This justifies the usage of the jet.
  • They had used the proper channels to request for the jet. Their request was forwarded to the Foreign Affairs Ministry. The ministry then brought the matter to the Cabinet for approval.
  • It was approved by the Cabinet.
  • The jet can be used by any VIP upon approval by the Cabinet.
  • Rosmah was invited because she is the wife of the prime minister.
  • Rosmah was not only there to give a keynote address at the forum but they also gave her an award.
  • Rosmah was in Doha last week to deliver a keynote address at the 4th Qatar International Business Women Forum organised by the Qatari Businesswomen Association and the Interactive Business Network.
  • Rosmah's delegation comprised senior government officials, the media and representatives from non-governmental organisations.
  • Malaysians should be proud that Rosmah was given such recognition by the Qatar government, as not all the wives of leaders in the region were given such an honour.
  • Through the invitation, Rosmah had upheld the good name of Malaysia.

Menjelaskan lagi dengan lebih mudah....Negara Arab terutama Qatar, UAE, Arab Saudi adalah negara Arab yang kaya raya. Mereka kaya dengan rezab petroleum dan gas asli yang beratus-ratus tahun lagi tidak akan kering. Mereka juga selalu menganggap Malaysia adalah negara kaya dan maju lagi cerdik menjadi contoh negara Islam.

Untuk Malaysia berdamping dengan negara-negara Arab yang kaya raya ini maka sesuai seperti apa yang dikomen oleh rakan sahabat WZWH...

Semasa saya di Dubai, saya ada makan tengahari di kedai Pakistan dekat Gold Soak. Tak nampak seorang pun Pak Arab makan dekat situ. Tapi, apabila saya pergi ke Dubai Mall, rupanya, penuh dengan Pak Arab sedang makan dan minum dekat Starbucks Café. Dalam hati sayalah, Pak Arab memang menitik beratkan status mereka.

Ini baru Dubai UAE, belum lagi Qatar. Sebabnya, kalau Arab Saudi terletak ditengah-tengah telaga minyak, Qatar pula terletak di tengah-tengah telaga gas asli. Masa saya berborak dgn staff duta kita di Qatar, beliau berkata reserve telaga gas asli mereka dari 160 hingga 300 tahun lagi baru habis. Bayangkanlah betapa kayanya Qatar.

Jadinya, untuk berniaga dengan Pak Arab ni, status memang kena jaga. Maka sesuailah Datin Seri Rosmah pergi ke sana menaiki kapalterbang Malaysia mewakili Malaysia ke persidangan saudagar-saudagar kaya di Qatar atas jemputan mereka. Apa yang salahnya? 

Yang salahnya ialah, kalau beliau pergi naik “Commercial flight”, buat malu Malaysia je. Status negara kenalah jaga terutamanya kalau nak menarik pelabur asing. Kita kenalah “study” dulu siapa “client” kita kalau “business” nak maju. Masih ingat pepatah Melayu; “masuk kandang kambing, mengembik; masuk kandang harimau, mengaum”.

Akhir kata, maaf cakaplah, agak-agaknya, kenapa tiada pelabur Arab melabur di Kelantan dah lebih 2 dekad, yang katanya negeri serambi Mekah?

Goyang Bunga Suliana...




Friday, November 22, 2013

Memang Patut Elaun ADUN-ADUN Pahang Dipertimbang kenaikan....



















ADUN Semantan PAS menceritakan panjang lebar kesusahan tidak mendapat peruntukan sekurangnya RM40,000 setahun bagi memenuhi tanggungawab sebagai ADUN. Lebih kurang RM3000 lebih sebulan. Itu sudah cukup baik.

ADUN Tras DAP juga menyebut perkara yang sama. Dua ADUN Pembangkang ini antara ADUN-ADUN Pembangkang yang senior.

Ada 12 ADUN Pembangkang semuanya kecuali ADUN Tanah Rata DAP 6 penggal yang lain-lain baru sepenggal.

Bila ADUN Tras DAP dalam ucapan bahas menyatakan elaun ADUN-ADUN Pahang perlu kenaikan maka tiada sambutan dari ADUN-ADUN BN sehingga ADUN Tras mahu semua ADUN-ADUN Pahang menepuk meja barulah dengar riuh Dewan Undangan Negeri Pahang.

Dalam keadaan ekonomi yang normal dengan kenaikan barang dan perkhidmatan serta cost of living yang semakin meningkat memang patut elaun ADUN-ADUN Pahang dipertimbang kenaikan.

Majoriti ADUN-ADUN BN Pahang semuanya segan untuk bercakap minta kenaikan elaun...dan tiada yang berani pun. Memang begitu ADUN-ADUN Pahang begitu baik dan jujur tidak berani minta hak mereka.

Bukan untuk meminta kenaikan seperti kenaikan elaun ADUN-ADUN Sarawak tapi cukup untuk adjust dengan sara hidup keadaan ekonomi semasa.

Tidak dinafikan jika ADUN-ADUN Pahang menghadapi masalah kewangan maka kepada MB Pahang lah mereka minta ihsan.

Peruntukan 100 juta royalti minyak @ wang ihsan untuk Pahang itu sudah diambil kira dalam bajet. Walau ADUN Semambu PKR mengatakan peruntukan itu menghasilkan surplus bajet yang palsu namun itulah janji DS Najib kepada Pahang pada 2014.

Rakyat pun mahu lihat wajah ADUN-ADUN Pahang yang ceria...jika ada peruntukan khas atau dipertimbangkan kenaikan elaun untuk mereka maka itu wajar.

Jika ADUN-ADUN Pahang tidak bersuara hak mereka....bagaimana mungkin MB Pahang dan DS Najib tahu mendengar!

Jika ADUN-ADUN Pembangkang Pahang sudah mula merintih....apa lagi ADUN-ADUN BN Pahang yang hanya menyimpan dalam hati tanpa bersuara...

Lau Lee ADUN Damak Mahu Kerajaan Luluskan Segera Peruntukan Masjid Baru Ulu Cheka



















Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, YB Dato' Lau Lee ADUN Damak memberi ucapan membahas Bajet 2014 Pahang.

WZWH mahu highlight dalam ucapan membahas Bajet 2014 Pahang, ADUN Damak ada meminta kerajaan meluluskan dengan segera peruntukan Masjid Baru Kg Ulu Cheka.

Dato' Lau Lee menyatakan peruntukan itu telah dicadang dalam RMK ke 9 namun sehingga kini tiada tindakan susulan.

Beliau menambah bahawa Pusat Daerah Mengundi (PDM)  Ulu Cheka yang mempunyai 7 kampung besar. Penduduk Mukim Ulu Cheka hampir 7319 orang adalah penyumbang besar kemenangan calon BN-MCA Damak. Terdapat 6233 orang Melayu dan Bumiputera di Ulu Cheka.


Sewajarnya kerajaan menimbang cadangan membina masjid baru Ulu Cheka kerana jika tidak sokongan pengundi di PDM Ulu Cheka yang majoriti menyokong BN membuatkan Dato' Lau Lee menang 5 penggal PRU.

Kos awal projek masjid baru ini ialah RM1.5 juta dengan kos yang meningkat maka projek ini boleh bernilai RM1.8 juta.

Foto ihsan dari Blog AUC

Masjid Kampung Ulu Cheka yang digunakan sekarang perlu dibuat baru memandangkan pertambahan penduduk yang semakin ramai. Masjid ini diasaskan oleh Pawang Nong seorang tokoh terkenal masyarakat tempatan.

WZWH berharap Tn Hj Nazlan Idris ahli parlimen Jerantut perlu mengambil tindakan susulan bagi mendapatkan kelulusan peruntukan  membina masjid baru Kampung Ulu Cheka.

Wednesday, November 20, 2013

Ucapan ADUN Tahan Membahas Bajet 2014 Pahang



















ADUN Tahan sedang berucap membahas Bajet 2014 Pahang di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bermula pada 18-27 November 2013.

Ringkasan Bajet 2014 Pahang 

Kerajaan Pahang membentangkan Bajet 2014 dengan lebihan kira-kira RM2.19 juta, membolehkan lebih banyak program pembangunan untuk rakyat dilaksanakan sepanjang tahun depan. Sila klik teks ucapan penuh MB Pahang membentang Bajet 2014 Pahang.

DSD Adnan Yaakob, MB Pahang berkata lebihan itu diperoleh menerusi anggaran kutipan hasil berjumlah RM811 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus serta pelaksanaan pembangunan RM808 juta, kali ke-11 bajet negeri menunjukkan lebihan yang membuktikan perbelanjaan negeri diuruskan dengan berhemah dan sistematik.

Ucapan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan Membahas Bajet 2014 Pahang

Ucapan ADUN Tahan menarik minat Sidang Dewan mendengar beliau membahas Bajet 2014 Pahang.

ADUN Tanah Rata YB Leong Ngah Ngah DAP mencelah lebih 4 kali kerana ucapan ADUN Tahan banyak menyentuh isu Cameron Highlands.

Permulaan ucapan ADUN Tahan banyak berterimakasih dan memuji DSD Adnan Yaakob, jabatan-jabatan kerajaan, dan kerajaan Negeri Pahang kerana membentang Bajet 2014 Pahang yang terbaik setakat ini dengan mengikut standard disiplin perakaunan yang tinggi.

ADUN Tahan menempelak pembangkang yang mengatakan bahawa Bajet 2014 Pahang adalah palsu. Satu tuduhan pada pandangan ADUN Tahan untuk menimbulkan persepsi tidak baik prejudis rakyat kepada kerajaan Pahang dibawah kepimpinan DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

ADUN Tahan menyentuh isu pengunaan tanah tanpa kawalan di Cameron Highlands yang merosakkan alam sekitar. Cameron Highlands tempat tarikan pelancong dengan kualiti iklim yang sesuai dengan kegiatan pertanian-tanaman bunga-bunga dan sayur-sayuran berkualiti tinggi untuk eksport dan membekalkan lebih 50% bekalan sayur-sayuran negara.

Penggunaan tanah yang berleluasa tanpa kawalan perlu dibendung dengan mencadangkan satu Jawatankuasa memantau penggunaan tanah dan kegiatan tanpa kawalan. Kaedah teknologi tinggi tanaman bunga-bunga dan sayur-sayuran diperkenal dengan kapasiti tanah yang minima tetapi boleh menghasilkan produktiviti dan yield yang tinggi.

Pekebun-pekebun sayur di rizab sungai-sungai Cameron Highlands perlu dibenteras dan dikuatkuasakan undang-undang. Aktiviti pekebun-pekebun haram ini boleh mencemarkan alam sekitar. Walau ADUN Tanah Rata mencelah mahu mempertahankan pekebun-pekebun haram ini kerana alasan kemanusiaan.

ADUN Tahan mahu kepesatan dan kepadatan aktiviti-aktiviti tanaman bunga-bunga dan sayur-sayuran dipindahkan ke tempat tanah-tanah tinggi yang lain dengan lebih sistematik dan terurus. ADUN Tanah Rata mencelah lagi bahawa majoriti pekebun-pekebun di Cameron Highlands ini datang dari negeri Perak.

Kenapa kerajaan negeri Pahang ini perlu melayan karenah "kemanusiaan" pekebun-pekebun dari negeri Perak yang mencemar tanah dan alam sekitar ini yang bukan anak jati negeri Pahang?

Lain-lain tanah-tanah tinggi ialah Gunung Benom, Frazer Hill, dll yang perlu diolah dalam bentuk pengurusan yang lebih baik bagi menarik pelancong-pelancong datang mengunjung.

Bercakap mengenai pembangunan DUN Tahan, antaranya secara ringkas ialah:

  • Cadangan penubuhan Perbadanan Kemajuan Kuala Tahan bagi menarik lebih ramai pelancong  asing mengujungi Taman Negara termasuk pembangunan semula Kuala Tahan secara lebih tersusun, guna tanah yang lebih terancang dengan pembinaan infrastruktur, kemudahan, bangunan-bangunan hotel dan perniagaan, penempatan, pembangunan swasta yang moden. Antaranya rainforest golf course bertaraf dunia, cable car mengelilingi Sungai Tembeling dan kaki Gunung Tahan.
  • Perbadanan Kemajuan Kuala Tahan ini dibantu oleh ECER bagi menjayakannya.
  • ADUN Tahan merakamkan jutaan terimakasih bagi peruntukan RM400 juta fasa ke dua Projek Jalan Ulu Tembeling. Sebelum itu Projek Fasa 1 bernilai RM121 juta sedang dalam perlaksanaan.
  • Projek Agropolitan Kg Bantal bernilai RM170 juta.
  • Projek Kaviar ikan Sturgeon Kuala Tahan RM150 juta.
  • ADUN Tahan menyokong penuh Bajet 2014 Pahang yang mensejahterakan rakyat Pahang dan ini bukti BN mengotakan manisfestonya bukan seperti manisfesto palsu Pakatan Rakyat.



















Suasana santai dan ceria ADUN Tahan bersama YB Dr Ahmad Shukri rakan ADUN Pulau Tawar. ADUN Pulau Tawar memuji ucapan ADUN Tahan membahaskan Bajet 2014 Pahang.

Walaupun dalam pertandingan UMNO Oktober lalu kedua ADUN ini berlawan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang dimenangi oleh ADUN Tahan namun hubungan mereka berdua tetap mesra dan erat. Kini ADUN Pulau Tawar dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut oleh Tn Hj Nazlan Idris Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang baru.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...