Wednesday, November 20, 2013

Ucapan ADUN Tahan Membahas Bajet 2014 Pahang



















ADUN Tahan sedang berucap membahas Bajet 2014 Pahang di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bermula pada 18-27 November 2013.

Ringkasan Bajet 2014 Pahang 

Kerajaan Pahang membentangkan Bajet 2014 dengan lebihan kira-kira RM2.19 juta, membolehkan lebih banyak program pembangunan untuk rakyat dilaksanakan sepanjang tahun depan. Sila klik teks ucapan penuh MB Pahang membentang Bajet 2014 Pahang.

DSD Adnan Yaakob, MB Pahang berkata lebihan itu diperoleh menerusi anggaran kutipan hasil berjumlah RM811 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus serta pelaksanaan pembangunan RM808 juta, kali ke-11 bajet negeri menunjukkan lebihan yang membuktikan perbelanjaan negeri diuruskan dengan berhemah dan sistematik.

Ucapan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan Membahas Bajet 2014 Pahang

Ucapan ADUN Tahan menarik minat Sidang Dewan mendengar beliau membahas Bajet 2014 Pahang.

ADUN Tanah Rata YB Leong Ngah Ngah DAP mencelah lebih 4 kali kerana ucapan ADUN Tahan banyak menyentuh isu Cameron Highlands.

Permulaan ucapan ADUN Tahan banyak berterimakasih dan memuji DSD Adnan Yaakob, jabatan-jabatan kerajaan, dan kerajaan Negeri Pahang kerana membentang Bajet 2014 Pahang yang terbaik setakat ini dengan mengikut standard disiplin perakaunan yang tinggi.

ADUN Tahan menempelak pembangkang yang mengatakan bahawa Bajet 2014 Pahang adalah palsu. Satu tuduhan pada pandangan ADUN Tahan untuk menimbulkan persepsi tidak baik prejudis rakyat kepada kerajaan Pahang dibawah kepimpinan DSD Adnan Yaakob MB Pahang.

ADUN Tahan menyentuh isu pengunaan tanah tanpa kawalan di Cameron Highlands yang merosakkan alam sekitar. Cameron Highlands tempat tarikan pelancong dengan kualiti iklim yang sesuai dengan kegiatan pertanian-tanaman bunga-bunga dan sayur-sayuran berkualiti tinggi untuk eksport dan membekalkan lebih 50% bekalan sayur-sayuran negara.

Penggunaan tanah yang berleluasa tanpa kawalan perlu dibendung dengan mencadangkan satu Jawatankuasa memantau penggunaan tanah dan kegiatan tanpa kawalan. Kaedah teknologi tinggi tanaman bunga-bunga dan sayur-sayuran diperkenal dengan kapasiti tanah yang minima tetapi boleh menghasilkan produktiviti dan yield yang tinggi.

Pekebun-pekebun sayur di rizab sungai-sungai Cameron Highlands perlu dibenteras dan dikuatkuasakan undang-undang. Aktiviti pekebun-pekebun haram ini boleh mencemarkan alam sekitar. Walau ADUN Tanah Rata mencelah mahu mempertahankan pekebun-pekebun haram ini kerana alasan kemanusiaan.

ADUN Tahan mahu kepesatan dan kepadatan aktiviti-aktiviti tanaman bunga-bunga dan sayur-sayuran dipindahkan ke tempat tanah-tanah tinggi yang lain dengan lebih sistematik dan terurus. ADUN Tanah Rata mencelah lagi bahawa majoriti pekebun-pekebun di Cameron Highlands ini datang dari negeri Perak.

Kenapa kerajaan negeri Pahang ini perlu melayan karenah "kemanusiaan" pekebun-pekebun dari negeri Perak yang mencemar tanah dan alam sekitar ini yang bukan anak jati negeri Pahang?

Lain-lain tanah-tanah tinggi ialah Gunung Benom, Frazer Hill, dll yang perlu diolah dalam bentuk pengurusan yang lebih baik bagi menarik pelancong-pelancong datang mengunjung.

Bercakap mengenai pembangunan DUN Tahan, antaranya secara ringkas ialah:

  • Cadangan penubuhan Perbadanan Kemajuan Kuala Tahan bagi menarik lebih ramai pelancong  asing mengujungi Taman Negara termasuk pembangunan semula Kuala Tahan secara lebih tersusun, guna tanah yang lebih terancang dengan pembinaan infrastruktur, kemudahan, bangunan-bangunan hotel dan perniagaan, penempatan, pembangunan swasta yang moden. Antaranya rainforest golf course bertaraf dunia, cable car mengelilingi Sungai Tembeling dan kaki Gunung Tahan.
  • Perbadanan Kemajuan Kuala Tahan ini dibantu oleh ECER bagi menjayakannya.
  • ADUN Tahan merakamkan jutaan terimakasih bagi peruntukan RM400 juta fasa ke dua Projek Jalan Ulu Tembeling. Sebelum itu Projek Fasa 1 bernilai RM121 juta sedang dalam perlaksanaan.
  • Projek Agropolitan Kg Bantal bernilai RM170 juta.
  • Projek Kaviar ikan Sturgeon Kuala Tahan RM150 juta.
  • ADUN Tahan menyokong penuh Bajet 2014 Pahang yang mensejahterakan rakyat Pahang dan ini bukti BN mengotakan manisfestonya bukan seperti manisfesto palsu Pakatan Rakyat.



















Suasana santai dan ceria ADUN Tahan bersama YB Dr Ahmad Shukri rakan ADUN Pulau Tawar. ADUN Pulau Tawar memuji ucapan ADUN Tahan membahaskan Bajet 2014 Pahang.

Walaupun dalam pertandingan UMNO Oktober lalu kedua ADUN ini berlawan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang dimenangi oleh ADUN Tahan namun hubungan mereka berdua tetap mesra dan erat. Kini ADUN Pulau Tawar dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut oleh Tn Hj Nazlan Idris Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang baru.

10 comments:

Anonymous said...

Baguslah, mcm2 pembangunan kat Jerantut sekarang, tak macam di Temerloh, betul2 di anaktirikan.. Rasanya makin besar kalah BN di Tloh pada PRU14 kalau berterusan tidak menjaga kebajikan rakyat dan pembangunan terus diabaikan.

Anonymous said...

Kalau bab berckp bagi larrr ker Dompok,,tp kebanyakan tin kosong,,,,semue jlan berharga 400m tuuu syarikat die punye,,,ader kawasan spai 3x jual,,,mengampu no 1 pandai,,,skrg pun jrg dah ader dkawasan,dengor cite jlan kerr sungai lembing dahh dpat ker compny die,,,org dun tahan jerr yg xpandai menenilai,,dpst 300,,400,,500,,tp dompok dpat spai bilion2 jumlah projekk,,,konon utk kemajuan,,tp pada hakikat nyerr utk poket diri sendiri,,,dunia2,,,,

Anonymous said...

Anon 7:20 PM, mu tak bijak lah. Jikalau mu bijak mu dah dapat projek itu. Kenapa mu asik gentel buah mu saja dan tak habis habis duduk di warong tu, melihat bintang di langit. Harapkan bintang dan bulan jatuh ke riba mu (tak jatuh lah) sambil biyarkan air liur mu jatuh meleleh. Dunia2, mu dalam dunia mu kot!

Mu pandai, mu boleh buat kira kira milion milion dan bilion bilion, tapi angka milion-bilion mu itu duit rupia ke?, duit dollar US ke? duit rupee ke? 
Tentu lah buat projek misti ada untung dan rugi. Kalau untung misti lah masuk poket sendiri. Takan nak masuk poket mu pulak! 

Anonymous said...

Bersandarkan kutipan hasil yang dijangkakan RM811 juta berbanding "belanja mengurus dan pembangunan yang dijangkakan RM808.81 juta; Bajet Negeri 2014 dijangka sekali lagi merupakan bajet ‘surplus’ atau lebihan, dengan kira-kira RM2.19 juta".

Sebahagianya peruntukan dari lebihan itu akan digunakan untuk projek beli gegala untuk menampal perahu yang banyak "pesok" di alur Tembeling..

usin gampang said...

ramai yang bodoh buat komen ikut emosi.nak komen ikut fakta ekonomi tak mampu.jadi kalau tak mampu nak komen ikut fakta lebih baik duduk diam daripada mengata orang.sedangkan diri sendiri jadi bangsat seumur hidup!

Anonymous said...

kah kah kah macam usin anak "mudah"... jer

usin malaun said...

aku ingat usin gampang dah gi tanjung rambutan atau tampoi.hidup lg rupanya ingat dah mampos.sebenarnya awak tu yang bangang.orang yang memberi komen berpaksikan fakta bukan mcm awak berfikir pakai kepala lutut yang penuh kurap.kenyataannya kerajaan negeri pahang tiada berduit sebab kepimpinan dari adun bangang yang sijil beli memerintah.mereka hanya mengejar projek dan memenuh pokek sendiri dan pendapatan negeri yang masuk tidak seberapa tp kenyataanya hasil bumi dah diteguk oleh mereka yang mempunyai kuasa.kita lihat balak dan bijih sentiasa keluar tp kenyataanya rakyat merana air yang diteguk kotor dan jalan berlubang sana sini sebiji mcm muka dompok yang berlubang kesan jerawat.Fikirkanlan masalah rakyat yang kos sara hidup makin meningkat.kalau otak dah karat biru tu tahi dompok pon makan..

Anonymous said...

kah kah kah, jawabler usin "mudah" pak nakan mung kata tu. koi 14 kali sukun usin malaun ni. cakap atas dasar fakta bukan atas dasar buruk "patat" dek makan di tangan, "kur kur kur"...

Anonymous said...

Undila lagi parti Barang Naik,semua rasa getahnya,tak abis tahun lagi macam2 benda yang membebankan rakyat,belum sampai 4 ke 5 tahun lagi.projek sana sini cerita lebih je,dulu punya penggal tak nampak pun pmbangunan,melepas batuk ke lambor rumah jela.yang banyak kuar bijih je jalan kerambit-tembeling boleh lepas kerbau dah buat berkubang,hasil banyak keluar tapi kosong je,kesian rakyat

usin malaun said...

minta projek sana sini tp projek jalan jerantut ke maran tersadai, jerantut ke benta tesadai juga.jangan nak mengampu dan menghabiskan balak je wahai dompok dan kuncu2nya terutama usin gampang yang dah mereng.siap dulu jalan yang terbengkalai dan baiki jalan yang berlubang sana sini ini untuk kepentingan bersama.nak lupuskan kereta 12 tahun tp jalan yang rosak tak dibaiki itu lg berbahaya nasib baik tak jadi.dah la jalan bengkang bengkok mcm ular kena palu.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...