Friday, December 6, 2013

ADUN Tahan Meninjau Banjir Ulu Tembeling

Dalam UMNO sibuk bersidang ketika itu banjir melanda teruk terutama di Pahang. Daerah Kuantan lumpuh kerana hampir 75%  ditengelami air dengan terputus bekalan elektrik dan air.

DSD Adnan Yaakob tidak hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 kerana beliau adalah MB yang bertanggungjawab dan prihatin kepada rakyat Pahang.

Beliau mengarahkan semua ADUN dan ahli parlimen termasuk perwakilan Pahang balik ke kawasan masing-masing membantu mangsa banjir.

Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan dengan itu balik ke kawasan. Jerantut terutama DUN Tahan juga terjejas teruk akibat banjir dan terputus bekalan elektrik, air, perhubungan, makanan dan minyak bahanapi.

Hari ini ADUN Tahan melawat kawasan banjir di Ulu Tembeling. Tuanku Sultan Pahang bertitah mahu ADUN Tahan segera melihat nasib penduduk di Ulu Tembeling kerana Baginda sangat perihatin dan kasih kepada rakyat Ulu Tembeling.

Oleh kerana terputus perhubungan, air Sungai Tembeling yang besar dan jeram-jeram merbahaya. Jalan Jerantut ke Kuala Tahan juga terputus di 6 lokasi menyebabkan penduduk Ulu Tembeling dan Tembeling Tengah terperangkap.

Maka ADUN Tahan terpaksa menaiki helikopter dari Kuala Lumpur terbang ke Ulu Tembeling pada jam 11.30 pagi.



















ADUN Tahan berlepas dengan helikopter bersama isteri ke Ulu Tembeling. Beliau hanya sempat mendengar Ucapan DS Najib Presiden UMNO selama beberapa minit.



















ADUN Tahan bertangggungjawab menjaga kebajikan DUN Tahan yang merupakan kawasan yang terbesar dan luas dalam negeri Pahang. 



















Kesan banjir dan tebing sungai runtuh di Kg Kuala Sat.



















Tebing sungai runtuh dilihat dari dekat.



















Kesan banjir di Kg Bantal.



















Di Kg Bantal air banjir sudah mencecah dekat pagar Istana Sri Tembeling yang berbentuk empat segi berwarna kuning. 



















Rumah-rumah yang tenggelam semasa banjir sudah mula surut air banjir di Kg Bantal.



















Kesan banjir di Kg Gusai.



















ADUN Tahan dan isteri melawat Kg Kuala Sat.



















Masjid baru Kg Kuala Sat bernilai RM2.2 juta. Perhatikan jalan simen. Di Ulu Tembeling jalan ini dipanggil jalan slack. RM12 juta telah diperuntukkan untuk membina jalan ini.



















Penduduk Kg Kuala Sat mengadu ada rumah penduduk kampung yang dihanyutkan oleh air banjir yang naik mendadak pada malam hari terutama di Kg Benih Kuala Sat. Semua penduduk Kg Jipang telah berpindah ke Kg Kuala Sat.

Bekalan beras telah habis di kedai. Peruntukan yang diberi sebanyak 70 kampit beras tidak mencukupi. Sepatutnya 200 kampit beras perlu disediakan untuk penduduk Kg Kuala Sat.

Amaran Jabatan Kaji Cuaca bahawa akan datang gelombang ke dua banjir yang lebih besar membimbangkan penduduk Ulu Tembeling.
















Kesan banjir di Kg Mat Daling.



















ADUN Tahan mendengar keluhan penduduk Kg Mat Daling. Beras-beras perlu diagih segera secepat mungkin. Bekalan bahanapi sudah habis.



















Penduduk Kg Mat Daling berkata banjir kali ini besar.



















Kg Pagi turut terjejas teruk akibat banjir.



















Jalan terputus di Kuala Tahan, Taman Negara. Ramai keluarga terperangkap. Termasuk juga pelancong-pelancong asing yang bercuti di resor-resort Kuala Tahan.



















ADUN Tahan menaiki motosikal melawat mangsa banjir Kuala Tahan.



















Bomba Sukarela Kuala Tahan aktif membantu mangsa banjir. Mereka tidak tidur malam berjaga memastikan keselamatan penduduk kampung. Mereka memasak untuk penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir dan terputus bekalan makanan dan perhubungan. 



















Kemudahan keperluan semasa banjir disediakan.



















Encik Ramlan Mohd Amin (Farouk) , Ketua Bomba Sukarela Kuala Tahan merangkap AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan teamnya sungguh bertanggungjawab banyak membantu mangsa banjir Kuala Tahan. Beliau juga diamanahkan oleh ADUN Tahan untuk menjaga keperluan penduduk Kg Pagi yang juga teruk dilanda banjir.

ADUN Tahan menyumbang RM10,000 bagi tujuan memasak untuk mangsa banjir, sebuah bot fiber bagi kegunaan menyelamat mangsa banjir dan beberapa jetski standby jika hal-hal yang kecemasan.





Pukul 4 petang, ADUN Tahan bergegas bertolak balik ke KL kerana ada meeting dengan CEO Majlis ECER di Tower 3 KLCC bagi hal pembangunan DUN Tahan.

Esok pagi ADUN Tahan akan melawat mangsa banjir di di DUN Tahan Hilir seperti Kg Batu Embun, Kg Jerantut Feri, Kg Pulau Mansuk, Kg Paya Garok dan Tembeling Tengah.

11 comments:

bumi-non-malay said...

Jadi Harga Sewa Helikopter - $700,000

Jalan2 - $50,000

Derma $2,000,000

Wang datang dari mana....oh yah...dari Barang Naik...Gula, Air, Bil Elektrik, Bil Air, Naik Cukai Tanah, Tol.....Terima Kasih UMNO..

Tunggang Motosikal Tak Payah Pakai Topi Keleda.....Bila Polis Saman dia??

Tak ada simpati langsung.....ini ALLAH yang bagi Ajaran kerana UMNO hina Allah & Rakyat Malaysia!!...UMNO relax makan - minum kat ibu negara.....$2,000,000 sehari....cukai dari Rakyat Bodoh...yang tak tahu bangkit TUmbangkan celaka UMNO!!!!

Anonymous said...

datang melawat salah...x datang kata ADUN tak bertggjwb...adoi la korang ni smua xsuka..ht busuk sungguh

sabo said...

Ada kandang babi pecah agaknya... Syoh syoh

bekas ahli pas said...

bumi non malay ni spesis syaitan berwajah manusia yg tahu complain je yg mb selangor naik gaji sampai 400 peratus dgn pas duk kutip derma sampai kiamat dan tk pernah umum jumlah kutipan tk nak complain plak dasar pr anak gampang

Usin Gampang said...

BUNI NON MALAY NI MAKHLUK ALLAH YANG TERLAKNAT.ALLAH TUTUP HATINYA KEPADA KEBENARAN.BALA YANG ALLAH TURUHKAN TAK PILIH TEMPAT.HABIS TU KELANTAN BANJIR TENTU NIK AZIZ DAN EXCO KELANTAN BALUN DUIT RAKYAT!BODOH PUNYA MAUSIA!

Anonymous said...

mana sumber dia dapat ni sewa sampai 700 ribu..agak agak le nak komen?

Anonymous said...

penyokong pr memang bodoh begitu belaka

Anonymous said...

lagi maki hamun PK, bumi non malay, sebenarnya bumiputra tulin, entahlah.. UMNO, kroni2 tegar UMNO tak pernah insaf !!! dahlah rakyat biasa ditimpa malapetaka..

bekas said...

bukan penyokong umno tak insaf tapi penyokong pr tak tahu menilai lebih tepat buta hati inilah hasil dari retorik dan fitnah ciptaan ulamak pas dan kaki auta dari manusia anugerah tuhan mcm anuar

Anonymous said...

si ego rais tak malu lagi ke masih keluar dlm paper dgn artifacts,
tapi kroupsi tak munafik, elok duduk diam2 dlm rumah indon dgn queen control tua

usin malaun said...

silap UMNO juga dulu kutuk kelantan banjir sebab sistem peparitan x betul tp kuantan dulu siapa yang membuat sistem peparitan..Kesilapan UMNO juga dah 3 hari banjir baru nak hantar bantuan dan lebih utamakan perhimpunan umno dari membela nasib rakyat..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024