Monday, December 16, 2013

WZWH Salute DS Rosmah Mansor Berani Menjawab Fitnah-Fitnah



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.


Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.


Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta 
Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011


Ketiga: Berjoli di luar negara
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.


Keempat: Pembaziran Projek Permata
Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.


Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah
Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


Keenam: Isu 'First Lady'
Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).

Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.


Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

19 comments:

Anonymous said...

Maaf kan saya Datin Rosmah..saya sedih:-(

Unknown said...

Pencerahan yg ditunggu.... Tp Saya tidak termasuk dlm golongan yg ditujukan ..... Selama ini Saya mengharapkan Datin Seri akan membela diri... Tp memilih mendiamkan diri bukanlah bijak krn ia seolah mengiakan segala tuduhan. Alhamdulillah .. Tiba juga waktunya.... Walau pun rasanya ini masih belum memuaskan hati semua pihak.

Anonymous said...

Kamu yg memilih jalan berliku..maka kamu tidak boleh berkata 'no' kpd badai yg menimpa, cucukkan duri yg meluka..
Kamu yg menjual persepsi maka rakyat kenalah membelinya walaupun dgn harga tinggi..

Jika tidak...pilih saja jalan Hasmah atau Rahah sehingga tiada siapa yg menyampah.



Anonymous said...

Sama macam makwe aku jugak 'takut cicak' hi hi hi

Anonymous said...

Aku nak tnya psl cincin yg bernilai 24j tu je, bnyk sgt alasan diberi trmsuk menabung dr kecil, alasn tu biar la logik big mama oi,

Unknown said...

Kahkahkah, bijak Blogger ni pilih san susun macam Rosippo yanh menjawab!
Dah terkena semua dengan siBodek amfusana sini nie!!
Tak cakap pilah pasal yang terlewat kenapa? Sebab JaniBoros yang bela!
Nice try hey, melampau dan pengkhianat Rakyat marheaen, cuba cari jawaban wang trillion ringgit haram yang mengalir keluar pulak!
Bedtter still tengok sikit akaun bank yang dibuka oleh Rosippo dan Najiboros?
Siape ya ahli keluarga yang keluar masa siLaki puji siBini?
Macam la orang tak kenal siape RosakMan?
Belum pun berbisan dgn Maira Nazarbayev, ape jadah situnang anak dia hadir kat PAU67, dah masuk Melayu ke?
Thot `Wanted in Us?!' padan Malaysia galak TPPA lindung penjenayah!

Anonymous said...

gampang shakirin ni tak reti nak terima kenyataan org dah bagi penjelasan kalau video anuar dgn stopa awak tak percaya plak nilah jenis macai pr laknatulah

Anonymous said...

Ds Rosmah tidak pernah keluarkan kenyataan dia menabong dari kecil. Jadi jangan nak tambah fitnah.

usin malaun said...

biasa la nak menegak benang basah kau ingat bom tu boleh keluar sesuka hati kalau tiada arahan boss..alasan menabung dari kecil tu memang dah keluar dari mulut dia sendiri takkan dan mulut beruk..dan banyak perkara2 yang membazir menghabiskan duit rakyat tolong hentikan segera..yang penting bertudunglah kan pekara tu wajib apatalah negara kita nie negara islam biarlah mencerminkan keperibadian islam yang sebenar..

Anonymous said...

Rosmah tak pernah cakap dia menabung dari kecik bro... Jangan nak buat fitnah

aku benci rambut rosmah said...

kalau bukan duit menabung duit tu datang dari langit ke.kalau betul duit sendiri banyak betul duit dia kan gaji PM pun sedikit dari gaji Ketua Menteri sarawak.cuba beri pencerahan dan jangan buat kenyataan media yang putar belit.yang penting bukan duit rakyat..

Anonymous said...

engkau org kecoh buat fitnah ni engkau org ada bukti ke klau setakat dengar kat ceramah pr baik tak payah la

Anonymous said...

walaupun rosmah tak cakap janji hj hadi dan anuar cakap kira cakap la tu cai cai mengong pasti percaya sampai mampus la

usin cibai said...

serupa juga kes liwat saiful.apa korang nampak ke dia kena liwat.kalau dia yang mengaku saiful sendiri yang kena sebat.kalau setakat video sape2 pun boleh buat.serupa juga dengan bersumpah ada juga yang bersumpah menipu sedangkan manusia nie ramai yang munafik.kalau betul ceramah PR tu x betul kenapa x saman ada bran ke..

Anonymous said...

bukan kerja kerajaan nak menyaman jer banyak lagi kerja lain nak dibuat habis kalau kerajaan tak betul tunjuklah bukti jangan setakat cakap jer lepastu saman la kerajaan plak mcm pr tu la ayat pr bila terkena batang hidung sendiri

Usin Cadoi said...

banyak kerja lain la sangat.dia org tgh duk kaji macam mana nak kenakan rakyat.tarif elektrik akan naik walaupun untung berbilion..barang keperluan,rumah,tol semakin meningkat.dan bagaimana nak hancurkan akidah dengan membawa K-POP masuk dengan harga bayaran berjuta2.projek lembu x jadi sebab menteri tu dah jadi lembu.Pengerusi Felda Isa samad yang rasuah dan x boleh bertanding pemilihan UMNO dulu boleh jadi Pengerusi Felda..

Anonymous said...

pandai betul si usin lahaboi ni cakap pasal akidah habis pasal kalimah allah pasal janji syurga dan banyak lagi tu bukan akidah ke tak payah kajilah pasal lembu ke barang naik ke cuba kaji kat mana perginya duit tabung memali duit saham kohilal itulah dasar membangun bersama islam oleh puak pr

usin cadoi said...

siapa yang bahlol.kau yang bahlol lg bangang.siapa yang bg kebenaran pengunaan kalimah allah di sabah n sarawak PM kan tu orang UMNO bengong.nak jaga hati org sabah n sarawak yang mengundi dia orang sanggup gadai kalimah Allah.Makan duit rakyat joli sana sini, bawa KPOP bayar jutaan ringgit tu siapa bangang..

Anonymous said...

usin ni bodoh tahap piang bn ni pas kata parti bukan islam kalau pas parti islam kenapa pas pun buat sama ini terbuktilah pas hanya guna islam utk meraih undi je sbb quran dan hadis tak pernah berubah cuma fatwa pas je yg berubah ubah

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...