Monday, September 22, 2014

7000 Hektar Tanah Terbiar Dan Paya Berpotensi Untuk Spirulina Farm Di Jerantut


Apa itu spirulina? Spirulina adalah algae (sejenis tumbuhan air tawar) yang diproses adalah makanan superfood baik untuk kesihatan. Spirulina kaya dengan protein, mineral, vitamin dan nutrisi.

Kita mahu supplement makanan spirulina kepada orang Jerantut dan Pahang menjadi lebih cerdik, tidak lembab, mengurangkan orang sakit jiwa dan orang gila di Pahang.

Jerantut bakal menjadi pengeluar utama spirulina di Malaysia bila ada cadangan dan usaha untuk   mahu memajukan tanah terbiar dan paya seluas 7,000 hektar untuk spirulina farm.

WZWH amat menyokong usaha ini. Dulu orang Pahang rajin bersawah. Pahang ada banyak kawasan paya tradisional yang diusahakan untuk tanaman padi sejak beratus-ratus tahun dulu.

Tapi bila orang Pahang malas kerana tidak pandai mengusahakan tanaman padi secara economies of scale maka tanaman padi ditinggalkan.

Sepatutnya bila kita mengusahakan tanaman padi dan sayur-sayuran, kita menolong ekonomi negara dengan tidak payah mengimport beras dan sayur-sayuran.

Tapi itu tidak menjadi masalah kerana spirulina farm mudah campak saja benih ke paya dan biarkan spirulina buat makanan sendiri (fotosentisis) lebih senang menjaganya.

Kawasan yang terbabit ialah Paya Kangsa, Pulau Tawar, Batu Balai, Jeneris, Damak, Tembeling Tengah, Empang Siat, Paya Poh, Bantai, Tahan, Kampung Tampin dan Kampung Baru.

Syarikat GLC dipertimbangkan untuk memaju projek itu. Kita mengalu-alukan pihak swasta terlibat dalam projek spirulina farm ini.

Spirulina boleh diproses dalam bentuk serbuk, kapsul dan minuman.


Untuk itu beberapa kilang spirulina perlu dibina di Jerantut untuk memproses spirulina farm seluas 7000 hektar itu.

Projek ini bukan sahaja mendatang hasil ekonomi kepada penduduk kampung tetapi juga menghalang penghijrahan belia-belia muda ke bandar.

1 comment:

Anonymous said...

Cantik!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024