Wednesday, September 10, 2014

Bagaimana Menarik Lebih Volume Pelancong ke Taman Negara, Jerantut?



Pelancongan, tourism, ecotourism semua itu mendatangkan hasil ekonomi bukan sahaja baik untuk penduduk tempatan tapi membina ekonomi negara.

Taman Negara Jerantut adalah destinasi pelancongan terkenal di Pahang. Namun berdasarkan statistik dari purata 9 juta pelancong ke Pahang tidak sampai 100,000 mengunjungi Taman Negara, Jerantut.

Bagaimana menarik lebih volume baki 8.9 juta ke Taman Negara, Jerantut?

WZWH mendapati ada 2 perkara kena buat:

  1. Aksesibiliti pengangkutan
  2. Pelbagaian produk pelancongan

Ini 2 perkara yang boleh menarik lebih volume pelancong ke Taman Negara, Jerantut. Ini memerlukan pelaburan besar untuk menyediakannya.

Aksesibiliti pengangkutan meliputi jalanraya, jalan kereta api dan jalan udara selain jalan air.

Jalanraya Temerloh, terutama dari Tol ke Bandar Jerantut perlu dinaiktaraf.
Jalanraya Benta ke Jerantut perlu dinaiktaraf.
Jalanraya Maran ke Jerantut perlu dinaiktaraf.
Projek Jalanraya Bandar Jerantut ke Kuala Tahan perlu dimulakan.
Projek Jalanraya Sungai Lembing ke Jerantut perlu dimulakan.

Landasan keretapi berkembar dari Gemas ke Jerantut perlu dibuat lebih dulu. Ini membolehkan pelancong menaiki keretapi dari Utara dan Selatan mengunjungi Taman Negara.

Pada masa sekarang Projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas-JB belum muktamad kerana  ini projek G to G melibatkan Kerajaan China yang belum memutuskan siapa konraktor dan birokrasi negeri Johor.

WZWH mahu Projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas-Jerantut dibuat dulu kerana mudah mengurus negeri Pahang yang tidak ada masalah.

Stesyen keretapi Kg Sepial (Kuala Tembeling) perlu dihidupkan dan dibuat baru kerana pelancong boleh turun ke Kuala Tembeling.

Airport atau airstrip Sungai Tiang perlu dinaiktaraf bagi membolehkan pesawat kecil dan private jet boleh landing dan takeoff dan kemudahan bilik kawalan trafik udara @ menara kawalan.

Kemudahan pengangkutan bot diperbaiki. Mungkin perjalanan bot malam menyusuri Sungai Tembeling dengan beberapa destinasi Home Stay.

Bagi pelbagaian produk pelancongan perlu diberi produk yang inovatif dan kreatif seperti Projek Safari Park yang merupakan safari park terbesar dunia dengan keluasan 28,000 ekar yang membolehkan pelancong bersemuka melihat binatang-binatang tempatan dan luar dengan kemudahan-kemudahan seperti mana Taman Safari dunia.

Cadangan supaya Zoo Negara dipindahkan dekat dengan Safari Park boleh meningkatkan lagi kedatangan pelancong.

Projek Caviar Park penternakan ikan sturgeon adalah daya tarikan baru pelancong selain ini adalah hasrat murni kerajaan bagi membantu ekonomi Jerantut. Walaupun projek ini oleh kerana kurang mendapat maklumat yang tepat membuatkan kekeliruan kepada seorang pemimpin politik dan pengikutnya. Projek ikan sturgeon tetap dijalankan.

Taman Botani flora seperti Taman Herba, Taman Orkid liar dan Taman Pokok Hiasan adalah satu cadangan yang baik bagi menarik minat pelancong dan pengemar floral. Juga Gaharu Park sebagai sumber ekonomi berskala besar.

WZWH mahu pengurusan dan maintenance Taman Negara perlu diambil alih oleh satu badan bagi menambahkan kecekapan dan keberkesanan. Perhilitan perlu dikekalkan bagi penguatkuasaan.

Resort dan Chalet Keniam perlu direnovasi dan dimantain. Perlu buat resort dan chalet baru di ulu Sungai Sat di Kuala Sat  dan di ulu Sungai Sepia di Kg Gusai.

Beberapa entry baru Taman Negara perlu dibuat selain dari Merapoh, Gateway baru ke Taman Negara di Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling mungkin menambah variety dan minat pelancong untuk memasuki Taman Negara.

Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Taman Negara dengan konsep eco-design menambah lagi daya tarikan dan minat pelancong berprofile tinggi.

Kemudahan telekomunikasi dan pautan layar 3G yang sepatutnya sekarang ini sudah beroperasi perlu dipercepatkan. Ini memberi kemudahan kepada pelancong asing untuk download foto dan penggunaan media baru.

Adalah diharapkan apa yang WZWH posting ini boleh diusahakan dan implemenkan. WZWH sangat positif dengan projek-projek ini.

16 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha..

Chi Wan..aok ni tido ke...Jalan keretapi ke pantai timur pun dah nak tutup sebak dok selamat weeehhhh...kata Amid Albar..ni pula nak besorkan Stesen keratapi...ha ha ha..tido lagi ghamaknye chik wan ni...

Anonymous said...

Fcuk u wzwh

Anonymous said...

Wzwh ni tak habis cerita pasal projek..dah berenti jadi cikgu ke?

Anonymous said...

Nak tambah volume pelancong senang je.

Hutan jangan tebang,balak jangan songlap,sungai jangan kotorkan.Benda basic macam jalanraya pun hancur,macam mana nak pergi sana.Internet pun pun tak ade.

Orang bukan suruh majukan Jerantut ni macam KL.Buat bangunan sana sini,sodok sanan sini,last2 bawak Bangla Indon datang kiri kanan bersepah.

Kat Semenanjung ni mana ada hutan lagi dah.Kat Jerantut hutan berlambak tu lah insurans korang masa depan nanti.Tu pun tak boleh fikir,semua benda nak dijahanamkan.

Anonymous said...

Che wan.... bersabarlah dgn mereka2 yg masih hidup spt katak bawah tempurung tu... teruskan usaha anda dlm merangka cadangan2 bernas utk kemajuan penduduk di sana tu...

Anonymous said...

Buat konset dangdut?

Anonymous said...

Sendiri buat artikel sendiri komen.Bila tak boleh lawan cakap orang duduk bawah tempurung.

Anonymous said...

Anom 10.17...
Tu adalah komen ikhlas aku bukan komen wzwh. Sedaramara aku ramai kat,ulu tembeling tu.. berfikiran terbuka la sikit. Ini bukan cara org asal ulu tembeling yg sangat berbudi bahasa. Ko ni mesti org luar ulu tembeling yg mengambil kesempatan sebagai org ulu tembeling.. malu la sikit.. org ulu tembeling tak pandai mencarut..aku ni dok kat luar tapi pernah jugak keluar negara dan lihat negara org.. dan sememangnya ko bagai katak bawah tempurung.. ko jgn la nak mengada2 jadi wakil atau jurucakap penduduk ulu tembeling tu..

Anonymous said...

Wzwh..
S atu cadangan dari saya dihidupkan kembali perjalanan khas utk pelancung menggunakan bot sangkut seperti tahun2 terdahulu.. cuba dptkan kelulusan dari kerajaan utk subsidi minyak petrol utk injin sangkut utk mengurangkan kos..dan diberikan khusus kpd pengendali bot pelancungan tersebut.

Sediakan kemudahan homestay di kpg2 di tepi sungai tembeling tu dimana pelancung boleh menginap semalam dua utk lebih mengenali kehidupan org2 sepanjang sungai tembeling. Sediakan aktiviti kebudayaan ulu tembeling utk dipertontonkan kpd pelancung2 bukan hanya sekadar kehidupan org asli mcm kat tmn negara tu...
Usakan kembali produk asli ulu t3mbeling cthnya minyak sapi susu kerbau, ikan pekasam, asam ghom dan dipromosi secara meluas utk menarik minat pelancung ke sana...

Anonymous said...

Betulkah org ulu tembeling sama mcm cerita sejarah singapura dilanggar todak? Sbb klu ada yg pandai sikit mcm hang nadim mesti dibunuh takut nanti akan menjadi sultan... ataupun situkang komen yg belajar tak habis.. stakat lulus dari smk kuala tahan atau smk ktembeling jer... hehehe

Anonymous said...

anon 833.... terase sesgt ke?
cite takde nas pastu alih tajuk sesudahnya tak kemane.. inilah masalah org melayu,,pentingkan benda remeh temeh - tgk fakta yg anon 946 dgn anon 812, patut itu yg difokuskan. soalan2 itu soal teras.

cadangan wzwh akan jahanamkan taman negara.. nak buat jalan sana sini, buat taman itu ini... mane die bukti atau case study sbg rujukan yg boleh buktikan parameter [cth, jln, taman@infra yg lain] yg wzwh cadangkan akan memajukan kawasan tu? takat bagi cadangan je.. tak ubah cam cite kat kedai kopi!!

lepas tu nak ubah mgmt @ pengurusan ke suatu badan lain, konon nak bagi lagi effective...huh? mane die bukti, case study sbg reference? wzwh paham ke idak ni, cam katak duduk dlm gelas [bukan tempurung] - nampak tapi tak dengar.. adakah ini mengswastakan? paham tak bile buat cam tu? akan jadi profit driven, ader paham tak bile ni berlaku?

wzwh - nasihat ikhlas, belajar lagi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Dari posting WZWH takda jalan-jalan dibuat dalam kawasan Taman Negara. Baca betul menarik taraf jalanraya2 yg sedia ada. Projek jalan Bandar Jerantut -Kuala Tahan tidak melibatkan hutan Taman Negara. Projek jalan Sg Lembing-Jerantut melalui kaewasan Felda. Entri pintu masuk baru ke Taman Negara tidak melibatkan pembinaan jalan cuma denai-denai seperti di Kuala Tahan. Ada banyak tanah kerajaan di Kuala Tahan yang sudah ditebang contoh Ladang Herba Felda yang tidak jadi maka disitu boleh dibuat Tamman Botani, Orkid Liar, Kayu Hiasan dsb. Taman Negara perlu pengurusan baru bagi menjaga dan mengurus lebih cekap dan berkesan. Resort Kenyam dan cadangan lain2 resort itu menambah daya tarikan pelancong ke Taman Negara. Bila WZWH cadang, tulis itu bukan kosong!

Anonymous said...

Aku percaya kat wzwh ni..

Anonymous said...

Dalam konsep Ecotourism terutama dalam menerapkan sustainable tourism atau kelestarian pelancongan jika VOLUME visitor merosakan Attraction VALUE maka kita beralih kepada value atau nilai toursim recipe yang dibawa oleh pelancong sebagai kriteria sasaran bukanya volume atau jumlah pelancong. kalau kita tengok statistik kedatang pelancong tahun lepas kita adalah no 11 di dunia dan Thailand dan Singapura lebih rendah. Tapi dari segi kutipan Tourism receipt Singapura dan Thailand jauh mendahului.

Ahmad Nasim Sidek

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ahmad Nasim Sidek,
Kita bincang jumlah pelancong ke Taman Negara Jerantut bukan jumlah pelancong ke Malaysia. Kena relevan dengan isu.

usin gampang said...

wzwh,aku rasa kenapa kau sibuk2 nak bangunkan tempat orang yang tak mahu dibangunkan? lebih baik bangunkan tempat yang orang mahu kampungnya di bangunkan! orang kuala tahan angkuh dan takbur angkara tutuh arak siang malam. hati yang dah hitam memang keras kepala. kalau aku jadi najib aku tak layan dah orang yang tak mahu majukan tempat sendiri! mahathir beria2 membangunkan langkawi hingga terkenal seluruh dunia! limpahan ekonomi dapat di rasakan oleh penduduknya!abaikan kuala tahan! biar ianya dikekalkan sebagai muzium hidup negara! pelancong boleh tengok binatang yang dah tak berapa ada tu.pelancong juga boleh tengok penduduknya yang dah berserabai tunggang langgang mabuk arak! orang kuala tahan dah jadi orang yahudi yang nak tuhan beri direct tanpa ada usaha dan kesungguhan! biarkan mereka terus angkuh dan sombong! bangunkan segera kampung aku,kampung pagi! nanti bila orang singgah kat kampung pagi dia tak lalu dah kauala tahan tu! jadilah kuala tahan seperti kuala tembeling! masa tu kita boleh tengok setakat mana angkuh dan sombongnya manusia yang terlebih tamaddun ni!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024