Felda I2C office di Gangnam, Seoul akan menjadi pengeluar caviar utama dunia hasil teknologi R&D Korea dan kerjasama Felda.
Felda mahu buat projek ikan sturgeon di Kuala Tahan bagi pengeluaran telur ikan yang dipanggil caviar sumber ekonomi bernilai tinggi. Felda telah mengadakan usahasama dengan Syarikat Korea bagi menjayakan projek ini.
Projek ini telah mendapat sokongan dari pemimpin negara dan negeri Pahang. Malangnya golongan minoriti di Kuala Tahan yang mendapat penerangan salah dan prejudis dari NGO alam sekitar serta disokong oleh ahli parlimen Jerantut telah memberi gambaran persepsi negatif membabitkan isu alam sekitar.
Media massa arus perdana pun boleh terpengaruh apatah lagi media baru telah membuatkan seolah-olah Projek Sturgeon Kuala Tahan ini tidak mesra alam sekitar hinggakan pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP join the bandwagon.
Projek Sturgeon Kuala Tahan ini telah dijadikan isu alam sekitar dan politik. Oleh itu WZWH perlu terang kepada rakyat Malaysia bahawa projek ini mesra alam sekitar dan memberi pulangan ekonomi yang lumayan bertepatan dengan hasrat PM DS Najib mahu rakyat berpendapatan tinggi.
Maka WZWH dan delegasi Kuala Tahan mahu membetulkan persepsi negatif bahawa oleh kerana kurang kefahaman dan ilmu buat ramai orang salah anggap kepada projek sturgeon di Kuala Tahan ini.
WZWH akan menulis banyak posting bersiri jadi untuk posting ini WZWH menulis secara ringkas dan mudah.
Projek ini tujuannya untuk meningkat pendapatan generasi baru peneroka dan kampung-kampung tradisional dengan pulangan hampir RM13,000 sebulan bagi peserta.
Projek ini bertujuan mahu membuktikan bahawa negara tropika boleh menghasilkan sturgeon yang lebih cepat bertelur dari 4 ke 5 tahun dengan kualiti caviar yang sama.
Dunia memerlukan 18,000 metrik ton caviar tetapi supply hanya mampu membekalkan 300 metrik ton sahaja setahun. Terdapat jurang yang besar dan peluang. Ikan sturgeon sudah semakin pupus.
Setakat hari ini hanya Korea Selatan berjaya mempunyai teknologi melalui R&D yang canggih berjaya menternak ikan sturgeon dengan pengeluaran caviar berkualiti. Korea Selatan berjaya menghasilkan caviar berkualiti dengan cost effective lebih murah dari teknologi German, Rusia, China dan Jepun.
Kerajaan Korea Selatan menggalakkan syarikat ini buat R&D dan mengusahakan dan implemen serta memgembangkan teknologi ikan sturgeon berskala ekonomi besar.
Syarikat Korea mahu buat Caviar Park yang terbesar di dunia dengan bermulanya Blue Dream Park Kuala Tahan dan corporate plan mahu membina 104 sturgeon farm diseluruh Malaysia.
Pelaburan RM150 juta Felda ini akan berkembang menjadikan nilai projek sturgeon ini bernilai berbilion ringgit dan boleh menghasilkan 30,000 pekerjaan bila berjaya nanti di seluruh Malaysia.
Felda I2C, Felda I2C R&D , Felda I2C C&D seterusnya Felda Caviartive boleh menghasilkan ekonomi sumber baru.
Syarikat Korea ini sanggup buy back ikan sturgeon yang sudah matang dan ini memberi peluang dan sumber ekonomi baru. Ini adalah perniagaan yang lumayan dan menguntungkan. Projek ini memerlukan kepakaran, pengalaman, latihan dan pelaburan yang besar.
Caviar Felda brand Taman Negara oleh Felda Caviartive dan I2C Hassed boleh menghasilkan cultured caviar dari negara tropika.
Diharap Felda boleh mendapat transfer of technology dari usahasama ini dan seterusnya bukan sahaja mengembangkan lagi industri caviar di Malaysia malah teknologi ini boleh diguna untuk mengembang dan mempertingkat produktiviti ikan tempatan seperti Kelah, Jelawat, Patin, dll.
Diharap Felda boleh mendapat transfer of technology dari usahasama ini dan seterusnya bukan sahaja mengembangkan lagi industri caviar di Malaysia malah teknologi ini boleh diguna untuk mengembang dan mempertingkat produktiviti ikan tempatan seperti Kelah, Jelawat, Patin, dll.
Adalah simbolik Hutan Taman Negara yang berumur 130 juta tahun tertua di dunia dan ikan sturgeon yang berumur 150 juta tahun merupakan fossil hidup menjadikan satu gandingan dan kombinasi yang unik dan boleh menjadi brand dunia.
WZWH akan posting perkembangan seterusnya dari Seoul Korea Selatan.
13 comments:
Sekarang jelas dipermulaan ini siapa yang beruntung......lu dan geng lu
Ada orang kecewa tak dapat tumpang keuntungan dari projek ni. Bagi la sikit kat dia, kesian. Kalau marah2 sokmo, nanti dapat penyakit darah tinggi pulak.
Caviar dimakan dengan wain. Kenapa tak buat kilang wain sebelah caviar park? Baru cukup pakej.
Ada kelab dangdut ke kat Korea?
Otak ekonomi berbeza dengan otak kampungan!otak kampungan penuh dengan hasad dengki! lebih suka ramai yang tak dapat kalau diri sendiri tak dapat!
mohon balak tak lulus,jadi pulak tapak sturgeon! itulah yang sebenarnya,alam sekitar hanya topengan untuk melunaskan dendam dan dengki kesumat!
boleh tak buat di kawasan lain? bukan dikawasan hutan simpan.
kenapa perlu musnahkan hutan simpan?
itu BANGANG namanya
Ekcherli ah..no need degree or Master 's degree in Economics to be wise. Important thing what's in the heart that matters. What u say may not be the same from what is imbedded in yr heart. If your intention is to make money for yourself then you will say all sorts of things that you claimed to be beneficial to the rakyat. But if your objective is purely for the benefit of the people, you don't have to say much, do you? And another thing, you will not appear to be a genius if you write in English and neither will you look stupid if you don't.
Mana ada hutan yg bukan hutan simpan. Anon ni yg bangang rupanya.
Ada! mak awak yg jadi penari geleknya. Kah kah kah
Ikan sturgeon di ternak dalam tangki... geng bantah sturgeon kata ternak dlm sungai. Disini pun kita dah boleh nampak separah mana keBODOHan puak ni...
Kalau TANGKI dengan SUNGAI pun tak boleh nak bezakan....
lagi ada hati nak cakap tentang ekosistem.. alam sekitar dan bla bla... Hi.. Hi hi... Geli hati aku.
Ano ni jenis tak boleh tengok orang lain berjaya. Hati dah rosak.
Mak saya meninggal ketika saya berumur 2 tahun. Mak awak masih hidup?
dah kalau boleh ternak dalam tangki buat ape nak tarah hutan simpan tuh? apekebodonye encik hmmmm nih,
Post a Comment