Monday, August 3, 2015

Bila DS Najib Berdoa Kerajaan Nabi Sulaiman: Suatu kerajaan Malaysia Yang Belum Pernah Diperolehi Oleh Siapa Pun Setelahnya




“Ia berkata: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahilah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang pun sesudahku.” (QS. Shad: 35)

DS Najib jika mahu satu kerajaan Malaysia yang belum pernah diperolehi oleh siapa pun setelahnya perlu mengamalkan doa atau bacaan ayat al-Ouran di atas. Insyallah DS Najib akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Dalam posting ini WZWH tunjukkan bagaimana melalui al-Quran terutama surah di atas dan di bawah adalah penenang dan pedoman bagi DS Najib boleh mencapai Kerajaan Nabi Sulaiman walau berbagai masalah dan isu melandai.

Dalam kisah Kerajaan Nabi Sulaiman , seorang Perdana Menteri atau Menteri Besar boleh memerintah lama seperti ayat di bawah;

Firman Allah: “Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala dia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.” (QS. Saba': 14).

Berkenaan fitnah yang berleluasa akibat teknologi internet, media baru, smart phone dan sebagainya. Pihak kerajaan melalui SKKM dan KDN tidak terkawal bila ramai pemitnah-pemitnah dan spinner di media baru yang boleh buat pemimpin-pemimpin dan rakyat percaya.

Semua pemfitnah ini disebab oleh bisikan halus baik dari manusia dan jin.

Mengawal angin, jin, manusia dan binatang, burung dan serangga adalah kelebihan Nabi Sulaiman. Itu di luar batasan ahli politik moden.

Usaha Kerajaan bagi menghidup dan meriahkan serta bina banyak masjid dan surau di seluruh negara mungkin boleh melemahkan bisikan halus ini.

Untuk mengetahui bagaimana Kerajaan Nabi Sulaiman sila baca artikel penuh di bawah...


Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Sulaiman (bahasa Arab: سليمان , Bahasa Inggeris: Solomon) hidup sekitar 975-935 SM, merupakan anak Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya. Dia diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Namanya disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran.

Nabi Sulaiman a.s. adalah anak bongsu kepada Nabi Daud a.s. Baginda dilahirkan di Jerusalem (Darus Salam). Ibu baginda bernama Saba. Oleh kerana dia adalah anak lelaki yang berketerampilan, Nabi Daud a.s. melantik baginda sebagai pewaris dan diangkat menaiki takhta selepas kematian bapa baginda. Baginda adalah seorang yang bijaksana, penguasa yang adil dan mempunyai pegangan kepercayaan yang utuh.

.
Nabi Sulaiman a.s. Membuat Keputusan.

Nabi Sulaiman dianugerahkan dengan kebijaksanaan membuat keputusan dalam kes yang rumit. Pada suatu hari berlaku pertikaian antara dua lelaki. Mereka telah mengutarakannya kepada Nabi Daud a.s.

Salah seorangnya berkata: “Tuan, kambingnya telah menceroboh tanamanku. Tanamanku telah musnah dan menyebabkan kerugian. Kerugian ini mesti dibayar pampasan oleh pemilik kambing.”

Pengembala kambing sangat miskin dan tiada berharta kecuali kambing-kambing itu. Kerosakan yang berlaku melebihi harga kambingnya. Nabi Daud a.s. telah memerintahkan lelaki tersebut supaya memberikan kambingnya kepada pemilik tanah sebagai membayar gantirugi. Nabi Sulaiman a.s. yang ketika itu masih muda remaja telah mendengar pengadilan tersebut lalu dia bercakap dengan penuh hormat.

“Bapaku, tidak dinafikan, keputusanmu adalah betul tetapi adalah lebih sesuai sekiranya semua kambing digunakan untuk susu dan bulunya sahaja. Pengembala kambing patut diarah untuk berkhidmat kepada pemilik tanah sehingga keadaan ladang kembali sempurna. Apabila selesai semuanya, semua kambing mesti dipulangkan semula kepada pengembala tersebut.”

Semua yang hadir menyaksikan pengadilan itu bersetuju dengan pendapat Sulaiman. Nabi Daud a.s. sangat menghargai keputusan yang adil tersebut dan memerintahkan kedua pihak melaksanakan seperti yang disarankan itu. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu kedua-duanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosakkan oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan ilmu kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu.”

(Al-Anbiya’, 21: 78-79)

.

Nabi Sulaiman diuji dengan penyakit dan berdoa memohon kerajaan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun

Meskipun Nabi Sulaiman mendapatkan nikmat yang besar ini dan kurnia yang khusus, Allah s.w.t telah mengujinya dengan suatu ujian. Ujian akan selalu datang pada seorang hamba. Ketika hamba itu mendapat kedudukan besar, maka ujiannya pun menjadi besar. Allah s.w.t menguji Sulaiman dengan penyakit.

Allah s.w.t berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kerusinya sebagai tubuh (yang lemah kerana sakit), kemudian ia bertaubat. Ia berkata: ‘Ya Tuhanku, ampunilah aku anugerahkanlah kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi. Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang ia kehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam. “ (QS. Shad: 34-37)

Hakikat ujian yang dialami Nabi Sulaiman adalah apa yang disebutkan oleh Fakhrur Razi: “Sulaiman diuji dengan suatu penyakit yang keras di mana kedoktoran saat itu tidak mampu mengatasinya. Sakitnya Sulaiman sangat keras sehingga para doktor dari kalangan manusia dan jin pun tidak mampu menghilangkan penyakitnya. Lalu burung-burung menghadirkan rumput- rumput yang dianggap sebagai ubat tetapi Sulaiman pun belum juga sembuh. Semakin hari penyakit Sulaiman semakin menjadi-jadi sehingga ketika Sulaiman duduk di atas kerusi ia duduk bagaikan tubuh tanpa roh, seakan-akan ia mati kerana kerasnya penyakit yang dideritanya. Sakit yang diderita oleh Sulaiman terus berlanjutan untuk beberapa ketika namun Sulaiman tidak henti-hentinya berzikir kepada Allah s.w.t dan meminta kesembuhan kepada-Nya serta beristighfar kepada-Nya dan mengungkapkan rasa cintanya kepada-Nya.”

Pada suatu hari dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah s.w.t. Antara hati Nabi dan Allah s.w.t tidak ada penghalang, jarak, atau waktu. Tak seorang pun dari para nabi yang berdoa kepada Allah s.w.t kecuali doanya pasti terkabul. Kejernihan hati ketika mencapai puncak tertentu, maka dia akan menggapai apa saja yang diinginkan di jalan Allah s.w.t. Dalam doanya, Nabi Sulaiman berkata:

“Ia berkata: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahilah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang pun sesudahku.” (QS. Shad: 35)
Selesailah ujian Allah s.w.t terhadap hamba-Nya, Sulaiman. Beliau pun sembuh. Kini Sulaiman merasakan kembali kesihatannya setelah dia mengetahui segala kejayaannya dan segala kekuasaannya serta segala kebesarannya tidak lagi mampu menghilangkan penyakit yang dideritanya kecuali jika Allah s.w.t menghendakinya.. Sulaiman menginginkan dari Allah s.w.t suatu kerajaan yang belum pernah diperolehi oleh siapa pun setelahnya. Allah s.w.t mengabulkan doa hamba-Nya Sulaiman dan memberinya kerajaan tersebut.

Barangkali ada orang yang tertanya-tanya mengapa Sulaiman meminta kerajaan ini yang belum pernah diperolehi oleh seorang pun setelahnya? Apakah Sulaiman seorang lelaki yang gila kekuasaan? Tentu kita tidak menemui sedikit pun masalah yang demikian dalam hati Sulaiman. Cita-cita Sulaiman a.s untuk mendapatkan kekuasaan atau kerajaan adalah cita-cita yang ada di dalam seorang nabi, dan tentu cita-cita para nabi tidak berkaitan kecuali dengan kebenaran. Cita-cita tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan penyebaran dakwah di muka bumi. Sulaiman sama sekali tidak cinta kepada kekuasaan dan ingin menunjukkan sikap kesombongan namun beliau ingin mendapatkan kekuasaan untuk memerangi kezaliman yang berleluasa di muka bumi.

.
Kuasa Menundukkan Angin

Nabi Sulaiman a.s. mewarisi sifat murni bapanya. Baginda dianugerahkan dengan anugerah yang istimewa. Angin menjadi suruhan kepada baginda dan baginda dengan mudah dapat melakukan perjalanan jauh dengan sekelip mata sahaja. Allah telah menerangkan dalam ayat beberapa ayat al-Quran yang bermaksud:

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya” (Shaad, 38: 36)

“Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Anbiyaa’, 21: 81).



Memahami Bahasa Burung

Nabi Sulaiman a.s. dianugerahkan dengan ilmu untuk memahami bahasa burung, serangga dan binatang-binatang lain. Baginda juga mampu bercakap dengan mereka sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata: “Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”” (An-Naml, 27: 16)

Burung-burung memainkan peranan penting juga di dalam kerajaannya kerana burung lah yang menjadi seperti perisik kepada baginda. Burung-burung terbang meninjau keadaan musuh dan pulang memberitahu informasi kepada Nabi Sulaiman a.s.

.

Nabi Sulaiman a.s. dan Jin

Nabi Sulaiman a.s. juga berkuasa ke atas jin dan syaitan. Baginda menggunakan mereka untuk berkhidmat dengan baginda. Baginda memberi arahan tanpa rasa dendam atau iri hati. Mereka akan dihukum sekiranya mereka ingkar akan suruhan baginda. Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanannya sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin di antara mereka dari perintah Kami. Kami rasakan kepadanya azab neraka yang menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih” (Saba’, 34: 12-13)

“Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan)” (An-Naml, 27: 17)

Telah dinyatakan bahawa Nabi Sulaiman a.s. menakluk jin-jin untuk menolong baginda membina rumah suci Baitul Muqaddis (Masjid Aqsa).

“Kemudian Kami tundukkan kepada angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu. Inilah anugerah Kami;, maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tiada pertanggungan jawab. Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik.” (QS. Shad: 36-40)

.

Nabi Yang Menyayangi Kuda

Nabi Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda. Kuda-kuda adalah aset penting dalam ketenteraan negara. Apabila kuda-kuda tersebut pulang daripada sesuatu misi, baginda akan memberikan rawatan yang rapi ke atas leher dan buku lali yang tercedera. Baginda akan melaksanakannya sebagai tanda terima kasih terhadap kesetiaan dan ketangkasan kuda-kuda tersebut.

.

Nabi Sulaiman dan burung Hud hud

Ketika sedang melakukan perjalanan bersama rombongannya, Nabi Sulaiman a.s yang tengah berada di wilayah Yaman merasa kehausan. Dia kemudian memanggil seekor burung Hud hud untuk mencarikan mata air. Setelah lama menunggu, datanglah burung Hud hud itu membawa sebuah berita tentang adanya kerajaan lain. Di kerajaan tersebut ratu dan rakyatnya menyembah matahari. Kerajaan itu adalah Saba’ dengan ratunya bernama Balqis.

.

Kisah Permaisuri Saba’

Kawasan yang meliputi negara Yaman sekarang pernah diperintah oleh seorang permaisuri bernama Ratu Balqis. Kawasan itu dikenali sebagai Saba dan merupakan sebuah kerajaan yang makmur. Ratu Balqis telah mentadbir dengan begitu baik sehingga rakyatnya dapat mencapai tamadun yang tinggi pada waktu itu. Pada suatu hari burung Hud hud telah memaklumkan kepada Nabi Sulaiman a.s. tentang kemakmuran kerajaan Saba. Ia berkata:

“Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang Mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan” (An-Naml, 27: 22-25)

Setelah mendengar berita tersebut, Nabi Sulaiman a.s. seorang nabi dan raja telah menulis surat kepada ratu tersebut yang disampaikan melalui burung Hud hud. Baginda memberi amaran kepada Ratu Balqis supaya jangan sombong dengan kuasanya dan menasihatinya untuk beriman dengan Allah dan menuruti segala perintah-Nya. Ratu Balqis telah membaca surat tersebut dan berasa sangat keliru. Sebagai seorang wanita yang berwaspada, dia telah memanggil para pembesar yang lain untuk meminta pandangan mereka. Sesetengah pembesar yang angkuh menyarankan supaya menentang Nabi Sulaiman a.s. manakala yang lain menyerahkan kepada ratu untuk membuat keputusan.

“Berkatalah dia (Balqis): “Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu (isi)nya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri. Berkata dia (Balqis): “Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku)”. Mereka menjawab: “Kita adalah orang-orang memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan”” (An-Naml, 27: 29-33)

Ratu itu tidak mahu melibatkan negaranya dengan peperangan kerana akhirnya akan menyebabkan kemusnahan sahaja. Baginda memikirkan satu rancangan dan menyediakan hadiah yang berharga untuk Nabi Sulaiman a.s. Ratu Balqis merancang untuk mewujudkan hubungan baik dan mencari jalan perdamaian melalui pemberian tersebut. Namun kekayaan tiada bermakna bagi Nabi Sulaiman a.s. Baginda sangat kecewa dengan pemberian tersebut dan mengembalikannya bersama dengan kata-kata yang tajam kepada utusan ratu tersebut.

“Aku tidak inginkan kekayaan. Bagiku pemberian yang mahal ini adalah tidak penting. Aku harap ratu dan para pengikutnya menyembah Allah dan mengikut kepercayaan agama yang benar. Aku akan menyerang negara kamu sekiranya ratu itu enggan berbuat demikian”

Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya bergerak melalui lembah semut untuk menyerang kerajaan Saba. Di lembah tersebut, baginda terdengar perbualan semut-semut yang bergegas melarikan diri ke lubang untuk mengelakkan dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman a.s. Baginda berasa kasihan dan dan mendapat pengajaran untuk menyelamatkan nyawa dan kemuliaan makhluk yang merendah diri. Baginda merasakan bahawa ratu dan rakyatnya hanya seperti makhluk yang merendah diri. Mereka tidak sepatutnya diserang dan dibunuh untuk berkuasa di muka bumi. Telah diceritakan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari, maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo’a: “Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni’mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”” (An-Naml, 27: 18-19)

Baginda tidak meneruskan serangan kerana baginda tidak suka pembunuhan beramai-ramai yang disebabkan oleh pertelingkahan antara kedua angkatan tentera. Matlamatnya ialah untuk memulihkan Ratu Balqis dan rakyat negara Saba. Baginda ingin membawa mereka ke jalan yang benar dan berharap dapat menyelamatkan mereka daripada godaan syaitan.

Apabila Ratu Balqis mendengar khabar angin tentang penyerangan oleh Nabi Sulaiman a.s., dia pun pergi menemui baginda bagi menyelesaikan masalah tersebut. Apabila kedatangan ratu itu diketahui oleh Nabi Sulaiman a.s., maka diperintahkan jin-jin untuk membawa singgahsana ratu Balqis ke situ.

“Berkata Sulaiman: ‘Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.'” (QS. an-Naml: 38)

Perhatikanlah ungkapan fikiran Nabi Sulaiman tersebut. Semua pemikirannya berkisar tentang keislaman, para penyembah matahari; tentang bagaimana beliau dapat memberikan petunjuk kepada mereka di jalan Allah s.w.t. Yang pertama menjawab pertanyaan Sulaiman itu adalah Ifrit dari kalangan jin yang Allah s.w.t telah menundukkan mereka kepada Sulaiman:

“Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: ‘Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.'”(QS. an-Naml: 39)

Sulaiman berdiri dari tempat duduknya setelah satu jam atau dua jam, namun jin itu berjanji kepadanya untuk menghadirkan singgahsana Balqis sebelum itu. Istana Sulaiman di Palestine sedangkan istana Balqis terletak di Yaman. Jarak antara singgahsana tersebut dan singgahsana Sulaiman lebih dari ribuan batu. Barangkali pesawat yang cepat sekali pun yang kita kenal hari ini tidak akan mampu membawa dan mendatangkan istana itu dalam waktu satu jam. Tetapi masalahnya di sini berhubungan dengan kekuatan jin yang misteri.

Sulaiman tidak mengomentari sedikit pun terhadap apa yang dikatakan oleh Ifrit dari kalangan jin. Nampak dia menunggu tanggapan lain yang mampu menghadirkan singgahsana Balqis yang lebih cepat dari itu. Sulaiman menoleh kepada seseorang di sana yang duduk di atas naungan:

“Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab: ‘Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.’, maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, dia pun berkata: ‘Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat- Nya). Dan barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) diriku sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (QS. an-Naml: 40)

Belum lama seseorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab menyatakan kalimatnya sehingga singgahsana itu terbentang di depan Sulaiman. Dia mampu menghadirkan singgahsana itu lebih cepat atau lebih sedikit dari kedipan mata ketika mata itu tertutup dan terbuka. Al-Quran al-Karim tidak menyingkap keperibadian seseorang yang menghadirkan singgahsana itu. Al-Quran hanya menggaris bahawa orang itu mempunyai ilmu dari al-Kitab. Al-Quran tidak menjelaskan kepada kita, apakah ia seorang malaikat atau manusia atau jin. Begitu juga Al-Quran al-Karim sepertinya menyembunyikan kitab yang dimaksud di mana darinya orang tersebut mempunyai kemampuan yang luar biasa ini. Al-Quran sengaja tidak menyingkap hakikat kitab yang dimaksud.

Apabila Ratu Balqis sampai di tempat Nabi Sulaiman a.s. , dia ditanya mengenai singgahsana tersebut. Ratu Balqis mengenalinya dan berkata:

” Aku sudah sedia maklum akan kuasa dan keagungan tuanku. Aku datang kepadamu sebagai seorang hamba yang patuh”

Ayat al-Quran yang bermaksud:

“Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: “Serupa inikah singgahsanamu?” Dia menjawab: “Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri.” Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang kafir” (An-Naml, 27: 42-43)

Ratu Balqis telah dibawa ke dalam istana yang sangat indah. Istana itu dibangunkan dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya dibuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya. Lantainya diperbuat daripada kaca yang bergemerlapan yang menampakkannya seperti air yang mengalir. Ratu Balqis mengangkat kainnya apabila melalui lantai tersebut apabila berjalan di atas lantai tersebut. Kemudian dia diberitahu bahawa ia bukanlah air sebenarnya.

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam” (An-Naml, 27: 44)

Ratu Balqis akhirnya berasa menyesal dan menerima agama Allah.

.

Pernikahan Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis

Adalah diceritakan bahawa pernikahan Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis berlangsung pada hari Jumaat.

.

Sihir di zaman Nabi Sulaiman a.s

Ketika Nabi Sulaiman berkuasa, banyak orang di kalangan Bani Israil yang mengembangkan ilmu sihir. Ketika Sulaiman sedang melakukan perjalanan, dia menemui beberapa manusia dan jin yang mempelajari sihir dan melupakan perintahnya untuk tidak melakukan sihir itu. Sulaiman lalu memerintahkan pembantunya untuk mengumpulkan semua catatan sihir, lalu menguburkannya di bawah istananya agar tidak dapat dicuri.

.

Tawadhu’ Nabi Sulaiman a.s

Nabi Sulaiman a.s yang bijaksana adalah penguasa yang tidak dapat ditandingi lagi di muka bumi. Meskipun memperolehi nikmat-nikmat yang khusus dan agung ini yang Allah s.w.t berikan kepada Sulaiman, beliau tetap menunjukkan sebagai manusia yang paling banyak berzikir kepada-Nya dan manusia yang paling banyak bersyukur di zamannya. Dan zuhudnya baginda, antaranya baginda memberikan rakyatnya makan enak-enak , sedangkan baginda biasanya memakan roti kosong dan berpuasa sahaja.

.

Tempat Ibadah Sulaiman a.s

Tempat ibadah Sulaiman atau Haikal Sulaiman terletak di Ursyilim (Jerusalem). Ia adalah pusat ibadah kaum Yahudi dan simbol sejarah kaum Yahudi serta sebagai kebanggaan mereka. Raja Sulaiman telah membangunnya dan mengeluarkan harta yang tidak sedikit untuk mendirikannya. Bahkan ia memerlukan seratus lapan puluh ribu pekerja. Sulaiman telah mendatangkan emas dari Thirsis dan kayu dari Lebanon dan batu mulia dari Yaman. Setelah tujuh tahun dari pembangunan yang terus-menerus, Haikal Sulaiman menjadi sempurna. Ketika itu ia menjadi kekaguman dan simbol kejayaan di dunia.

.

Kewafatan Nabi Sulaiman a.s

Dia wafat di Rahbaam, Baitul Maqdis, Palestine. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.

Firman Allah: “Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala dia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.” (QS. Saba': 14)

Demikianlah Nabi Sulaiman meninggal dalam keadaan duduk dan solat di mihrabnya. Lalu berita itu tersebar bagaikan api di bumi. Manusia, burung, dan binatang buas menghantarkan jenazah Nabi Sulaiman. Sekawanan burung nampak sedih dan menangis. Semua makhluk bersedih. Akhirnya, tak seorang pun mengetahui bahasa burung di bumi. Meninggallah seseorang yang memahami pembicaraan burung. Burung- burung itu berkata: “Betapa beratnva kehidupan di tengah-tengah orang yang tidak mengetahui pembicaraan kita.”

Nabi Sulaiman a.s. memerintah selama 30 tahun. Baginda meninggal pada usia 89 tahun. Selepas kematian baginda, putera baginda Rohoboam menjadi raja. Rohoboam hidup dalam kemewahan mengikut keinginannya. Rakyat telah bangun memberontak lalu menjatuhkannya . Tidak lama selepas itu warisan pemerintahan Nabi Daud a.s. pun berakhir.

4 comments:

Anonymous said...

Awak bagi salah ayat tu bos. Raja Firaun dgn Raja Sulaiman dia ada beza. Satu beriman satu kufur derhaka. 1 nabi 1 musuh Allah. Ayat yg sesuai bagi ayat ni.
Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".
Pasal hari ni dah banyak berlaku sihir penipuan. Ada yg kene berenti kerja, dipaksa berenti, dipaksa tukar statement, dikhianati, salahguna kedudukan, hapus bukti dan maklumat dan mcm2 lagi. InsyaAllah baca doa diatas selalu akan lenyaplah sihir dusta firaun laknat ni.

Anonymous said...

Qola Musa ma ji'tum bihissihru inna Allaha sayubtiluhu innAllaha la yuslihu AAamala almufsideen.
Wayuhiqqu Allahu alhaqqabikalimatihi walaw karihalmujrimun.
Bacalah doa ini. Dalam hati jawap "Ya Allah tolonglah kami menegakkan kebenaran. Peliharalah kami dari kejahatan tipudaya, sihir, fitnah firaun suami isteri dan kumpulan2 mereka".
Boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia yg percaya pada kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Boleh diamal dan dibaca dimana2. Tak perlu pembiayaan sesiapa utk pergi doa depan Baitullah.

Anonymous said...

Kesian orang Pahang.Sejarah negeri sendiri pun tak tau.Terpaksa pulak sokong Najib."Siapa lagi nak sokong Najib kalau bukan kite orang Pahang".Damn..

Anonymous said...

Wzwh, kalu nak tipu rakyat, tipu lah sebanyak mana nak tipu. Kalu nak spin, spin lah sampai berpuntal2 sekalipun. Tapi jangan trick rakyat Jerantut guna ayat quran. Nabi Sulaiman kaya bukan dengan cara mencuri, menipu atau melanun. Tak sama malah berlawanan ngan sifat Nabi Sulaiman. Toksah lah buat kerja tak baik nie, untungnya pendek sangat yg berpanjangan adalah keburukan dan kemusnahan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024